Thursday, July 12, 2012

Yahaya Ibrahim, keluar dari mahkamah selepas menceraikan isterinya, Che Hasnah Che Ahmad (kanan) dengan talak satu kerana tidak sefahaman tentang parti politik yang disertainya.



PASIR MAS 11 Julai - Usia perkahwinan yang menjangkau 14 tahun sepatutnya menjadikan hubungan kasih sayang antara suami isteri semakin erat.

Namun hanya disebabkan perbezaan fahaman politik, perasaan cinta yang terjalin hilang sekelip mata sehingga si suami sanggup menceraikan insan yang menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Itulah nasib yang menimpa Che Hasnah Che Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, apabila suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, menganggapnya sebagai sesat kerana tidak menyokong Pas dan menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas di sini hari ini.

sumber : UTUSAN MALAYSIA



Selagi ada fatwa-fatwa ini selagi itulah setiap manusia yang berada di muka bumi ini tidak akan dijamin masuk syurga.



Berapa ramaikah manusia di bumi yang telah dikafirkan oleh PAS kerana tidak menyertai parti itu.

Ambil contoh di Malaysia sudah cukup. Relevankah jika PAS dan Nik Aziz mahu melaksanakan Hukum Hudud hampir separuh orang Melayu beragama Islam yang menyokong UMNO telah jatuh kafir dan sesat.

Perlu diingat, sehingga kini PAS dan pemimpinnya masih belum lagi menarik balik kenyataan dan fatwa yang telah dikeluarkan.

Siapa yang mempolitikkan agama sebenarnya ...




7 comments:

Anonymous said...

fahaman pas adalah diantara fahaman-fahaman yang akan membawa kepada kemusnahan dan kehancuran kepada agama islam. mereka ini adalah dajjal-dajjal awalan yang menuju kepada kerosakan akidah islam. tidak mereka dapat membezakan diantara agama dengan politik? atau mereka ini golongan orang-orang yang sesat? lagak berilmu tapi rupa-rupanya bangsat yang setolol-tololnya.

Anonymous said...

Ada peluang dan harapan nak bersama dengan Abby. Siapa tau di hati

Anonymous said...

Fmily sy.. Penyokong tegar umno.. Ayah saya sngt menitikberatkan hal agama.. Sy tgk ayah sy ✗ pernah tnggal perkara wajib.. Die juga jalankan tangungjawab sbgai ketua kluarga mndidik kami dgn ajaran agama.. Tp die penyokong kuat kjaan.. Ikut kempen merata2.. Takkan setelah jlnkan yg wajib ttp ✗ masuk syurga.. Allah swt maha adil.. Layak ke kite sbgai manusia menetukkan syurga neraka..

Anonymous said...

Buka talii burung terlepas
POK NIK kejar sambil berlari
Ta payah kita sokong PAS
Akhirat belum tau dunia pn rugi.

Guni berhama membungkus kapas
Jangan diletak tepi perigi
X guna kita nak sokong PAS
Bercakap bohong setiap hari.

Fatwa dikeluar untuk dapat undi
Agama dan bangsa tidak dipeduli
Menggelar ulama mengangkat diri
Hanya untuk menjadi YB

Anonymous said...

pas sudah memerintah kelantan selama 20tahun tetapi tiada banyak kemajuan. lni menunjokan yang selama ini nik aziz tidak dapat berkat nikmat dari allah .........taubat sebelum terlambat

Anonymous said...

Saya setuju. Masuk syurga atau neraka atas amalan masing2. Bukan sbb sokong mana-mana parti politik.

Anonymous said...

http://paspb2.blogspot.com/2012/07/cerita-sebenar-rupanya-bekas-isteri.html?utm_source=BP_recent