Nik Aziz terpaksa melakukan 'damage control' akibat keceluparan Salahuddin Ayub dan Dzulkefly Ahmad mengakui hudud tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana pelbagai halangan dan suasana yang belum sesuai di negara ini.
Pimpinan Pas bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bahawa pelaksanaan hudud tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana pelbagai halangan dan suasana yang belum sesuai di negara ini.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun Pas tidak akan berputus asa demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menegakkan syiar Islam dari pelbagai aspek.
"Dalam konteks negara kita hari ini, adalah sukar untuk melaksanakan hudud kerana terdapat pelbagai halangan dalam perlembagaan itu sendiri," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Apabila ditanya mengenai hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Pas menyertai Umno bagi melaksanakan hudud, beliau menegaskan Pas kini tidak mempercayai kenyataan Dr Mahathir tersebut.
Menurutnya, Dr Mahathir adalah orang yang menentang hudud sejak dari tahun 90-an sewaktu Kelantan ingin melaksanakan hudud.
Semalam, Dr Dzulkefly yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat menjelaskan hudud tidak boleh dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang Islam itu secara menyeluruh.
Katanya lagi, sebelum merealisasikan undang-undang tersebut, ia memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan. - Sinar Harian, 24 Ogos 2012.
Nik Aziz malu alah lagi dengan permainan strategi pemimpin Erdogan Anwar dalam PAS ...
Belum reda Nik Aziz membidas dan mempertikai kenyataan Karpal Singh yang tidak bersetuju cadangan pemimpin PAS untuk melaksanakan hudud, Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Kuala Selangor pula celupar menolak perlaksaan hudud tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat.
Teruk Nik Aziz kali ini melakukan 'damage control' akibat keceluparan Salahuddin Ayub dan Dzulkefly Ahmad ...
Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS.
Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam. - Nik Aziz, Harakahdaily, 24 Ogos 2012.
Dalam waktu bekas Timbalan Presiden PAS, Nahsarudin Mat Isa berusaha untuk meyakinkan hudud boleh dilaksanakan, Anwar Ibrahim cukup cekap mengarahkan 'utusannya' dalam PAS untuk 'counter back' isu hudud.
Sedia maklum, apa yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim sudah tidak mampu lagi dipercayai oleh PAS bulat-bulat. Sekejap hudud boleh dilaksanakan, sekejap tidak boleh ... itulah Anwar Ibrahim. Nik Aziz tersepit dalam permainan catur Anwar.
Malu alah juga Nik Aziz dengan Nasha Mat Isa yang pernah ditempelaknya suatu masa dahulu sebagai sampah dalam PAS yang perlu disingkirkan dari parti.
Rupanya jati diri bekas Timbalan Presiden PAS ini lebih hebat dari Timbalan Presiden yang sedia ada dan para pemimpin PAS yang lain.
Bijaknya Anwar, kerana mampu mempergunakan pemimpin PAS jika 'panic button' perlu ditekan serta merta. Salahuddin Ayub dan Dzulkefly Ahmad percaturan terbaik Anwar.
Sama seperti permainan catur ... Anwar adalah 'Queen', Salahuddin dan Dzulkefly bertindak sebagai 'knights', Hadi Awang adalah 'King'.
Dalam permainan catur, 'King' diibaratkan sebagai lelaki mati pucuk, lembu dicucuk hidung. 'Queen' adalah penentu kemenangan permainan ini dengan bantuan dua 'knights'. Hadi Awang pun senyap sunyi dalam isu hudud ini.
Strategi terbaik, letakkan kesalahan pada rakyat ... rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang Islam itu secara menyeluruh.
Musykil juga GWM dengan strategi catur PAS ini kerana Salahuddin Ayub dan Dzulkefly Ahmad sedang 'membunuh PAS secara senyap-senyap'.
Macam lagu 'killing me softly' nyanyian Roberta Flack ...
”Pada pandangan kami mereka sengaja mengungkitkan isu (hudud) tersebut sedangkan sudah 18 tahun rakyat Kelantan diberi penerangan mengenai hudud,” katanya di sini.
Menurutnya juga DHPP Kelantan mengambil sikap proaktif mengadakan taklimat dan program-program penjelasan berkaitan hukum Hudud kepada masyarakat bukan Islam. - Harakahdaily, 5 Oktpber 2011.
Ini kes bunuh diri, PAS sedang meletakkan leher di tali gantung, strategi Salahuddin Ayub dan Dzulkefly Ahmad sememangnya sedang 'membunuh PAS secara senyap-senyap'.
18 tahun rakyat Kelantan (Muslim dan non Muslim) telah diberi penerangan mengenai hudud, bukan kata GWM, ini kata Ketua DHPP Kelantan, Lim Guan Seng ...
Mungkin strategi ini kurang efektif, 'stupid strategy'. Lebih baik dan afdal dihalakan stategi baru terhadap Tun Dr Mahathir, penentang tegar hudud, kata puak-puak dalam PAS.
Barangkali stategi ini lebih meyakinkan penyokong-penyokong tegar dalam PAS. Anwar boleh tersenyum kali ini. Bijak kepala hotak dua 'knights' peliharaannya. Berbaloi dengan bayaran dan dana yang telah diperuntukkan.
Nik Aziz pun meletakkan kesalahan 100 peratus terhadap Tun Dr Mahathir. Cantik, strategi semakin mengena, mati Tun Dr Mahathir kali ini ...
Kurang ajar ... ada pulak sialan dalam PAS Kedah mematikan strategi ini.
Timbalan ketua penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, PAS tidak berhasrat untuk melaksana undang-undang hudud di negeri yang tidak mempunyai jumlah majoriti Melayu yang besar.
"Di Kedah kita tak bercakap sangat soal hudud kerana percampuran itu besar malah dalam kerajaan negeri dan peringkat perbandaran. Dari segi tuntutan (masyarakat) juga tidak sama dengan di Kelantan," katanya lagi.
Baihaki yang juga ADUN Pasir Tumboh mengakui bahawa isu hudud tidak memberi banyak keuntungan kepada Pakatan Rakyat. - Timbalan ketua penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah, Harakahdaily, 14 Disember 2011.
Nik Aziz kembali menyinga. Anwar Ibrahim pun turut buat-buat menyinga. Ada saja sialan dalam PAS 'membunuh parti ini secara senyap-senyap'.
Barangkali, ini mungkin penggal terakhir Ahmad Baihaki bergelar ADUN Pasir Tumboh.
Pening lagi Nik Aziz untuk melakukan 'damage control' ...
Tak guna sebenarnya meletakkan kesalahan 100 peratus pada Tun Dr Mahathir, kalau puak-puak dalam PAS sendiri yang menolak perlaksanaan hudud.
Betul kata Tun Dr Mahathir, Melayu mudah lupa, namun Nik Aziz bukan orang Melayu. Beliau tidak bangga menjadi orang Melayu. Apa kurangnya dengan Salahuddin Ayub dan Dzulkefly Ahmad?
Inilah masalah orang Melayu, mudah lupa dan pelupa besar ...
Bila masa kerajaan negeri dan PAS Kelantan mengemukakan permohonan baru untuk melaksanakan hudud di Kelantan?
Sudahkah dilakukan permohonan rasmi terhadap kerajaan pusat pimpinan DS Najib? Ini bukan lagi zaman Tun Dr Mahathir, beliau hanya mantan Perdana Menteri.
Kepada satu soalan, Mohd Amar berkata, Kerajaan Pas Kelantan tidak menetapkan sasaran masa untuk Enakmen Jenayah Syariah II itu dapat dilaksanakan.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi jawatankuasa itu berkata, antara perancangan yang dilakukan termasuk mengatur pertemuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan perkara itu.
"Kita mahu melihat penemuan jawatankuasa teknikal terlebih dahulu. Bila jawatankuasa sudah mengenal pasti masalah, barulah Nik Aziz boleh berjumpa dan berbincang dengan perdana menteri," katanya. - Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Sinar Harian, 25 Oktober 2011.
Exco Kelantan, Nik Amar pun dalam wacana Sinar Harian tahun lalu berkata permohonan rasmi belum dapat dihantar kerana jawatankuasa teknikal hudud masih berbincang dan belum bersedia memuktamadkannya.
Sampai bila jawatankuasa teknikal sudah bersedia dan memuktamadkan Enakmen Jenayah Syariah II itu dapat dilaksanakan?
Bila mahu mengatur pertemuan diantara Nik Aziz dan DS Najib bagi dilakukan permohonan rasmi terhadap kerajaan pusat pimpinan DS Najib?
Nik Aziz tersepit lagi ... silap lagi strategi Salahuddin Ayub dan Dzulkefly Ahmad.
Bukan salah Tun Dr Mahathir, namun kesilapan jawatankuasa teknikal yang masih belum memuktamadkan Enakmen Jenayah Syariah II.
Lalu apa lagi strategi PAS untuk meletakkan kesalahan terhadap UMNO. Anwar Ibrahim pening lagi. Nik Aziz bertambah pening ...
Lebih baik dihalakan kesalahan kepada Salahuddin Ayub dan Dzulkefly Ahmad.
Bodoh punya dua 'knights' peliharaan Anwar Ibrahim. Bikin malu sama PAS ...
4 comments:
GWM,
kona kiri, kona kanan, kona depan, kona belakang..oops...belakang jgn main2..kona baring abisyyy puak2 pas ni terutama tok gurau mrk dlm hal hudud ala2 pas gitu...
Bodoh la klu letak org bodoh pada tempat yg x sepatutnya. Tukar ja pemimpim2 pas kat atas tu. Dah lama sgt dah, makin merapu pulak. Pelapis pun x nak Cari, ada yg Gila jawatan lagi.. Bodoh punya org.. Aku Dari just pas jadi lemah dah, aku 100% sokong nasha n biar dia jayg jadi presiden. Nik aziz tu pun dah la, tua dah hang, bg la ke harun din... Nak dia ja yg kat atas.. Harun din kat atas n hang bg nasihat dari luar pun blh kan... Pemimpin mestilah muda, kuat, gagah, berfikiran matang, segar, ikut waqi, beriman dan sbg nya. Nik aziz dah tua n manakala haji hadi dah lama sgt dah kat jawatan tu. Dah la tu, lama2 sgt syg jawatan tu sgt pulak nnt.. Penat dah aku nak melayan depa ni. Klu nasha n harun din nail aku support kembali la... Skang malas dah aku..
Anon September 2, 2012 12:56 PM,
Skang ni UMNO lah wadah terbaik nak perjuangkan Islam dan Melayu. Walaupun UMNO tak se-extreme PAS (yg dulu) perjuangkan Islam, tp apa yg UMNO buat pun tak kurang banyaknya utk memajukan Islam di negara ni. Cuma PAS yg dok hingaq kata UMNO kafir dsb. Wlhal slama ni PAS cuma menumpang hasil usaha UMNO.
UFB dan ulama dlm ILMU bukan cetek ilmu. Ulama-ulama lain yg tak terlibat parti poltik pun ramai pilih UMNO. Apsal? Sbb UMNO konsisten dan miliki ramai pemimpin yg berkaliber wlupun tak warak. PAS cuma ada pemimpin yg bersemangat tapi lbih byk berpolitik drpd buat kerja. Yg buat kerja orang bwh yg ikhlas nak perjuangkan Islam. Pemimpin PAS lebih byk cakap kosong. Tu pasal la PAS tak menang2 smpi skrg. sbb pemimpinnya takdak plan, dok mengarut dan cuma tumpang hasil usaha orang bawah.
Skrg ni yg pnting, org yg ikhlas perjuangkan Islam, support apa yg pemimpin UMNO buat utk Islam. Kalau pemimpin dn pengikut sama-sama berwibawa, barulah gerakan jadi jitu.
Exco Kelantan, Nik Amar pun dalam wacana Sinar Harian tahun lalu berkata permohonan rasmi belum dapat dihantar kerana jawatankuasa teknikal hudud masih berbincang dan belum bersedia memuktamadkannya.
sewing manufacturing
burlington coat factory tailor
Post a Comment