GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/15/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Antara NIK NAZMI & AZMIN ALI ... BAHLOL Mana Yang Lebih BERDENGUNG

| Thursday, March 15, 2012

Umpama bapa ketam mengajar anak cucunya berjalan lurus ... Juga seumpama bapa ayam yang tidak mengaku melacurkan jalang-jalang dibawah jagaannnya.

Kedua-dua pemimpin PKR ini masih lagi berusaha keras mahu menegakkan benang yang basah walaupun cukup mustahil untuk dilakukan.




Nik Nazmi tetap mahu menafikan buku panduan yang diterbitkan oleh National Democratic Institute for International Affair (NDI) tidak mempunyai unsur-unsur negatif seperti didakwa.

Nik Nazmi tetap mempertahankan buku panduan yang digunakan parti PKR hanyalah sebagai panduan dan cara-cara sebuah jentera parti dan calon yang bertanding menghadapi pilihan raya.

Namun Nik Nazmi tidak pula menafikan buku ini hasil terbitan oleh sebuah agensi Yahudi yang bertopengkan demokrasi ...


Situasi yang sama juga seperti Azmin Ali yang bertegas PKR tidak pernah menggunakan khidmat agensi Yahudi untuk merancang kempen dan jentera Pilihan Raya (PRU12) lalu, adalah tidak berasas sama sekali.

Azmin Ali menuduh Umno sebagai tidak mampu mendepani isu rakyat sehingga membudayakan fitnah dan samseng tanpa sebarang asas untuk dilemparkan kepada pihak pembangkang.



Agak melucukan apabila Nik Nazmi tidak menafikan penglibatan agensi Yahudi dalam penyusunan jentera PKR. Lain pula dengan Azmin Ali yang terus menjerkah menafikan sama sekali pembabitan agensi Yahudi dalam PKR.

Seorang tidak menafikan, satu lagi menafikan ... What the hell!





Pendedahan oleh penyelaras BN Selangor Mohd Zin Mohamed pembabitan KAF dan NDI sudah cukup membuktikan Anwar Ibrahim menggunakan agensi-agensi Yahudi ini dalam menggerakkan jentera PKR dalam menghadapi pilihanraya.


Suara Keadilan terbitan 28 November – 12 Disember 2006 melaporkan sebelum PRU 12, NDI telah melatih lebih 30 orang aktivis PKR di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Antaranya adalah Dr Xavier Jayakumar, Mustafa Kamil Ayub, Kamarul Baharin Abbas, Sivarasa Rasiah, Khalid Ibrahim, Johari Abdul, Amiruddin Shaari, Haniza Talha dan lain-lain.


Ambiga dan ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah (seperti dilaporkan dalam The Malaysian Insider pada 27 Jun 2011 ) mengakui menerima sumbangan daripada NDI dan sebuah lagi yayasan dana demokrasi berpengkalan di AS, Open Society Institute (OSI) ... milik penyangak mata wang Yahudi, George Soros.



Yang nyata, kedua-duanya, Nik Nazmi dan Azmin Ali adalah bahlol dan pengkhianat kerana masih lagi mempertahankan Ketuanan Yahudi dari kedaulatan Raja dan Negara.

You nak bukti apa lagi Azmin Ali ...

Anwar GERAM ... Rakaman Video Sulit AGENDA PERIBADI Terbongkar

|







DAP dan PAS bukan tidak tahu permainan 'politik bangkai' Anwar Ibrahim. 

'Marriage of Convenience' hanya sekadar mampu menutup agenda peribadi Lim Kit Siang dan Nik Aziz.

Parti dan pemimpin mana sekarang yang bermain dengan sentimen 'politik bangkai' ...




Wang BR1M HARAM, Ini Fatwa Saya - YDP PAS Bentong

|

Ooooooooooooooo ... Haram ye Pak Sheikh!

Lu sebat wang BR1M kira halal la ...





Klik untuk selanjutnya, MUNAFIQ IBNI PENYAMUN


Pssst Din Poyo ... Tegur-tegurlah sikit puak lu ni! Bikin malu Nik Aziz la ...



Guan Eng PEMBOHONG, Penang Juga Mahu BUKA KILANG TOKSIK - Fuziah Salleh

|




GEORGETOWN - Ramai yang membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang, namun mereka tidak mengetahui nasib yang bakal menimpa 100,000 penduduk di Batu Kawan apabila sebuah kilang yang mengeluarkan toksik dibina di negeri ini.

Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Rich Too berkata, mereka menuntut penjelasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai pembinaan kilang berkenaan yang dikendalikan sebuah syarikat dari Jerman.

“Kita tidak menentang teknologi solar tetapi proses untuk menghasilkannya boleh mencemarkan alam sekitar. Ia juga akan mengancam kehidupan jika pembuangan sisa toksik tidak dikendalikan dengan betul.

"Sehingga kini tiada sebarang penjelasan diberikan Kerajaan Negeri kepada umum mengenai projek yang akan dijalankan itu," katanya kepada media semalam.

Menurutnya, orang ramai yang menyokong Guan Eng kerana membantah pembinaan loji Lynas sebenarnya tidak sedar bahawa sebuah kilang yang mengeluarkan toksik akan berada di Batu Kawan.

