Arena politik negara baru-baru ini digegarkan dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan hasratnya untuk bersara dari arena politik jika pembangkang kalah dalam PRU13 yang akan datang.
Jika dilihat sekali imbas terhadap kenyataan ini, ia sudah pasti menimbulkan pelbagai persepsi dan tanggapan dikalangan rakyat biasa.
Tetapi bagi golongan yang sentiasa mengikuti perkembangan politik dari dekat, kenyataan Anwar itu sudah pasti menimbulkan pelbagai tanda tanya dan kemusykilan.
Persoalannya ialah mengapa pada ketika saat ini, Ketua Pembangkang ini menyatakan hasratnya untuk berundur andainya pembangkang kalah?
Adakah Anwar benar-benar mahu berundur ataupun ianya hanya dijadikan penanda aras untuk meraih simpati daripada penyokong pembangkang khususnya dan di pihak rakyat secara amnya.
Dan tidak lama selepas itu, keluar pula kenyataan dari Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang tidak bersetuju dengan pendirian Anwar untuk berundur sebaliknya harus diteruskan hingga pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.
Situasinya sekarang ialah seandainya Anwar mahu berundur, apakah keperluan Nik Aziz untuk menghalang niat beliau? Adakah Nik Aziz tidak lagi yakin dengan kepimpinan yang ada didalam pakatan pembangkang hari ini.
Jika benar apa yang selalu diwar-warkan dalam media alternatif yang menyatakan bahawa sokongan rakyat kini semakin memihak kepada pembangkang, maka Nik Aziz tidak perlu gusar andai Anwar ingin berundur.
Mandat rakyat diberikan kepada kemampuan parti dan bukannya terletak kepada kekuatan individu. Keadaan ini sebenarnya telah memperlihatkan kepada dunia bahawa kekuatan pembangkang yang diwar-warkan "berjaya" mendapat mandat rakyat hanya bersandarkan kepada faktor Anwar Ibrahim, dan ianya tidak bersandarkan kepada kemampuan parti pembangkang itu sendiri.
Ini secara jelas menunjukkan bahawa Nik Aziz sendiri tidak percaya dengan kemampuan pimpinan pembangkang yang ada dan juga satu bentuk 'penghinaan tersembunyi' beliau kepada pimpinan pembangkang yang ada.
Jika Tun Mahathir menyarankan kepada Anwar untuk berundur sekarang, kenyataan tersebut mungkin dianggap bertepatan. Anwar Ibrahim perlu buka mata, pasang telinga dan ambil iktibar dari pengunduran bekas Presiden AS, Bill Clinton selain dari sahabat karib beliau satu ketika dulu di IMF, Dominic Strauss Kann yang sangat-sangat profesional dan berintegriti serta menunjukkan kematangan politik yang sangat tinggi nilainya dimata dunia.
Apabila mereka dikaitkan dengan perlakuan tidak bermoral, mereka segera mengambil tanggungjawab penuh keatas apa yang telah berlaku. Namun lain pula keadaannya di negara ini.
Mungkin saranan Tun Mahathir untuk wujudkan jawatan Perdana Menteri terhormat selama 5 hari yang dikhaskan kepada Ketua Pembangkang ini perlu difikirkan secara serius dan rasional oleh pihak pembangkang andainya Anwar masih lagi teguh dengan pendiriannya yang mahu berundur.
sumber : KLPOS
13 comments:
Baru2 ni pun dh byk cerita yg x elok pasal pmimpin UMNO dgn kes rasuah juta2...
Rakyat pula t'hmpit dgn kos sara hdup yg asyik m'ningkat...
Cume yg bagusnye, setiap kali nk m'ngundi baru rakyat dpt hadiah BRIM, Felda, tayar percume dll...
Tupun mungkin sbb sokongn PR kuat skrg ni, klu tak belum tentu rakyat bole dpat hadiah2 ni...
Hmm..yg m'jadi persoalannye knp skrg?...knp mase nk m'ngundi baru rakyat d'berikn hadiah2 ni?...knp perlu diucapkn 'haram jadah' jika benar ikhlas hadiah ini diberikan?...
Masa Menteri Besar Khir Toyo (UMNO)...songlap duit hasil negeri...masa Mohammad Taib (UMNO) pn sama songlap duit...
Memang rekod buruk pemimpin UMNO keje sapu duit juta2 hasil negeri...penyokong2 UMNO lekas2 berubah drpd sokong pemimpin yg keje nk mentekedarah duit hasil negeri@dt cukai rakyat nih...
Pengalaman PAS berpadu dengan UMNO pada tahun 1970an sudah menjadi pengajaran yang cukup pahit kepada PAS.
