Thursday, August 30, 2012





Pemabuk ... ungkapan terbaik Noh Omar tethadap ADUN Sekinchan Ng Sue Lim. Mabuk publisiti melalui isu murahan kolam udang yang melibatkan Menteri Pertanian ini.

Tiada isu sebenarnya melibatkan Noh Omar kerana perkara remeh-temeh ini telah berlaku sejak 16 tahun yang lalu.

Selama 16 tahun yang lalu juga para petani turut menerima pendapatan dari kolam udang ini. Baru sekarang isu ini timbul?

Isu kolam udang ini 'mati' apabila blog dan facebooker pembangkang cuba hangatakan kembali.

Ng Sue Lim terpaksa menggunakan forum di internet dikalangan pembaca Cina untuk menghangatkan isu ini secara berterusan.

Isu kolam dihangatkan hanya untuk menutup skandal beliau di Sekinchan ...


Agak malang, Ng Sue Lim hingga ke hari ini masih takut untuk mengambil saman terhadap Noh Omar berkenaan isu jualan Pangsapuri Damai Sekinchan.



Mabuk ... mungkin agak keras kenyataan Noh Omar.

Namun elok jika diimbas kembali kes yang melibatkan ADUN Sekinchan ini memandu dalam keadaan mabuk.


ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim, sedang disiasat polis berkaitan dengan satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Industri Selangor (Unisel) Seksyen 7, Shah Alam pada 12.30 pagi, 8 Februari 2010.

Menurut sumber, kemalangan yang berlaku pada tengah malam itu membabitkan seorang pelajar universiti tempatan. Pelajar Melayu tersebut dalam keadaan koma sekarang. Sehingga petang tadi belum ada laporan dibuat oleh pihak keluarga mangsa terbabit. Manakala Ng Sue Lim dikatakan telah membuat laporan dan menyalahkan pelajar terbabit.

Seorang saksi yang memberi maklumat menyatakan YB Ng Sue Lim mungkin berada dalam keadaan mabuk berikutan kesan bau arak yang cukup kuat ketika bercakap di tempat kejadian dan ketika membuat laporan polis.

Bagaimanapun terdapat tanda tanya mengapa Polis Seksyen 11, Shah Alam yang menerima laporan tidak mengarahkan wakil rakyat DAP itu menjalani ujian alkohol serta-merta. - Selangor Daily, 13 Februari 2010.



UiTM juga akan menanggung kos rawatan Mohd. Bakri yang merupakan penuntut tahun tiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah, katanya kepada pemberita selepas melawat penuntut itu di HTAR di sini hari ini.

Beliau diiringi Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Nasuddin Othman.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam Ahad lalu, Mohd. Bakri, 23, cedera parah di kepala setelah terlibat dalam kemalangan dengan kereta yang dipandu oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Sementara itu, bapa Mohd. Bakri, Mohd. Bazli Che Ali, seorang peniaga kedai kopi dari Kelantan, berkata, anaknya sudah sedar, namun masih tidak mengenali orang yang melawatnya serta berada dalam keadaan lemah.

"Bagaimanapun saya bersyukur kerana dia menunjukkan reaksi positif dan yakin dia akan kembali pulih.

"Mohd. Bakri anak sulung kami daripada tujuh beradik dan merupakan harapan keluarga, saya sedih tetapi menerima ketentuan ini kerana sesiapapun boleh terlibat dengan kemalangan,” katanya dalam keadaan masih terkejut dengan insiden yang menimpa anaknya itu.Bernama, 11 Februari 2010.


Difahamkan Ng Sue Lim membuat laporan palsu kepada Polis. Beliau menyatakan bahawa kereta beliau terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum melanggar penunggang motosikal tersebut.

Mabuk ... Mabuk cari publisiti dan memandu dalam keadaan mabuk. Elok sangat perangai pemimpin pembangkang.



1 comments:

Anonymous said...

Pasal tu Melayu wangsamaju x ke mana.. Atas pagar ja... Yg nampak macam mabuk publisiti tu kau ler... Cakap jer pandai... Huargh huargh