Sehubungan itu, mereka menuntut Guan Eng memaklumkan lokasi tepat serta mengemukakan laporan awal penilaian kesan alam sekitar (EIA) kilang berkenaan.



GWM yakin kilang yang dimaksudkan oleh Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Rich Too adalah Robert Bosch GmbH dari negara German.

Dan ini berdasarkan kepada sidang media Lim Guan Eng di KOMTAR pada 24 Jun 2011, berkenaan pembukaan kilang pembuatan panel solar di Batu Kawan.


Nampak seperti tidak berbahaya, namun pembuatan panel solar ini memerlukan satu kilang dengan keluasan tinggi untuk mengawal sembilan jenis gas beracun yang dihasilkannya.



Jika dibandingkan dengan Lynas ... Nyata pembuatan solar panel ini lebih merbahaya dan toksik kepada penduduk setempat. Dan ianya sudah dibuktikan melalui kajian dan laporan di media.




Mungkin pembaca sudah mampu membezakan tahap radiasi dan bahaya pembinaan kilang pembuatan solar panel jika dibandingkan dengan sebuah kilang pengeluaran nadir bumi di Pahang.

Namun begitu ada suatu persoalan menarik, mengapa Lim Guan Eng membisu tanpa sebarang penjelasan berkenaan projek yang akan dijalankan di Batu Kawan ini.

Robert Bosch GmbH dikatakan sudah memulakan proses pembelian tanah seluas 32 hektar di kawasan berkenaan. Perlu diingat, belum ada perjanjian rasmi jual beli tanah di antara kerajaan negeri dan syarikat dari Jerman ini.

Mengapa tiada sebarang aktiviti pembinaan di kawasan tersebut?




Leading German engineering firm Robert Bosch GmbH postponed its €520 million (RM2.05 billion) Penang solar panel plant’s construction, which would have been the company’s largest, due to cost pressures. Solar energy division chief Siegfried Dais told the Frankfurter Allgemeine Zeitung yesterday that the company will need to “reorient” itself technically as it wanted to be among those making a profit from the industry.

“If you invest too early, you run the risk of possibly settling for a less advantageous technology path,” the German national daily quoted him as saying in an advance interview excerpt. Construction of the plant in Batu Kawan, Penang, which has a capacity of 640MW per year, was scheduled to begin at the end of last year, with production to start in 2013. Bosch’s decision to hold off on the fully-integrated manufacturing plant, which would have served its ASEAN operations, comes after the firm missed profitability targets last year as special charges ate into earnings

Ahhhh ... Rupanya Robert Bosch GmbH nampak jika diteruskan projek sasaran untung tidak akan dicapai dalam jangka masa yang pendek dan terpaksa bersaing dengan pengeluar panel solar dari China.

Projek ini diberhentikan buat sementara waktu sehingga satu 'feasibility studies' dilakukan bagi mendapatkan unjuran keuntungan yang diperlukan oleh syarikat tersebut.



Lim Guan Eng panik ... Tahun lalu beliau berdegar-degar mengumumkan pelaburan sebanyak RM 2.2 bilion dari syarikat ini bakal memberi pekerjaan kepada 2,000 ruang pekerjaan.

Walhal bukan beliau yang membawa masuk pelaburan ini, tetapi usaha yang dilakukan oleh Dato' Sri Mustapa Mohamed melalui MITI. Lim Guan Eng tumpang semangkuk sahaja. Tak malu punya Apek ...


Peluang pelaburan semakin terjejas akibat pemberhentian sementara projek ini oleh Robert Bosch GmbH. Sakit kepala jika ada kutu-kutu berahak dari BN mula menyindir hilangnya pelaburan RM 2.2 bilion dari Jerman.



Bagaimana mahu mencari projek baru dalam masa yang singkat? Satu cara paling mudah ... serang projek Lynas!


Modus operandi dilakukan dengan mengadakan bantahan dan demonstrasi melalui Himpunan Hijau dengan menakutkan rakyat bahawa kilang Lynas di Gebeng adalah loji nuklear dengan bahan kesan radioaktif berbahaya.

Bagaimana jika sekiranya pembinaan kilang pemerosesan Nadir Bumi ini dihentikan serta merta di Pahang? Sudah tentu ini akan memalukan kerajaan negeri Pahang yang terlepas peluang pelaburan jangka masa panjang.

Bagaimana pula jika DAP mampu 'kaotim' dengan Lynas untuk membawa projek pemerosesan Nadir Bumi ini ke Pulau Pinang? Sudah tentu projek ini pula akan 'dirembat' oleh Lim Guan Eng dalam sekelip mata.


Jika BN pula membantah dan menuduh dimana Lim Guan Eng dan kerajaan negeri DAP mahu membuang sisa toksik dan radioaktif Nadir Bumi, dengan mudah Lim Guan Eng mampu menjawab ...

"Kami sudah ada 32 hektar kawasan di Batu Kawan untuk dijadikan kawasan sisa pembuangan bahan radioaktif, setelah projek solar panel Robert Bosch GmbH dibatalkan".

"Kerajaan negeri Pahang tidak mampu menyediakan prasaran pembuangan sisa radioaktif ini, tetapi kami sudah ada prasarana tersebut ... lebih baik kilang ini didirikan di Pulau Pinang!"



Tidak mustahil perkara ini bakal berlaku ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU