Wednesday, July 4, 2012


KUALA LUMPUR, 4 Julai - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan alasan penghakiman penuh Mahkamah Tinggi dalam kes liwat membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak layak menjadi Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen.

Beliau yang dihubungi KLPOS memberitahu Anwar hanya dibebaskan dari disabitkan tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dari segi undang-undang namun dari segi moral telah hilang kelayakan dan integriti bergelar Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen.

"Dia (Anwar) sepatutnya letak jawatan kerana jelas dari penghakiman bahawa liwat berlaku.

"Cuma Anwar bernasib baik dengan sistem keadilan jenayah Malaysia yang meletakkan beban bukti terlalu tinggi kepada pihak pendakwaan iaitu melampaui keraguan munasabah," katanya.

Zulkifli dalam nada sinis memberitahu Ketua Pembangkang itu patut berterima kasih kepada sistem kehakiman yang diamalkan di negara ini yang membebaskan beliau atas dasar "kekhilafan teknikal".

Beliau turut berkata penghakiman ini sama seperti penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar dalam kes liwat Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan dengan alasan "kami percaya kejadian liwat berlaku tetapi tidak selamat untuk disabitkan kesalahan dari segi teknikaliti".

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru ini turut mendesak agar Peguam Negara membuat petisyen rayuan dengan segera sebelum berakhirnya tempoh sepuluh hari yang diperuntukkan.


sumber : KLPOS

6 comments:

Anonymous said...

saman kulum ni nak buat apa hutang orang pun belum habis bayar muka pun dah macam cibai flom

Anonymous said...

habih tu muka anuaq tu lagu mana lak? x mcm cibai gak?

Anonymous said...

anon 9:00am

aku sambungkan ayat hang ye?

macam cibai china doll tergaru2..

hahaha

Anonymous said...

Zul Nordin ni jenis gila babi... ckp ikut sapa sponsor kat blakang.. suka putar belit.. jenis masa ngaji kat U.. sapa pun x nak kawan.. suka mengata org n prangai mcm monyet.

Anonymous said...

anon 10:45am

so? kalau hang dah tahu perangai dia camtu, apelagi? bawa anugerah tuhan hang saman dia secepat mungkin. yang dok diam terkemut2 tu apehal? kah kah kah

Anonymous said...

Hello! I simply wish to give an enormous thumbs up
for the good information you have got right here on
this post. I can be coming back to your blog for more soon.


Here is my web page: semaphore definition wiki