UMNO telah bertindak dengan zalim dan PAS hampir-hampir hancur angkara pengkhianatan UMNO tersebut.
anon2 sekalian,
setakat tabur air liur aku pon boleh...kalau macam tu kira nya betul lah ye pas pis pus tu bukan setakat mentekedarah..tapi lebih dari tu hasil kelantan sejak lama dulu..kan pas pis pus yg pegang sejak 20+ tahun. Lojing pon siap gondol tapi habuk pun tarfak. kelantan tak maju2 langsung. tu kau nak kata apa? tak namanya menyamun?
Bakal Besan Najib diburu Interpol kerana enam tuduhan jenayah.. Ini warrant nya..
Menurut The New York Post dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.
Kalau benar berita TAK BETUL, Kenapa Malaysia tak saman je The New York Post...
Macam mana Malaysia nak saman The New York Post kalau sebab otak ko bodoh tak boleh fikir uda...
seperti selalu penyokong pembangkang sembang lari topik. pasal apa nak nak lari dari topik? korang bodoh ke tak tau berhujah? sembang pasal anuar la, try la puji dia. teringin aku nak tengok sampai langit keberapa hangpa nak puji dia.
Memang nampak sangat pembangang ni bodoh bengong.
Bakal Besan Najib diburu Interpol kerana enam tuduhan jenayah.. Ini warrant nya..
Menurut The New York Post dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.
Kalau benar berita TAK BETUL, Kenapa Malaysia tak saman je The New York Post..
yang paling bangang sekali ialah bila bertanya mengapa malaysia tak saman?
apa kena-mengena PM dengan kesalahan bakal besan dia?
lantak la besan dia nak kena gantung ke atau ada berjuta kesalahan jenayah ke. apsal lak malaysia nak saman. tu besan PM bukan besan Malaysia. dikata bebal kang marah lak
seronok baca ulasan para pengulas.. walau bagai mana pun alangkah eloknya jika ulasan datang dari rasa kasih dan sayang bukan dendam dan iri.. kemungkinan ramai pengulas adalah muslim yang memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang... terutama dari ulasan anon jam 3.42 petang... namun wajah dendam tak dapat di sorok, itu pun jika dakwaan itu benar, bukankah dendam itu pakaian iblis... alangkah eloknya jika ianya di buang jauh-jauh, mana lah tahu, mungkin ianya boleh menjadi pengubat hati yang sakit yang akan memberi sinar dan wajah baru dalam mendapatkan keredhoan illahi.. semoga kita semua sentiasa mengasehi dan menyayangi sesama umat dan paling utama ialah mengasehi diri kita sendiri, samada tubuh kita mau pun hati dan jiwa kita, kawal lah nafsu amarah kita agar nafsu mutmainnah sentiasa menerangi hidup kita...
Kelakarnya.....bakal menantu dsn dituduh menipu kenapa pulak malaysia yg nk saman new york post. biarlah mak bapak dia yg sAman. .....
Bab rumahtangga mereka lantak mereka la untuk selesaikan. Masalah negara yang penting. Pembangkang kata BN zalim, rakyat susah tapi aku lihat rakyat Melayu paling ramai pegi Langkawi borong barangan bebas cukai dengan aman sejahteranya. Zalim dan rakyat merana memang ada tapi boleh bilang dengan jari la. Apa kata pembangkang sendiri yang di kawasan mereka YB tak pernah jengok ambil tahu hal rakyat yang susah sedangkan ini yang paling asas keja YB. Mereka ini cuba mengabui masyarakat dengan membawa isu zalim sedangkan YB mereka inilah yang zalim. makan gaji buta, elaun buta. Kuasa nak tapi kerja tak nak. Tanyalah orang Kedah, Kelantan, Selangor, p.Pinang. Aku rasa zalim ni disuarakan oleh satu kaum yang tamak, yang mahu kaut semua keuntungan pada mereka saja. Mereka menaikkan harga barangan pada PRU lalu dan menyebabkan rakyat memberontak menyokong mereka, ditambah dengan janji-janji kebajikan yang ditaburkan membuatkan rakyat percaya dan mengundi mereka. Mereka juga menuduh kerajaan zalim kerana sistem keadilan tidak menyebelahi mereka sedangkan Majlis Peguam sendiri pun tidak berlaku adil dalam sesetengah keadaan. Rakyat digambarkan kerajaan zalim seolah-olah rakyat kelaparan, kesusahan dan teraniaya sedangkan golongan tersebut sangat terpencil dan terlepas pandang. Biasalah, mana ada yang sempurna di dunia ini..melainkan Allah.
Hidup BN!!!!
Macam mana Malaysia nak saman The New York Post kalau sebab otak ko bodoh tak boleh fikir uda...
Post a Comment