Friday, August 17, 2012


Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law.  Perlaksanaan hudud memerlukan kepada 'standard of proof' yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt ' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ianya dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ianya adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost ' untuk pertahankan agama saya.

Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, Insyaallah saya tidak akan biarkan mana mana pihak sewenang wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendirian nya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan Syariah Allah swt namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.

Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum.

Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.



Isu Pertemuan Di Mekah.

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khas nya pada hari hari terakhir ramadhan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim.

Hampir sebulan sepanjang Ramadhan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukan lah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Makkah bersama dengan YAB PM bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama2 tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil haram.

Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah di capai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti mempastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunnah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.




3 comments:

Anonymous said...

PAKATAN ROPLAH.....SATU BANGSAT - SATU NERAKA - SAKIT JIWA....PAKATAN ROPLAH

Anonymous said...

Siapa yang sebenarnya menolak HUDUD..???..
Benarkah UMNO menolak hudud..???..

Yang sebenarnya menolak hudud adalah PAS sendiri..!!!..
Hudud tidak menjadi satu masalah besar dan rumit untuk dilaksanakan di Malaysia sekiranya umat Islam Malaysia dapat bersatu-padu..!!!..

Demi kepentingan dan kesucian Islam, UMNO telah berusaha mengajak PAS bergabung dan diterima baik oleh beberapa pemimpin PAS. Antaranya adalah Ustaz Nasharuddin.

Melalui perpaduan antara UMNO dan PAS, banyak perkara berkaitan Islam dapat diselesaikan bersama-sama dan tidak menjadi masalah untuk hudud dilaksanakan.

Tetapi Nik Aziz telah menjadi batu penghalang kepada perpaduan ini dan dengan keras telah menempelak Ust. Nasa dan sedaya upaya menyingkirkan Ust. Nasa dari pucuk pimpinan PAS. Akhirnya Ust. Nasa telah dipinggirkan dan Nik Aziz berjaya menghalang penyatuan umat Islam di negara ini dan terus menghambakan diri dan pengikut2nya kepada DAP yang menolak keras pelaksanaan undang-undang Islam ini.

Tanpa perpaduan umat Islam di negara ini, amat sukar hudud dilaksanakan kerana sesama Islam sendiri pun masih berpecah belah dan saling berbalah.

Perpecahan umat Islam membuka ruang yang luas kepada DAP menjalankan agenda-agenda jahat mereka menyingkirkan bangsa Melayu beragama Islam di negara ini.

OLEH ITU...YANG MENOLAK HUKUM HUDUD INI YANG SEBENARNYA ADALAH NIK AZIZ NIK MAT SENDIRI..!!!.. HUDUD YANG DICANANGKAN SETIAP KALI MENJELANG PRU HANYALAH SATU MUSLIHAT MENUTUP KEJALANGAN DIRI MENIPU PARA PENGIKUT MENJADI ABDI KEPADA KAFIR DAP DAN MELETAKKAN UMNO SEBAGAI MANGSA TUDUHAN.

APABILA UMNO DIJADIKAN MANGSA TUDUHAN MENOLAK HUDUD, SESAMA ISLAM TERUS BERPECAH-BELAH.

APA SEBENARNYA MATLAMAT NIK AZIZ SEORANG YANG KONON ULAMAK SANJUNGAN INI..???

BUKAN PERPADUAN UMAT ISLAM MATLAMAT NIK AZIZ..!!!
BUKAN NEGARA ISLAM MATLAMAT NIK AZIZ..!!!
BUKAN HUDUD MATLAMAT NIK AZIZ..!!!

MATLAMAT MANUSIA YANG SANGGUP BERKAWAN DENGAN SETAN INI YANG SEBENARNYA ADALAH MEMECAH-BELAHKAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI..!!!!!..

PEMIMPIN PAS BERZINA DENGAN ISTERI ORANG.. TIADA MASALAH PADA NIK AZIZ ..!!!
LGBT TIADA MASALAH PADA NIK AZIZ..!!!..
PENYEBARAN BIBLE TIADA MASALAH PADA NIK AZIZ..!!!.
KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN OLEH KRISTIAN PUN TIADA MASALAH PADA NIK AZIZ..!!!..

TETAPI APABILA ADA DI KALANGAN PEMIMPIN PAS MENGERJAKAN UMRAH BERSAMA-SAMA PEMIMPIN UMNO..ITU MENJADI SATU MASALAH DAN ANCAMAN AMAT BESAR KEPADA NIK AZIZ..!!!!..

PAS PEMECAH UMAT ISLAM..!!!.
PAS MENOLAK NEGARA ISLAM..!!!
PAS MENOLAK HUDUD..!!!

-Bugatti Veyron-

Anonymous said...

SOKOOOOOOOOOOONNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG.....