BANDAR BARU BANGI, 8 Julai - Perdana Menteri Datuk  Seri Najib Tun Razak menempelak kerajaan negeri Selangor dibawah  pentadbiran pembangkang yang terlalu banyak menabur janji namun gagal  memenuhi setiap janji yang diberikan kepada rakyat.
Beliau berkata demikian di program Jelajah Janji Ditepati di Teras  Jernang di sini yang dihadiri hampir 15,000 orang turut mengambil  kesempatan untuk berjumpa dengan pemimpin nombor satu negara.
Najib berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor terlalu banyak  menabur janji namun apa yang dijanjikan tinggal janji semata-mata.
"Lihat sahaja pada kenaikan cukai pintu. Apa sudah jadi dengan janji  beri RM100 bagi setiap bayi yang lahir di Selangor," soal Najib.
Najib turut memberitahu kerajaan negeri tidak mampu untuk memberikan  bantuan pendidikan percuma pra sekolah seperti yang dijanjikan namun  sibuk menyelar kerajaan pusat mengenai PTPTN.

"Bantuan biasiswa, bantuan kepada golongan muda untuk mendirikan  rumahtangga, untuk OKU, ibu tunggal dan warga emas, kesemua hanya  tinggal janji kosong.
"Walau diambang pilihanraya, janji-janji dahulu masih tidak ditunaikan namun sudah mula menabur janji-janji baru," katanya.
Beliau turut memberitahu apa yang dijanjikan oleh pembangkang seperti  menghapuskan tol, hutang PTPTN, gaji minima yang tinggi hanya akan  menyebabkan ekonomi negara hancur.
Dalam pada itu, Najib turut mengumumkan Kedai Buku 1Malaysia akan  bermula di Kuala Lumpur tidak lama lagi sebagai meringankan beban  pelajar untuk membeli alatan dan buku sekolah pada harga yang lebih  rendah. Begitu juga dengan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan Kedai  Kain 1Malaysia yang masih lagi diperingkat perancangan.
Perdana Menteri, berkata ia adalah antara usaha kerajaan untuk  memastikan rakyat dapat membeli buku, peralatan tulis serta kain pada  harga rendah. 'Kedai Kain 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia, jamin  murah untuk rakyat, kita akan buat tidak lama, ini baru dua, banyak lagi  kita akan buat untuk rakyat," kata Najib.

Sebelum itu, Perdana Menteri mengambil kesempatan untuk membuat  tinjauan mesra di sekitar kawasan pasar Seksyen 1, Bandar Baru Bangi dan  menyertai orang ramai bersarapan di hadapan kawasan gerai makanan,  dengan disertai beberapa penduduk tempatan; tua, muda, tanpa mengira  kaum mahupun lapisan masyarakat.
Sarapan paginya itu sesekali diselang-seli dengan sapaan orang ramai,  dan ada yang sempat berbual dan mengambil kesempatan untuk menyuarakan  sesuatu ke telinga pemimpin nombor satu negara itu.
sumber : KLPOS
 

 
0 comments:
Post a Comment