GELOMBANG WANGSA MAJU: 07/07/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

TANGAN GHAIB ... Pemalsuan Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ)

| Saturday, July 7, 2012

Selama ni Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor cukup lantang berkokok dan mendabik dada kononnya di bawah pentadbiran Pakatan, Kerajaan Selangor semakin telus.

Dia juga berbangga kerana kononnya PKNS semakin untung di bawah pentadbiran beliau.

Tapi skandal rampasan padang Kelana Jaya oleh PKNS telah menyerlahkan perkara sebenar. Patutpun PKNS boleh untung besar kalau semua bisnesnya didokong oleh penyelewengan seperti pemalsuan Rancangan Tempatan Petaling Jaya! Patutpun boleh untung kalau semua status tanah dipinda sewenang-wenangnya!

Ini baru satu kes yang dikesan di PJ. Entah-entah banyak lagi kes lain yang belum dikesan di seluruh Selangor!

PKNS begitu rakus merampas padang rakyat Kelana Jaya untuk pembangunan. Walaupun dibantah oleh rakyat, Khalid Ibrahim menyokong perbuatan keji PKNS kerana kononnya padang berkenaan memang berstatus komersial.

Sebagai bukti beliau menunjukkan Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tetapi penduduk yang prihatin berjaya membongkar bahawa RTPJ berkenaan telah dipinda. 

Draf asal menunjukkan kawasan berkenaan diwartakan sebagai kawasan hijau dan bukannya kawasan komersial.

Bagi menutup malu, Kerajaan Selangor menubuhkan SELCAT untuk kononnya menyiasat isu ini. Kini penyiasatan telah selesai. Kesimpulannya? Memang wujud pemalsuan di mana draf asal yang diluluskan telah dipinda.

Eh Khalid, setakat kesimpulan macam tu, tak payah buat penyiasatan lanjut pun kita dah tahu. Nampak sangat siasatan tu sekadar nak cover line.

Isu yang sepatutnya disiasat sekarang, SIAPA YANG MENGARAHKAN PEMALSUAN TERSEBUT?


Klik artikel selanjutnya, SKANDAL KHALID FAEKAH

Wan Azizah DESAK Saya Bersara Dari Politik - Anwar Ibrahim

|

Ada sebab kenapa Anwar Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk bersara dari politik, selain ianya sebagai satu tektik terdesak untuk meraih simpati, ia juga berkait rapat dengan kegagalan PKR menemui calon-calon yang berkaliber untuk dipertaruhkan dalam PRU 13.

Selama ini kita kerap di hidangkan dengan propaganda murahan pakatan pembangkang kononnya dalam pilihanraya akan datang mereka berpeluang untuk merampas Putrajaya seterusnya mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

Namun, realiti semasa bukan sahaja jauh panggang dari api malah langsung tak seindah seperti di propagandakan dalam media dan pentas politik.

Untuk PRU 13 ini, PKR bukan sahaja terpaksa mengalah kepada DAP dari segi pembahagian kerusi bertanding apabila hanya bertanding di 66 kawasan sahaja berbanding 97 kawasan pada PRU 12, malah untuk menyediakan calon-calon pun amat sukar untuk dicapai.

Daripada jumlah 66 itu pula hanya di 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan' itu dengan sebahagian darinya adalah muka lama.

Sebahagian kecil muka lama yang pernah menyandang kerusi parlimen tertentu pula tidak dicalonkan kembali. Antaranya Khalid Ibrahim yang juga MB Selangor, berkemungkinan seorang yang rapat dengan Azmin Ali akan mengisi kekosongan di Bandar Tun Razak.

Bagi parlimen Kelana Jaya tempat Loh Gwo Burne yang siang malam tidur bersama kameranya pula bakal dibersarakan dan tempatnya digantikan oleh Nik Nazmi yang juga orang kanan Azmin Ali.

Anwar Ibrahim yang sebelum ini diketahui sedang panas di Permatang Pauh seakan hampir pasti merantau ke Nibong Tebal dan merupakan satu-satunya calon bagi kawasan tersebut walaupun di masa yang sama masih memikirkan untuk kekal di Permatang Pauh.

Manakala itu, hampir satu pertiga lagi kawasan langsung tiada satu nama calon pun yang dapat dikemukakan menggambarkan betapa sukarnya untuk PKR menghadapi cabaran PRU 13 yang akan menentukan hayat politik Anwar.

Baki lebih satu pertiga lagi hanya calon-calon recycle dan expired sahaja yang dikemukakan sebagai 'calon dalam pertimbangan'.

Dalam pada itu daripada 8 kawasan parlimen di Sabah yang dikhususkan untuk ditandingi PKR, hanya tiga kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan', bakinya samaada kosong ataupun hanya bersandarkan satu dua nama 'calon dalam pertimbangan'.

Sarawak pula yang sebelum ini digembar gemburkan oleh Anwar bakal ditembusi oleh PKR dan pembangkang lain, namun pembahagian kerusi yang diberikan kepada PKR cuma 7 kerusi sahaja dan agak sadis bila hanya satu nama sahaja yang masuk senarai mungkin akan bertanding.

Lebih parah lagi beberapa kawasan yang mahu ditandingi oleh PKR ada antaranya masih bertindih dan berebut hak dengan PAS dan DAP misalnya di Bentong, Temerloh, Bagan Serai dan beberapa lagi kawasan lain.

Bagi kawasan parlimen Sungai Siput yang sekarang disandang oleh Presiden PSM, Dr Jeyakumar pula sedang diusahakan untuk ditandingi sendiri oleh PKR sekalipun satu namapun belum mampu disediakan oleh Anwar Ibrahim.

Melihat pada kemelut dan betapa celarunya PKR dalam persediaan menentukan calon-calon yang akan mewakili PKR dalam pilihanraya, ternampak jelas yang PKR mahupun Anwar sendiri tiada keyakinan untuk menghadapi PRU akan datang.

Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa beralih semula ke tabiat kesukaannya - guna tektik raih simpati buat muka kesian dengan harapan masih ada rakyat yang akan terpedaya sebagaimana suatu ketika dulu ramai yang terpedaya dengan lakonan arsenik, patah pinggang dan lain-lain.



SIAPA BIAYA 'Talk Show' Julian Assange Dan Anwar Ibrahim ?

|

Anwar Ibrahim cukup teruja ...

Cukup teruja diberi penghormatan diwawancara Julian Assange melalui portal TR dalam rancangan khas 'Julian Assange Show'.

Kebelakangan ini Anwar Ibrahim sukar mendapat 'slot-slot menarik' dari media antarabangsa dalam memberikan pandangan jijiknya terhadap DS Najib dan Malaysia.

Khabarnya media antarabangsa semakin sukar memberi layanan baik terhadap Anwar Ibrahim.

Tidak seperti sebelum ini begitu mudah diberi tempat di media antarabangsa sehingga digelar 'Media Darling'.

Julian Assange mewawancara Anwar Ibrahim. Apa 'deal' dua ekor pengganas ini.

Musykil juga difikirkan mengapa Julian Assange diberi keutamaan Anwar Ibrahim untuk mengketengahkan ‘the voice of democracy’, demokrasi ala Anwar Ibrahim.

Rakyat sudah sedia maklum, Julian Assange melalui Wikileaks pernah 'membogelkan' Anwar Ibrahim dengan ‘diplomatic messages/reports’ perilaku seks luar tabie dan betapa homoseksualnya Anwar Ibrahim.

Musykil dalam kepala hotak GWM ... Apa 'deal' Anwar Ibrahim dan Julian Assange sebenarnya.



Berbalik kepada 'talk show' ini ...

Anwar Ibrahim mengambil kesempatan untuk membelasah kerajaan dan DS Najib sebagai pemerintah yang mengamalkan kuku besi.

Kerajaan dituduh dan difitnah sebagai autokratik, tidak terbuka kepada idea demokrasi. Malah kerajaan dituduh mengamalkan dasar pintu tertutup terhadap media.

Tidak ada kebebasan bersuara sebenarnya kata Anwar Ibrahim dalam 'talk show' ini ...




Anwar Ibrahim seharusnya lebih peka dan tidak mengamalkan 'dasar nyanyuk' apabila berbicara soal kebebasan bersuara.

Walhal beliaulah yang telah menghubungi Wikileaks dan meminta supaya Raja Petra Kamaruddin 'ditendang' dari forum yang akan dilakukan secara 'live' ini pada Mac 2012.

Namun itulah hakikat yang perlu ditelan penyokong-penyokong tegar Ketua Umum Pembangkang ini ... Kebebasan bersuara ala Anwar Ibrahim (chicken shit).

Anwar Ibrahim menolak 'kebebasan bersuara' dengan menidakkan hak Raja Petra kamaruddin yang mahu berdebat dengannya.

Kebebasan bersuara apa yang Anwar Ibrahim amalkan ...

Khabarnya juga, ada pihak yang menaja dan membiayai 'talk show' kelolaan Julian Assange.

Mana ada 'talk show' free. 'Talk show' Oprah Winfrey juga ada permainan sejumlah wang besar.

Demi kebebasan bersuara ... Mungkin Anwar Ibrahim sanggup berkongsi cerita siapa yang membiayai 'talk show' ini.

Atau Anwar Ibrahim menggunakan sedikit wang dari RM 3 bilion yang digossip terhadapnya.



Husam Jamnapari SUSPEK UTAMA PENYUMBANGLEWENG Dinar Emas - Kickdefella

|

Semalam blogger Kickdefella dan gabungan badan-badan NGO Kelantan sudah membuat empat laporan polis skandal dinar emas Kelantan yang dikeluarkan oleh syarikat milik kerajaan Pas Kelantan, Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT).

Apa yang menarik Kickdefella dan gabungan badan-badan NGO Kelantan turut menyerahkan beberapa dokumen penting termasuk laporan dalam syarikat tersebut kepada polis bagi membantu siasatan.

bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad membuat laporan polis terhadap skandal dinar KGT.

Sebelum itu juga bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad membuat laporan polis terhadap skandal dinar KGT.

Seorang pelabur Jepun Takao Kono dan seorang rakyat Perancis Mohamed Esfih turut membuat laporan polis pada 28 Mei dan 1 Jun lalu.

Khabarnya sudah ada beberapa saksi dan beberapa bahan bukti wujud skandal dalam pengeluaran dirham dan dinar emas Kelantan.

24 Jun lalu, Husam Musa diasak Kickdefella dan gabungan badan-badan NGO Kelantan untuk menjawab persoalan berkisar Umar Ibrahim Vadillo.

Agak menghairankan kerana Husam Musa mengelak dari menjawab persoalan mengenai Umar Ibrahim Vadillo.


Mengapa agaknya Husam Musa terlalu menjaga Umar Ibrahim Vadillo dalam skandal dinar emas ini ...



2012 STAND AS ONE ... Gelanggang Belia Pamer Bakat Sebenar

|

JASA dengan kerjasama Institut Strategi Pembangunan Malaysia (MINDS) akan menganjurkan Program ‘Jom Generasi-Y Stand As One’ pada 7 dan 8 Julai di Taman Metropolitan Batu.

Program yang berlangsung selama dua hari ini menghimpunkan ribuan para belia untuk bersama sama beriadah dalam mengisi masa mereka dengan aktivi yang berfaedah dan mendatangkan manfaat.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Program STAND AS ONE

Layari website STAND AS ONE
atau Facebook Fanpage STAND AS ONE



STAND AS ONE ... Don't Sit Down Like This Fellow Below.

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU