Saturday, August 11, 2012

Sebangsa, Senegara, Sejiwa ... Cukup sesuai dengan sifat hipokrit tiga pemimpin PKR ini.


'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' ... cukup hebat tema retorik baru Pakatan Rakyat. Sehebat lakonan Anwar, Azizah dan Assmin ... Bateri AAA cap PKR.

GWM hanya mampu senyum dengan tema retorik yang mahu BN membuang tema 'Janji Ditepati', jika tidak mahu Pakatan Rakyat mengadakan tema dan sambutan berasingan Hari Kemerdekaan.

Jangan tanya siapa pencipta tema baru Juara Lawak Politik Malaysia ini ...

Yang nyata, GWM cukup setuju dengan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' ini digunakan Pakatan Haram ... cukup tepat. Merepeknya pun cukup hebat.



Image

Sebangsa, Senegara
Tema ini cukup sesuai dengan 'corporate image' DAP yang masih membawa imej rasis dan pro-Cina.

Tunku Aziz sekalipun sudah melarikan diri dari DAP lantas dipanggil sebagai pengkhianat akibat percanggahan pendapat dan tidak bersetuju dengan Tuan Besar Lim Guan Eng.

DAP cukup terdesak lalu meminta bantuan-bantuan dari machai dan 'Malay Reject Shop' seperti Sakmongkol AK47 dan mereka yang sewaktu dengannya dalam menagih sokongan dan undi orang Melayu.



Sejiwa
Tema ini cukup unik dengan sifat berbolak balik, inconsistent dan tonggeng terbalik seperti PAS. PAS For All ... For All Dummies.

Jika diikutkan slogan PAS ini lebih advance dari slogan Pakatan Haram. PAS For All sebenarnya kena dengan 'Sejiwa'. Slogan punya pasal, kumpulan penyokong DHPP sudah disejukbekukan ... kerana terlalu banyak sangat meminta untuk bertanding. Tak Sejiwa kata PAS.

Pun begitu 'Sejiwa' ini cukup sinonim dengan sifat PAS yang suka bermain dengan isu Hudud.

Nak sejiwa macam mana ... Sekali Karpal Singh berdehem, gugur bulu janggut Hadi Awang dan Nik Aziz.



Sebangsa, Senegara, Sejiwa
Gabungan tema ini sebenarnya paling cocok dengan Anwar, Azizah dan Azmin, gabungan Bateri AAA.

Depan rakyat marhaen, boleh bertepuk tampar. Belakang rakyat, masing-masing main belakang. Semuanya mahu dibolot oleh puak-puak yang bertelingkah dalam PKR.

Anwar terutamanya ... tema retorik ini hanya mahu menarik undi dan sokongan masyarakat Cina. Fokus dan tumpuan perlu dikiblatkan terhadap kaum ini.

DAP pun sudah menjadi supporting vehicle Anwar untuk melihat sejauhmana parti rasis dan pro-Cina mampu menarik undi.

Anwar sudah tahu undi masyarakat Melayu cukup jauh untuk dikejar. Anwar pun sudah terlalu banyak kali mengguris hati dan perasaan orang Melayu. Kata orang Melayu 'there is no way turning back'.


Rupanya DAP dan PAS kena main dengan Anwar lagi. DAP dan PAS pun bukan tidak pernah belajar sejarah 16 September.

Kemaruk Anwar Ibrahim untuk pemimpin lompat parti umpama kemaruknya Anwar dengan jambu-jambu baru.



2 comments:

Anonymous said...

Se DAP.. Se Jamban... Se Kering Ikan Kering Sepat.. Se Sama Se Jenis..Se Janggut Kambing Meragut.. Se Lebai Malang.. macam macam lagi Se macam

Anonymous said...

"janji Ditepati" ~ straight direct to the point.... ajaran islam...

"Sebangsa, senegara, sejiwa" ~?????? hahahahah kelakar....... retorik... istilah lama..... ckp tak serupa bikin....

~ maksud yg jelas bg tema itu ialah "1M" ~ 1 Malaysia.... straight direct to the point!!!!! memang pakatan ni Haprak & hamPAS!!!!!!! bodoh & bangang!!!!!!!