Wednesday, July 18, 2012


Di dalam PKR, antara orang yang paling mempunyai jiwa political animal, selain Anwar – adalah Azmin. Hasil didikan Anwar, permainan politik Azmin nampak matang dan berpandangan jauh. Ada strategi. Bukan hentam keromo.

Bukan stail Azmin untuk bertindak tanpa sebarang analisa dan kajian. Azmin sangat berstrategi dalam politik, dilatih oleh Anwar, dia sangat berkira-kira dalam percaturan strategi politik.

Sebagai rakan lama Azmin, hanya yang boleh diberitahu kepada Anwar, jangan under-estimate anak Pak Ali ini. Azmin pun ada permainan dan game tersendiri.

Walaupun tak happy dan seronok dengan tindakan Kak Wan - Khalid - Faekah, Azmin masih lagi mampu tersenyum. Dalam senyum, Azmin melakar strategi dan usaha balas dendam.

Pejabat Azmin di Taman Melawati tidak pernah sunyi dengan kehadiran kalangan Ketua-Ketua Cabang di seluruh negara. Ada sahaja. Semuanya menceritakan mengenai bermacam-macam strategi politik dan masa depan.

Azmin senyum dan hanya mengangguk.

Dalam masa yang sama, Azmin sudahpun menghantar beberapa orang wakil, untuk bertemu dengan beberapa orang pemimpin dalam gerak saraf BN.

Azmin nak tahu berapa HARGA yang mampu dibayar, sekiranya ada usaha di peringkat beliau dan kawan-kawan Ketua Cabang untuk menukar haluan politik.

Usaha ini sudah dilakukan sejak minggu lepas. Azmin nak tahu berapa ‘political worth’ dirinya kepada BN.

Anwar masih belum tahu kesungguhan Azmin ini. Memang tidak sangka. Tapi, kerja risikan politik ini memang kemahiran Azmin Ali.

Kita semua mesti faham, Azmin adalah seorang political animal. Professional political animal. Soal kesetiaan memang penting. Tapi jika ego, maruah, harga diri dan integriti dirinya diragui dalam PKR; dia akan bertindak mengikut keperluan.

Kita tak tahu sejauh mana UMNO/BN boleh menerima Azmin dalam kelompok itu, namun itu semua boleh berlaku. Ingat terma game changer? Game boleh berubah. Ahli politik juga bisa berubah menurut masa dan keadaan.

Azmin bernasib baik, kerana dia masih mendapat kepercayaan penuh macai-macai PKR di Selangor (Shuhaimi Shafie, Zuraidah Ampang dan lain-lain lagi).

Nampaknya intrigue dalam PKR lebih menarik berbanding PRU akan datang. Banyak permainan.


sumber : GELAGAT ANWAR

4 comments:

Global Products & Services Review said...

Salam semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Unknown said...

Wak Karmin mana lah sorang ni yg keje buat duit aje...negara dok huru hara pasal politik rakus, boleh wak cerita duit aje, nantilah wak...kalau Azmin dah mengaku dia makan aiskrim...nanti saya labur RM 10,000..

Anonymous said...

share tempatan lagi menarik

dap -- menang membeli, kampung tergadai

pkr -- biarpun merudum tapi dijamin pulangannya oleh pas

pas -- halal dibeli, halam dijualbalik

Anonymous said...

kalau si A tak khianati si B, tak mungkin si A akan di khianati oleh si C,D dll...

dalam kata lain what goes around comes around