Monday, July 9, 2012

YB Jamban Azmin Ali

SPRM tunggu bukti baru kes Azmin 1995

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka semula siasatan terhadap kes rasuah yang melibatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali apabila memperoleh bukti baru yang signifikan untuk mengaitkan beliau dalam kes tersebut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, kes tersebut sememangnya telah dikemukakan kepada barisan Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM.

"Kita dah keluarkan kenyataan sebelum ini, dan saya ulas perkara sama juga bahawa kita telah membentangkan kepada panel penilaian operasi berhubung kes berkenaan dan apa yang dinasihatkan kepada SPRM, apabila sekiranya ada fakta-fakta yang signifikan maka siasatan akan dimulakan atau dibuka semula," kata beliau kepada pemberita hari ini.

Post Pic

Terdahulu, Pengerusi IPO Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil mencadangkan agar siasatan semula kes membabitkan dakwaan terhadap Azmin memiliki aset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam, antara 1995 dan 1997.

Antara lain katanya, cabaran utama untuk menyiasat kes berkenaan adalah mencari bukti kukuh kerana kes itu berlaku pada 1995 dan telah agak lama.

Ketika diminta mengulas dakwaan bahawa kes tersebut 'tergantung' disebabkan kertas siasatan yang hilang, Mustafar menjelaskan PRM akan terus membuat semakan lanjutan.

"Kita telah membuat semakan mengenai kertas siasatan yang dikatakan hilang dan setelah kita mengemukakan pertanyaan kepada pihak polis, pihak polis telah mengesahkan bahawa perkara tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

"Dan tentunya semakan-semakan seterusnya kita dah buat mengenai kertas siasatan yang dikatakan hilang itu.

"Sejauh yang kita semak rekod kita, fail itu telah dikemukakan kepada pihak polis dan pihak polis yang mengemukakan kepada Jabatan Peguam Negara," katanya lagi.


sumber: ANTARAPOS

0 comments: