Tuesday, July 3, 2012

Ketawa besar Chan Chong Yoon dengan 'Bail Out' Khalid Ibrahim terhadap Talam Corporation (Trinity Corporation Berhad)


KUALA LUMPUR, 3 Julai - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong mendakwa transaksi RM1 bilion oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sebagai amat mencurigakan.

Beliau turut mendakwa transaksi mencurigakan itu berkait rapat dengan langkah kutipan semula hutang yang melibatkan syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor itu.

Chua Tee Yong berkata Talam Corporation Berhad (TALAM) telah berhutang sejumlah RM392 juta kepada tiga anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor.

Tiga anak syarikat yang dimaksudkan adalah Universiti Selangor (UNISEL), Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) dan SAP Holdings Berhad (SAP) berjumlah RM277 juta. SAP merupakan anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini turut mendakwa Laporan Tahunan terkini KHSB menunjukkan kerajaan negeri masih lagi berhutang RM115 juta kepada ketiga-tiga anak syarikat tersebut memandangkan tiada sebarang pembayaran dilakukan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini telah memperuntukkan RM392 juta melalui bajet tambahan yang diluluskan Dewan Undangan Negeri pada 2009 serta mendakwa TALAM telah melangsaikan kesemua hutang-hutang berkenaan dan berjaya mengutip semula hutang bagi pihak ketiga-tiga anak syarikatnya itu.


Selanjutnya, klik BAIL OUT ALA ANWAR IBRAHIM

Bail Out, Bail Out dan Bail Out ... itu adalah jawapan sebenar apa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim terhadap taikun Chan Chong Yoon.

GWM cuba permudahkan pemahaman 'Bail Out Pakatan Haram Style' melalui gambarajah di bawah ini ...






Dalam Laporan Tahunan Talam Corporation pada 12 Mac 2010 dan 9 April 2010, jelas menunjukkan Kerajaan Pakatan Haram Selangor telah membeli aset-aset syarikat ini berjumlah RM 676 juta.

Kerajaan Pakatan Haram Selangor juga telah membeli aset tambahan Talam Corporation berjumlah RM 284 juta.

Rakyat masih menunggu bila agaknya Khalid Ibrahim mahu membentangkan KERTAS PUTIH mengenai isu pengambialihan hutang Talam Corporation ini.

Khalid Ibrahim pernah berjanji perkara ini pada 11 Julai 2010 ... Sudah dua tahun, satu patah haram pun masih belum lagi dibentangkan.

Jangan buat-buat lupa Khalid Ibrahim ...



1 comments:

mabong said...

TRINITY Corp. namaun dah menggambarkan hardcore KRISTIAN