Bahan hiasan yang disiarkan hanyalah paparan selingan dan bukan logo rasmi
GWM mohon Datuk Seri Utama Rais Yatim untuk mempertimbangkan kembali kenyataan yang beliau keluarkan semalam mengenai logo Hari Kemerdekaan ini.
Masih belum terlambat untuk menukar artwork Hari Kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini.
"it's never too late ... better late than never".
Katalah apa sekalipun ... artwork, bahan hiasan ... namun apabila digunakan pada bahan-bahan untuk mempromosikan Hari Kemerdekaan secara automatik ia adalah logo Hari Kemerdekaan.
Jangan dibiarkan Perdana Menteri pening dengan lambakan suara-suara sumbang kritikan yang bukan sahaja datang dari pembangkang malah dari kalangan penyokong dan rakyat khususnya.
Masih ada 31 hari lagi untuk ditukar logo yang kurang disenangi dimata rakyat ...
Upahlah graphic designer atau mana-mana design firm yang boleh menghasilkan logo lebih mantap. Jika terlalu mahal, adakan pertandingan mencipta logo dalam masa yang terdekat ini.
War-warkan sahaja wang dan hadiah pertandingan yang menarik ...
Tidak mustahil lebih banyak logo yang lebih menarik dihasilkan bersesuaian dengan tema 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati.
GWM cukup sedih dan letih melihat logo ini. No Value ...
Pun begitu, kaji kembali lirik lagu tema Kemerdekaan 55 Tahun Janji Ditepati ini. Khabarnya gubahan muzik ini amat mirip dengan gubahan sebuah lagu keagamaan Kristian.
Ada unsur-unsur ciplak dan plagiat ...
Rakan blogger (klik) info4thetruth sudah menyentuh hal ini secara panjang lebar.
Berbalik kepada tema Hari Kemerdekaan, GWM sebenarnya kurang senang dengan olahan yang dibuat.
Tidak ada patriotisme dan semangat kemerdekaan dan semangat juang yang dipaparkan. Lihat sahaja tema-tema Hari Kemerdekaan sebelum ini.
GWM tidak mahu rakyat memandang tema Hari Kemerdekaan sebagai satu retorika politik murahan.
Semoga idea, pemikiran dan pembikinan tema Hari Kemerdekaan tahun-tahun berikutnya dilakukan dengan lebih cermat dan berhati-hati.
Bukan begitu Datuk Seri Utama Rais Yatim ...
6 comments:
Rais yatim dah tua..tukarlah menteri lain..ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara..
ambik la 1 dari sini http://www.blogserius.blogspot.com/2012/07/serius-kreatif-logo-merdeka-alternatif.html
laeh yatem sulah nyianyok maaa....olang punyia ciakap lia sulah talak lingak maaa....boloh punyia mintili pinilangan....
Blog ni mengupas prinsip asas logo,maybe Tuan Blog leh promote link ni kepada Dato Rais suruh dia baca.
http://nusanaga.blogspot.com/2012/07/merdeka-dan-ramadhan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Nusanaga+%28Nusanaga%29
Dulu dah bakar jambatan, dengan sisa sisa jambatan tu rasanya cukup lah. Tak payah lah nak lebih lebih sangat. Bersara lah ketika kita diukemuncak, tak payah tunggu jadi nangka buruk.
Janji Ditepati , Balas Budi BR1M, TR1M bla2..Slogan Merdeka untuk pmimpin kroni UMNO,BN...
Post a Comment