Monday, August 27, 2012

Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan - Nasha Mat Isa, KLPOS, 16 Ogos 2012.


Nasharudin Mat Isa kini sedang menghitung hari-hari terakhir beliau dalam PAS.

GWM memikirkan hanya ada dua kemungkinan yang bakal menimpa Nasha Mat Isa ...

Sama ada beliau diberi tekanan oleh pimpinan untuk melepaskan semua jawatan dalam parti atau berhadapan dengan penyingkiran dari PAS.

Jika penyingkiran berlaku, bermakna ia akan menjadi satu lagi sejarah hitam buat PAS.


Parti Adat & Sosialis ini baru sahaja menyingkirkan bekas Naib Presidennya, Hasan Ali, kira-kira 8 bulan yang lalu. Hasan Ali disingkirkan kerana kenyataan beliau yang melanggar dasar parti yang telah dipersetujui sebulat suara sewaktu Muktamar PAS yang lalu ... Negara Berkebajikan.

Berbeza dengan pemecatan Hasan Ali, kenyataan keras Nasha Mat Isa sebenarnya tidak melanggar dasar Parti Adat & Sosialis.

Kerana itulah beliau dibenarkan memberi penjelasan atas kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.

Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini.


Ramai pemimpin PAS sudah celik mata dengan sikap pimpinan parti yang keras terhadap Nasha Mat Isa, namun agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.

Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat ...

Faktor lain yang mendorong dan berperanan besar menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Nasha Mat Isa mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.


Teguran keras Nasha Mat Isa terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha 'memancung' pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.

Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh Syiah.

Puak-puak ini sedang 'memancung' seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.

Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi ketika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.


Musuh utama yang perlu dipancung dari parti setelah Hasan Ali 'dibunuh' ... Nasharudin Mat Isa

Paling tidak ... Nasha Mat Isa bakal disingkirkan dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 nanti.

Rakyat akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.

Seperti yang telah GWM perkatakan sebelum ini ... Golongan pro ulama boleh tutup kedai dalam PAS.




Timbalan Presiden PAS yang bakal meningkatkan syiar Islam di Malaysia? ... Mantap !



3 comments:

Anonymous said...

ulamak yg benar2 memperjuangkan dan mempertahankan islam dalam Pas pasti akan disingkirkan dan yg tinggal ularmak2 yg bisu berkiblatkan Dap anti islam, nuar semua agama adalah sama, ambiga pendokong pemurtadkan org2 islam dan pemimpin2 Pas berfahaman syiah..

Pas semakin songsang menunggu dihancorkan oleh pengikut mereka sendiri..

Anonymous said...

PAS ni banyak sangat kluk kliknya. Kalau nak singkirkan Nasha Mat Isa nak tunggu apa lagi singkirkan aja biar kita sama-sama tengok kekuatan PAS di PRU 13 nanti. Semakin menyampah aku dengan PAS ni!!
Mat Sabu bedal bini orang tak pulak disingkirkan tapi yang menegakkan hukum syarak dan menentang murtad dan menjaga kesucian Islam nak disingkirkan pulakkkk
Tunggu hukuman akar umbi PAS di PRU 13

Anonymous said...

fear of god
golden goose
yeezy
supreme hoodie
off white
chrome hearts outlet
bape
kyrie shoes
off white outlet
kyrie 9