Thursday, August 23, 2012

"Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat.




GWM mengajak rakyat kembali merenung kembali mengapa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menolak tafsiran Enakmen Hudud yang dibuat oleh PAS.


PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994



Inilah surat yang difitnah oleh juak-juak pembangkang sebagai bukti Tun Dr Mahathir menolak Hukum Hudud ... tanpa menganalisa dan memahami apa yang cuba diutarakan oleh mantan Perdana menteri ini.

Dan hari ini, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata PAS telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP.

GWM hanya mahu umat Islam melihat dari kacamata Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, mengapa beliau menyalahkan PAS dalam perkara ini.

Dan di antara sebab dam musabab beliau menegur PAS ...





Mengapa perlu ada satu seksyen mengenai liwat? Mengapa hukuman ke atas perbuatan liwat sama seperti hukuman rogol dan zina? 

Apakah yang dimaksudkan dengan hukuman yang dijatuhkan sama seperti hukuman zina? Perlaksanaan hudud semata-mata tanpa Qarinah dan Ta'zir? 

Lengkapkah hukuman jenayah menurut Islam?

Bagaimana pula dengan kesalahan lain yang turut melibatkan zina seperti lesbian dan biseksual? 

Mengapa hanya kesalahan liwat diberikan penekanan dalam draf undang-undang tersebut? 

Lengkapkah draf undang-undang hudud tajaan PAS ini tanpa melihat dari satu perspektif yang lebih luas?




Berbagai pandangan, pendapat dikeluarkan oleh para pemimpin PAS dalam satu masa bagi isu hudud.

Draf Enakmen Hudud penuh dengan lintang pukang tanpa ada keseragaman ...

UMNO sudah memberi laluan, Tun Dr Mahathir sudah memberi laluan ... PAS tidak perlu berdolak dalik lagi untuk melaksanakan Hudud.



6 comments:

Anonymous said...

mantap bro..

Hudud PAS adalah gula gula politik permimpin kepada umat Islam..

yang kena kencing manisnya adalah umat Islam..

Bila aku tengok video Nizar berkata dimana dalam perlembagaan PAS yang mengata PAS akan menubuhkan negara Islamm.. terus sahaja tersembur keluar perkataan BABI kepada Nizar..

Rupa rupanya bukan Nizar sekor je yang babi.. rupa rupanya banyak lagi babi babi dalam PAS ..

Anonymous said...

memang benarlah PAS adalah punca kegagalan pelaksanaan hukum hudud, mereka hanya nak supaya hukum ini diperkenalkan melalui PAS sahaja,kononnya inilah idea pertama mereka, untuk menguruskan sesuatu agenda dalam negara masyarakat majmuk setiap organisasi itu mesti menjadikan organisasi mereka majoriti bukan manoriti, hari ini PAS hanya puak manoriti dalam PR yang kononnya memperjuangkan hudud, sampai bila-bilapun perjuangan itu tidak akan kesampain, bagi menjayakan agenda ini PAS perlu berunding, sepakat dan bergabung dengan parti orang Melayu barulah usaha ini menjadi kenyataan, MASALAHNYA sekarang agenda hudud yang dimainkan PAS sekarang ini hanya mainan politik mereka 'Political Games' sahaja, kalau perjuangan ini ikhlas, formula kejayaannya adalah dengan apa cara sekalipun mereka mesti 'BERGABUNG' dengan 'Parti Melayu' yang telah memenangi hati rakyat di negara ini...

Anonymous said...

Kata2 Mahathir semasa Perdana Menteri Malaysia..

1. “Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.” – Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.

2. “Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.” – Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.

8. “Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan.” – Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.

11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.

18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” – Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.

20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” – Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

21. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama” – Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92

Anonymous said...

Mahathir lah orang yang pertama menghalang perlaksaan hudud di Kelantan / Terengganu..

Menaqal sedikit dari perenggan akhir surat Dr Mahathir itu:

.......maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994

berkuasa sangat ke surat ni?

AKTA DARURAT KELANTAN 1977

Ramai tidak sedar bahawa Kelantan masih di tertakluk di bawah Akta Darurat Kelantan 1977. walaupun najib baru2 ni membentangkan usul utk memansuhkan akta tersebut disamping akta darurat 1966 sarawak dan akta darurat 1969 persekutuan, ianya masih belum diwartakan kelulusannya.

Akta ini membenarkan kerajaan Pusat:

1.0 Mengambil alih pemerintahan Kerajaan Kelantan
2.0 Menggantung DUN Kelantan serta kesemua Enakmen-Enakmen yang telah diluluskan
3.0 Menangkap sesiapa sahaja yang dilihat sebagai membahayakan keselamatan KElantan.

hiruma yoishi YA-HA said...

hahaha~
chicken la wei....orang yang takut dengan islam ini akan berkata banyak...alasan pun mesti banyak...jika ngaku islam...negara islam....buat je la hudud....jangan banyak alasan...hukum nenegakkan hukum islam wajib....dan sebab kenapa mesti menggunakan hukum hudud....adalah seperti suruhan solat dan suruhan tutup aurat...sebenarnya BN pengecut....orang pengecut banyak alasan...hahaha~

Anonymous said...

Asalamualaikum dari pandangan saya dua² belah parti tak betul Dr Mahathir telah menghina hukum Islam dan kerajaan Pas pula memperkenalkan hukum yang digubal sendiri dan tidak seratus peratus berpandukan Al Quran,hukum hudud ni perlu dijalankan secara menyeluruh kepada seluruh rakyat bukannya hanya umat Islam,hukum Allah tidak boleh ditolak jadi kesimpulannya dua dua belah pihak bukanlah berlandaskan Al Quran semata mata tapi yang menjadi permasalahan mereka adalah perbezaan agama,sementara pemerintahan khalifah dahulu walaupun ada perbezaan agama tapi hukuman tetap dijalankan samarata tapi kini mereka hanya takut dengan kebangkitan rakyat dan tidak mampu menguruskan rakyat dengan sebaiknya mungkin takut dengan ancaman PBB atau diperlekeh dimata dunia hakikatnya pemimpin negara ini tidak sanggup nak menjalankan perintah Allah atas dasar takut akan jadi pergolakan didalam negara