Sunday, July 8, 2012

Azwanddin Hamzah menunjukkan dokumen mengenai isu hutang Talam Corporation Bhd. pada sidang akhbar.

KUALA LUMPUR 7 Julai - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar menjelaskan mengenai resolusi pengambilan hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) sebanyak RM391,986,473 dari Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Universiti Selangor (Unisel) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, JMM ada menerima dokumen yang diposkan oleh pihak yang tidak dikenali berhubung kelulusan yang dilakukan Othman.

Katanya, berdasarkan dokumen tersebut, Othman telah meluluskan resolusi antara Selangor Industrial Corporation (SIC) yang memperakui penjualan hutang Talam dari KHSB dinilai semula pada kadar RM10 sahaja.

sumber : UTUSAN MALAYSIA



Ini sudah kes gila. Hutang Talam Corporation (Trinity Corporation) kepada KHSB berjumlah RM155 juta.

Bagaimana Pengurus Besar PKNS mampu melupuskan hutang tersebut kepada RM10.

Bermakna KHSB telah rugi pendapatan (Income Receivable) sebanyak RM 154,999,990?

Sudahlah kerajaan negeri Selangor telah terlebih bayar RM42 juta bagi tanah pajakan di Bestari Jaya kepada Talam Corporation Bhd. (Talam) semasa proses pemulihan hutang pada tahun 2010.

Secara kasar, Menteri Besar Incorporated (MBI) telah rugi sebanyak RM 196 juta akibat misi mahu menyelamatkan Chan Chong Yoon a.k.a. Tan Ah Chye yang menggunakan Khalid Ibrahim untuk membeli hutang-piutang Talam Corporation.

Cukup jelas ini adalah satu bentuk penyelewengan dan 'Bail Out' tengkuk kroni PKR dengan menggunakan 'wang rakyat'.

Kaya benar kerajaan negeri Selangor tolong telan hutang-piutang Talam Corporation.



0 comments: