Saturday, July 7, 2012


Selama ni Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor cukup lantang berkokok dan mendabik dada kononnya di bawah pentadbiran Pakatan, Kerajaan Selangor semakin telus.

Dia juga berbangga kerana kononnya PKNS semakin untung di bawah pentadbiran beliau.

Tapi skandal rampasan padang Kelana Jaya oleh PKNS telah menyerlahkan perkara sebenar. Patutpun PKNS boleh untung besar kalau semua bisnesnya didokong oleh penyelewengan seperti pemalsuan Rancangan Tempatan Petaling Jaya! Patutpun boleh untung kalau semua status tanah dipinda sewenang-wenangnya!

Ini baru satu kes yang dikesan di PJ. Entah-entah banyak lagi kes lain yang belum dikesan di seluruh Selangor!

PKNS begitu rakus merampas padang rakyat Kelana Jaya untuk pembangunan. Walaupun dibantah oleh rakyat, Khalid Ibrahim menyokong perbuatan keji PKNS kerana kononnya padang berkenaan memang berstatus komersial.

Sebagai bukti beliau menunjukkan Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tetapi penduduk yang prihatin berjaya membongkar bahawa RTPJ berkenaan telah dipinda. 

Draf asal menunjukkan kawasan berkenaan diwartakan sebagai kawasan hijau dan bukannya kawasan komersial.

Bagi menutup malu, Kerajaan Selangor menubuhkan SELCAT untuk kononnya menyiasat isu ini. Kini penyiasatan telah selesai. Kesimpulannya? Memang wujud pemalsuan di mana draf asal yang diluluskan telah dipinda.

Eh Khalid, setakat kesimpulan macam tu, tak payah buat penyiasatan lanjut pun kita dah tahu. Nampak sangat siasatan tu sekadar nak cover line.

Isu yang sepatutnya disiasat sekarang, SIAPA YANG MENGARAHKAN PEMALSUAN TERSEBUT?


Klik artikel selanjutnya, SKANDAL KHALID FAEKAH

0 comments: