GELOMBANG WANGSA MAJU: 07/25/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PROTON ... Portal Penjilat Anwar Ibrahim SUDAH BANGKRAP, MUFLIS IDEA

| Wednesday, July 25, 2012




Portal yang sudah malu dan hilang kredibiliti akibat disaman Lynas Corporation Ltd dalam mengeluarkan artikel fitnah, kini beralih arah untuk menaikkan nama Rafizi Ramli dan PKR.

PROTON dan PERODUA kini dijadikan bahan momokan baru bagi memberi peluang usaha terakhir PKR menjanjikan penurunan harga kereta dan duti eksais sebanyak 60 peratus.

Rakaman video klip tahun 2010 ini dijadikan bahan puak chauvinist DAP, melalui PKR melunaskan dendam kesumat terhadap Tun Dr Mahathir ... dendam idea Mahazalim dan Mahafiraun ini dalam menggerakkan agenda ekonomi bumiputera.



Cukup bangkrap idea portal pemfitnah isu kilang nadir bumi ini. 

Namun tidak pula ditunjukkan video-video youtube berkenaan dengan Proton. Seperti ini ...





Atau rakaman video youtube ini ...





Bagaimana pula dengan jenama kenderaan yang sangat dibanggakan oleh puak chauvinist ini ...

Mengapa agaknya portal yang semakin bangkrap idea ini tidak sanggup mengeluarkan artikel bagi jenama kenderaan dibawah ini ...






Percayalah ... agenda merosakkan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera kini menjadi agenda utama pembangkang dalam mendapatkan sokongan dan undi bagi pilihanraya umum kali ini.

Agenda ini baru dimulakan terhadap PROTON dan PERODUA. Tunggulah agenda pembangkang seterusnya.

Melayu dipergunakan DAP untuk membunuh ekonomi orang Melayu sendiri.



HUDUD Bukan POLISI Kami, Tantawi PERLU DIPECAT SEGERA - Anwar Ibrahim

|
PKR secara terbuka menyebelahi Karpal Singh dan menolak 'mentah-mentah' hudud PAS.



PAS sudah menoktahkan mengapa parti itu layak bergelar parti picisan dalam pakatan pembangkang.

Hari ini juga sudah menoktahkan PAS tidak lebih dari sebuah parti alat dan keldai tunggangan bagi DAP dan PKR.


KUALA LUMPUR: Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat telah memilih untuk menyebelahi Pengerusi DAP Karpal Singh dalam menolak aspirasi hudud Pas.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin, semalam memberi amaran kepada rakan sejawatannya dari Pas, Nasrudin Hassan Tantawi, bahawa dia telah membuka kotak Pandora, di komen beliau baru-baru ini mengenai pelaksanaan hudud, yang telah menimbulkan kemarahan Karpal dan ahli DAP yang lain.

Beliau berkata ia adalah tidak wajar untuk Nasrudin membangkitkan isu yang sekian lama wujud kerana beliau mendakwa bahawa pendirian pakatan antara PKR, DAP dan PAS pada undang-undang jenayah Islam adalah jelas.

"Saya ingin menasihatkan Nasrudin supaya merujuk persetujuan kita akhir tahun lalu bahawa hudud bukan sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui oleh semua pihak. - New Straits Times, 25 Julai 2012.



PAS tidak boleh melompat dan mengamuk terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam hal ini.

Suara Ketua AMK ini adalah juga suara Karpal Singh.
Suara Karpal Singh juga adalah suara Anwar Ibrahim.
Suara Anwar Ibrahim juga adalah suara Pakatan Rakyat.
Suara Pakatan Rakyat bermakna ianya adalah dasar dan polisi bersama pembangkang.

Dimana letaknya suara PAS dalam Pakatan Rakyat?




Barangkali Nik Abduh, anak kesayangan Nik Aziz ini sudah tahu sebab musabab mengapa PAS sampai bila-bila pun tidak akan sampai ke Putrajaya.

Nik Abduh sudah boleh membuka mata dengan seluas-luasnya, UMNO bukanlah musuh PAS sebenarnya.

Musuh PAS sebenarnya berada dalam kelompok ikatan perkahwinan mutaah parti-parti pembangkang. Ini yang dinamakan sebagai musuh dalam selimut.

Anak Nik Aziz ini bukannya tahu apa erti musuh dalam selimut ... 'buat kerja sedap dalam selimut' mungkin beliau cukup arif mengenainya.



Tidak tahulah jika PAS sememangnya sudah redha dan cukup suka digelar parti keldai tunggangan













Atau sememangnya inilah tahap sebenar PAS dari kaca mata Anwar Ibrahim dan rakan-rakan khalwat dalam Pakatan Rakyat.

PAS memang seronok ditunggang seperti keldai beramai ramai ... muafakat katanya ...



Rafizi Ramli ... 'PEMBUNUH BARU' EKONOMI ORANG MELAYU Dan BUMIPUTERA

|
Saya Akan Pastikan PROTON, PERODUA, Segala Idea Dr Mahathir Bungkus dan Mati - Rafizi Ramli



PETALING JAYA 24 Julai - Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjanji akan melakukan usaha-usaha untuk menurunkan harga kereta.

Menurutnya lagi, pembangkang juga akan menghapuskan duti eksais sebanyak 60 peratus yang dikenakan kepada pembeli kereta pada ketika ini.

Artikel seterusnya, LEMBU PKR KEMBALI MENGGANAS



Sekali baca dan imbas, memang hebat idea Pengarah Strategik PKR ini. Brilliant ... semua harga kenderaan bakal turun.

Memang brilliant idea Pengarah Strategik PKR ini ... brilliant dalam diam menjahanamkan ekonomi bumiputera dalam jangka masa panjang.

Jika inilah janji yang dibawa PKR dan Rafizi Ramli untuk pilihanraya umum kali ini, nyata Pengarah Strategik PKR telah melaksanakan agenda DAP sejak sekian lama.

Inilah janji yang pernah dibawa DAP dalam pilihanraya umum sebelum timbulnya parti PKR ciptaan Anwar Ibrahim.

Bukan agenda baru sebenarnya, hanya rentetan dan kesinambungan dendam DAP terhadap PROTON dan PERODUA.

Dendam kesumat DAP terhadap Tun Dr Mahathir ... dendam akibat idea Mahazalim dan Mahafiraun ini dalam menggerakkan agenda ekonomi bumiputera.


Cadangan Rafizi Ramli sebenarnya lebih banyak membawa kecelakaan terhadap pengeluar kenderaan tempatan, PROTON dan PERODUA.

Ini yang gagal dilihat secera tersirat oleh rakyat marhaen ...

Rakyat marhaen hanya nampak perkataan 'turun' namun tidak nampak kesan, sebab dan akibat dari perkataan 'turun' ini terhadap industri permotoran terhadap ekonomi orang Melayu.

Apabila PROTON dan PERODUA tertekan, maka secara automatik 108 pembekal dan vendor bumiputera turut mengalami tekanan yang cukup luar biasa.

Paling teruk, siapa mahu memberi projek dan makan terhadap pembekal dan vendor bumiputera ini? ... Anwar Ibrahim? PKR?

Anwar Ibrahim awal-awal lagi sudah menolak agenda ketuanan Melayu, ketuanan Bumiputera ...



Dua perkara utama ini bakal berlaku akibat dari cadangan Mahahebat Rafizi Ramli

1) Berapa ramai pembekal dan vendor Bumiputera yang bakal hilang mata pencarian dan gulung tikar, khususnya dibawah PROTON dan PERODUA?

2) Berapa ramai peniaga Bumiputera yang terlibat dalam perniagaan used car boleh survive dengan cadanagn hebat Pengarah Strategik PKR ini?

Inilah masalah pembangkang ...

Terlalu kerap mengutarakan cadangan secara hentam keromo tanpa melihat chain reaction (kesan dan akibat) terhadap agenda ekonomi Bumiputera.

Apakah Rafizi Ramli sememangnya berniat untuk melihat PROTON dan PERODUA bungkus dan gulung tikar?

Memang tidak dinafikan harga kenderaan akan murah namun adakah ini idea yang cukup bertanggungjawab.

Idea yang cukup cantik untuk melingkup dan menjahanamkan agenda ekonomi orang Melayu dan Bumiputera secara khusus.

DAP memang cukup suka dengan idea Rafizi Ramli ini ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU