GELOMBANG WANGSA MAJU: 05/10/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PERSETANKAN Jemaah Haji ... BERSIH 4.0 MESTI DITERUSKAN - Nik Aziz

| Thursday, May 10, 2012




New Straits Times, 13 May 1994

Bila agaknya umat Islam di Malaysia mahu belajar dari sejarah dimana Arab Saudi mengharamkan jemaah haji Iran dari menunaikan rukun Islam kelima di Mekah ...



Gambar di atas adalah puak-puak bodoh dari Parti Adat & Sosialis membentang sepanduk menunjukkan sokongan mereka kepada perhimpunan haram 28 April 2012 di perkarangan Masjidil Nabawi di Madinah Al Munawwarah.

Perbuatan biadab ini secara tidak langsung mengundang bala ke atas izin Kerajaan Arab Saudi terhadap kuota dan juga kemasukan para jamaah Umrah dan Haji dari negara kita Malaysia ke Tanah Suci.

Perkara ini telah dibuktikan oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun 1994 yang menghalang rakyat Iran dari mengerjakan haji ... lihat keratan akhbar di atas.




Siapa mahu bertanggungjawab jika sekiranya kerajaan Arab Saudi mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia ekoran tindakan puak-puak bodoh dari Parti Adat & Sosialis ini mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah baru-baru ini?

Perlu diingat, kerajaan Arab Saudi cukup tegas dalam tindakan mana-mana pihak dari negara asing mencemar nama baik kerajaan tersebut dan tempat tumpuan ibadah umat Islam dari seluruh dunia.





Inilah masalah apabila kebodohan melebihi pemikiran waras ...

Andaikata kerajaan Arab Saudi mengharamkan jemaah haji dari Malaysia menunaikan rukun Islam kelima ini, sanggupkah Nik Aziz dan Hadi Awang menanggung segala dosa para jemaah haji akibat sekatan yang dilakukan.

Sejarah telah membuktikan rakyat Iran diharamkan melakukan haji pada tahun 1994, akibat melakukan demonstrasi di Tanah Suci Makkah al Mukarramah dan Madinah al Munawwarah.



Jika umat Islam Malaysia dilarang menunaikan haji tahun ini, eloklah beramai-ramai para jemaah haji bersemuka dengan Hadi Awang dan Nik Aziz.

Minta kedua-dua ularmak kucing senak ini keluarkan fatwa baru, tak perlu tunaikan haji tahun ini ...



UMNO Bayar MALAYSIAKINI ... Untuk RANAPKAN Pakatan Rakyat - Anwar Ibrahim

|




Hampir separuh daripada rakyat Malaysia akan mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang, menurut dapatan daripada tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL).

Sementara pelbagai dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat sokongan meluas dengan hampir dua pertiga responden memihak kepadanya.

Tinjauan mendapati, di peringkat persekutuan, BN mendapat sokongan 49 peratus, Pakatan 21 peratus manakala 30 peratus lagi tidak pasti.

sumber, Malaysiakini - 10 Mei 2012



Satu 'signal' dari pusat 'think thank Anwar Ibrahim' bahawa rakyat sudah menolak Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum kali ini.

Portal Malaysiakini dan UMCEDEL telah memberikan isyarat kepada pembangkang bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi liabiliti terbesar kepada Pakatan Rakyat sebelum PRU-13.

Perlu dingat, ini sekadar kajiselidik dari kem pembangkang untuk menunjukkan senario semasa politik dan 'mood' pengundi sebelum menjelang pilihanraya umum.

Pada GWM, kajiselidik ini dikeluarkan sebagai petunjuk kepada pembangkang untuk mencari isu-isu panas dan berbangkit untuk mengurangkan jurang pemilihan BN sebagai parti pilihan rakyat.

Kajiselidik ini juga sebagai 'isyarat merah' kepada pembangkang yang perlu mencari isu sensasi untuk mencemar kredibiliti dan imej DN Najib dalam masa terdekat.

Persepsi rakyat terhadap DS Najib dan BN perlu diubah secepat mungkin ...



Harus diingat, portal Malaysiakini pernah mengeluarkan kajiselidik PKR tahun lalu mengenai sokongan wanita di Malaysia terhadap parti itu dan Pakatan Rakyat jatuh merudum. Sokongan kaum wanita terhadap BN semakin meningkat dan jauh meninggalkan parti pembangkang.

Atas dasar itulah Ketua Wanita UMNO dijadikan objektif dan sasaran utama pembangkang dalam menjatuhkan imej dan kredibiliti Shahrizat Abd Jalil.



Awas DS Najib ...

Jangkaan GWM, isu FELDA bakal dijadikan modal terbaru untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah Perdana Menteri.

GWM cukup yakin kali ini Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan juak-juak DAP sedang melakukan ' thorough homework' untuk mencari data-data untuk mengketengahkan isu salahgunakuasa dalam FELDA.

Yang akhirnya akan menuding jari kepada Perdana Menteri ...



Gua Bagi Itu QURAN OK ... Nik Aziz Tatak Malah Ooo - Teo Nie Cheng

|




Jika dahulu pekara yang melibatkan ugama pastinya dijaga dengan tertib oleh yang berhormat ataupun mereka yang terlibat dalam kepartian sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Namun dalam arus semasa dan era politik tanahair kini ianya mungkin sudah tidak relevan ataupun sudah kolot buat pemimpin politik yang merasakan undi menjadi keutamaan berbanding tertib dalam ugama itu sendiri.

Baru baru ini pembantu kepada Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching melakukan satu tindakan yang luar dari kebiasaan apabila menghulurkan sumbangan empat naskah Al Quran kepada pengerusi sebuah Masjid di perkarangan MPKJ dalam Majlis ramah mesra yang diadakan oleh Ahli Parlimen Serdang.

Sedar atau tidak kejadian tersebut sebenarnya sekali lagi memberikan gambaran negatif kepada umat Islam apabila orang Kafir yang memberikan sumbangan Al Quran kepada pengerusi Masjid untuk digunakan oleh Jemaah. Rata rata yang hadir waktu itu berasa amat terkejut dengan sumbangan yang disampaikan.

Mengikut dari seorang yang hadir pada majlis tersebut pembantu ahli parlimen Serdang itu mengambil Empat naskah Al Quran dari dalam keretanya dan kemudiannya menyerahkan begitu sahaja kepada pengerusi Masjid yang mana disaksikan oleh semua hadirin yang hadir. Kejadian tersebut tidak disenangi mereka yang hadir terutama warga emas yang berusia 60 tahun keatas.

Mungkin mereka tidak menduga bagaimana begitu spontan seorang kafir menghulurkan Al Quran untuk dihadiahkan kepada pengerusi Masjid yang mana seolah olah sudah tiada lagi pemimpin ataupun pembantu ahli parlimen Serdang itu yang berbangsa Melayu untuk menyampaikan sumbangan tersebut.





Hmmm ... Gamaknya sudah tidak ada lagi pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat untuk menyerahkan Al Quran. 

Sia-sia sahaja Khalid Ibrahim melantik dirinya sebagai Exco Exco Agama Islam Selangor ...

Barangkali ini juga bertepatan dengan prinsip dan perjuangan Pluralisme ciptaan Anwar Ibrahim ... Hentam sajalah! 

Janji dapat undi orang Melayu ...



SAYA MANGSA TERBARU POLITIK Anwar Ibrahim ... Selepas Hasan Ali - Tunku Abdul Aziz

|



DAP secretary-general Lim Guan Eng admonished Tunku Aziz for his remarks, saying that he had gone against the party's stand and embarrassed the party leadership. - New Straits Times, 10 May 2012



Seorang lagi mangsa politik akibat kerakusan Anwar Ibrahim selepas Hasan Ali ...

Akibat kelantangan Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim mengkritik BERSHIT 3.0, jawatan 'Senator' beliau tidak dapat disambung kembali kerana tidak mendapat pencalonan dari parti.

Ini bukan soal Naib Presiden DAP memalukan partinya, namun lebih kepada soal kritikan pedas beliau terhadap perhimpunan BERSHIT 3.0 yang mendapat sokongan dan 'green light' dari Anwar Ibrahim.




Pendirian yang bercanggah Tunku Abdul Aziz Ibrahim dengan bos partinya Lim Guan Eng membayangkan perbezaan pendekatan seorang Melayu dengan seorang Cina.

Berbanding saf kepimpinan tertinggi Cina DAP, naib pengerusi DAP Melayu itu lebih bersimpati kepada tuntutan tugas pihak penguatkuasa undang-undang.

Seperti juga ramai orang Melayu yang mempunyai keluarga dan saudara mara dalam polis dan tentera, ayah Tunku Aziz pun pernah menjadi anggota polis, iaitu OCPD Alor Setar.

Tanpa diberi maklumat penjelasan Tunku Aziz tentang apa yang disaksikannya sendiri di negara-negara asing, puak pro-pembangkang tidak memahami pola pemikirannya serta dorongan mengapa beliau menongkah arus.

Kritikan terbuka beliau terhadap keganasan yang ditimbulkan oleh para peserta BERSHIT 3.0 seharusnya perlu dihukum pihak berkuasa, mengakibatkan beliau terlebih dahulu 'menjalani hukuman' oleh DAP.




Akibat kritikan terbuka terhadap BERSHIT 3.0, jawatan beliau sebagai ahli Dewan Negara ditarik balik oleh DAP.

Lim Guan Eng pula mengumumkan dua nama baru bagi menggantikannya ...

Dr Ariffin S.M Omar - pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia
Syed Shahir Syed Mohamud - Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan.

Dua nama Melayu yang bakal menjadi 'anjing tunggangan' baru DAP.



Aneh ... dua pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang yang mengkritik sikap, dasar dan tindakan Anwar Ibrahim dihukum serta merta. Hasan Ali ... dan kini Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

Berbanding dengan Tunku Abdul Aziz Ibrahim, nasib Hasan Ali lebih malang kerana dipecat terus dari Parti Adat & Sosialis.

Pun begitu ... GWM tidak yakin DAP akan memecat Naib Presidennya kerana parti chauvinist ini amat memerlukan sokongan dan undi orang Melayu.



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU