Monday, July 2, 2012


PETALING JAYA, 2 Julai - Koordinator Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Pakatan Rakyat perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa aset yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan telah menyusut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan menerusi beberapa tulisannya di Twitter mengenai kontroversi itu pada Ahad bahawa beliau akan mendedahkan “skandal yang melibatkan penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion”.

Mohd Zin turut menambah pendedahan tersebut amat serius kerana melibatkan kepentingan awam dan merupakan satu 'tamparan' terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang dibelenggu dakwaan perolehan peruntukan RM300 juta dibawah geran Selangorku Sayang adalah dari sumber yang meragukan.

Sebelum itu, Chua Tee Yong mendedahkan akan membongkar sebuah syarikat yang disenaraikan dan penyalahgunaan wang rakyat RM1 bilion yang melibatkan kerajaan negeri Selangor.

Chua berkata, beliau menerima maklumat mengenai urusan yang tersembunyi di sebalik transaksi yang merumitkan malah berkaitan dengan pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat.

“Pakatan Rakyat yang mendakwa mereka begitu cemerlang dalam ketelusan, saya mencabar mereka untuk mendedahkan butiran mengenai transaksi itu,” kata Chua, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Chua, yang merupakan seorang akauntan dan bekas ketua pegawai kewangan di sebuat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkata: “Saya akan mendedahkan lebih banyak butiran supaya rakyat dapat membuat penilaian sekiranya Pakatan Rakyat menunaikan jani mereka atau hanya membuat janji-janji kosong.”


sumber : KLPOS


Rakyat pasti menunggu pendedahan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong mengenai “skandal yang melibatkan penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion”.

Skandal ini pula melibatkan sebuah syarikat yang disenaraikan dan melibatkan kerajaan negeri Selangor.

Lebih teruk lagi, skandal ini 'tersembunyi' di sebalik transaksi yang merumitkan malah berkaitan dengan pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat.

Barangkali kita sudah dapat mengagak mengapa Rafizi Ramli meletakkan jawatannya sebagai CEO, Pejabat Penasihat Ekonomi kerajaan negeri Selangor.

Rafizi Ramli ini seorang akauntan bertauliah yang cukup mahir dengan transaksi-transkasi 'tersembunyi' dalam pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat.

Dengan kata lain ... 'Creative Accounting' atau 'Round Tripping'. Mustahil 'Chartered Accountant' buta mata dalam kaedah ini.

Lembu PKR ini tahu ada 'bala' sedang menunggu disebalik pembongkaran ini.

Kita tunggu dan lihat ...



3 comments:

usin said...

LARI DULU SEBELUM BALA DATANG!!!! BIJAK..BIJAK...RAFIZI!!!

Anonymous said...

mangkuk jamban orang ceta 1b umgok pun ceta 1b tapi umgok kan lembu mana dia tau

Anonymous said...

Nama je Chartered Accountant tapi bahalol dalam hal BAFIA....!!!!

Hanya lembu-lembu fuckatan je percaya cakap pemimpin lembu bernama Rafizi tu...