"Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan.
Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas," katanya.
"Beliau adalah bekas Timbalan Presiden, sudah tentu masih relevan.
"Mungkin ramai yang tidak senang dengan kelantangan beliau namun jangan sesekali menidakkan sumbangannya terhadap parti," tegas Nor Azmi.
Artikel selanjutnya, klik Dewan Ulama Menyebelahi Nasharudin
Sokongan terbuka Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azmi Musa adalah satu tamparan hebat terhadap kredibiliti Hadi Awang selaku Presiden Parti Adat & Sosialis ini.
Ada satu perkara yang cukup nyata didedahkan secara tidak langsung oleh Harun Taib melalui sokongan terbuka terhadap Nasha Mat Isa.
Beliau bagaimanapun menasihati Nasharudin agar menggunakan saluran yang betul dalam mengketengahkan rasa tidak puas hatinya terhadap golongan yang mahu menyingkir beliau dari parti. - KLPOS, 28 Ogos 2012.
Kebenaran sememangnya wujud puak-puak 'Anwarinas' yang mahu menyingkir bekas Timbalan Presiden ini dari parti.
Dan manusia yang paling merasai tamparan ini selain dari Hadi Awang adalah Mat Sabu. Mat Sabu bertindak sebagai 'payung' perselingkuhan haram golongan Syiah dan Erdogan untuk menyingkirkan golongan pro ulama secara halus dan tersusun.
Hadi Awang seharusnya membuka mata apabila keputusannya menyerahkan Majlis Syura Ulama untuk mengambil tindakan terhadap Nasha Mat Isa ... Harun Taib dan Nor Azmi Musa tampil memberikan sokongan terbuka kepada bekas Timbalan Presiden PAS ini.
Dan kenyataan kedua-dua golongan pro ulama ini adalah sama dan senada ... Nasharudin Mat Isa masih lagi relevan dalam PAS.
Puak-puak Syiah dan Erdogan dalam PAS cukup kenal dengan sifat Harun Taib.
Ketua Dewan Ulama PAS ini cukup konsisten menghentam Anwar Ibrahim sejak dari tertubuhnya perikatan parti-parti sumbang mahram ... Pakatan Rakyat.
Sudah tiga kali PAS dipermainkan (main belakang) Anwar Ibrahim mengenai perlantikan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri … Kongres PKR 2009, 26 Mei 2010 dan pada Kongres PKR 2010.
Harun Taib tidak pernah bersetuju dengan keceluparan Anwar Ibrahim melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ketua Dewan Ulama PAS ini menempelak Penasihat PKR tersebut sebagai memandai mandai membuat keputusan tanpa merujuk kepada PAS.
Hadi Awang seharusnya merasa malu dengan tindakannya secara melulu memperlekehkan bekas Timbalan Presiden PAS sebagai sudah tidak relevan lagi.
Hadi Awang sebenarnya semakin tidak relevan kerana sering tunduk terhadap tekanan puak-puak Syiah dan Erdogan dalam PAS.
Lebih teruk lagi Hadi Awang terlalu mengalah dan sujud terhadap tekanan dari luar parti ... terutamanya DAP.
1 comments:
sebenarnya puak ulamak mahu membuang nasha mat isa tetapi mereka takut tindakan membuang nasha mat isa akan memberi impak negetif kepada pas, kerana pastinya nasha akan bergabung dengan hassan ali. ini kita dapat lihat apabila geng ulamak dari kelantan dengan lantangnya mahu membuang nasha mat isa, tetapi geng ulamak dari perak bertindak memperlahankan rentak itu, kita harus faham lakunan politik penganut agama pas, mereka perlu berlakun demi survival politik dan untuk itu mereka akan mewujudkan dua kem yang berbeza tetapi matlamatnya sama, memperkukuhkan parti pas di mata rakyat. dengan memperlihatkan bahawa puak ulamak masih menyokong nasha yang berjuang mahu menegakkan hukum hudud dan sangup berkelahi dengan karpal singh maka pas akan dilihat oleh rakyat sebagai masih relevan kepada perjuangan islam. puak penganut agama pas akan melakukan apa shaja demi survival politik mereka. tetapi mereka tetap mempertahankan kebatilan dan kekal mahu mengangkat umat nabi lut sebagai perdana menteri malaysia. ini adalah bahaya dan perjuangan ini perlu ditentang agar bala dari Allah terhindar dek fahaman sonsang mereka ini.
Post a Comment