Tuesday, August 14, 2012


Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa satu artikel yang tersiar dalam akhbar Harakah keluaran 19-21 Julai 2011 yang mengaitkan Umno Selangor dengan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos tahun lalu, adalah fitnah terhadap Umno.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Zaki seterusnya berkata mahkamah berpuas hati bahawa artikel berkenaan adalah fitnah dan jelas merujuk kepada Umno Selangor.


Artikel selanjutnya, klik HARAKAH MEDIA PEMFITNAH



Sekali lagi GWM paparkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini berhubung artikel yang tersiar dalam akhbar Harakah keluaran 19-21 Julai 2011

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Zaki seterusnya berkata mahkamah berpuas hati bahawa artikel berkenaan adalah fitnah dan jelas merujuk kepada Umno Selangor.

Sudah masuk 9 bulan, tidak ada satu pun bukti yang dikeluarkan, dipaparkan kepada media oleh Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali.

Jika mengikut kiraan matematik mudah (simple mathematics), wanita yang sarat mengandung sudah pun melahirkan anak sebagai bukti kewujudan kasih sayang dan hubungan di antara suami dan isteri.

Bagaimana pula dengan Harakah? ...



PAS akan dedah bukti, Umno main peranan operasi Jais

19-21 Julai 2011 Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan “perangkap” Umno dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

“Saya dapat mak lumat ‘dalaman’ Jais (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Daman sara Utama, Petaling Jaya itu,” dedahnya pada sidang media di Pejabat PAS Terengganu, Isnin lalu.

Inilah yang lahir 9 bulan dari perut media syurga PAS ... fitnah yang cukup jijik.

Sukar sama sekali untuk dipisahkan Harakah dan fitnah. Umpama aur dan tebing ... seolah-olah wujud hubungan simbiosis yang cukup rapat, saling kait-mengait.

Harakah adalah fitnah ... Fitnah itu adalah Harakah.



Isu fitnah sebenarnya telah lama bertapak dan wujud dalam media syurga PAS ini. Hanya melalui fitnah, PAS terbukti mampu menarik sebilangan sokongan dan undi umat Islam yang terpana dengan pembohongan.

Isu fitnah ini memang telah lama disedari oleh Hadi Awang.



Ini yang berlaku sewaktu Muktamar PAS tahun lalu. Hadi Awang cukup panasa dan naik angin dengan gelagat media sensasi Islamik parti tersebut.

Apa yang menarik, media utama parti PAS ini dinobatkan sebagai media bodoh oleh Presiden PAS sendiri ... Sudah tentu ada yang tidak kena dengan gerombolan wartawan dan editor media tersebut.



Apa yang menarik perhatian GWM adalah kenyataan Hadi Awang menempelak media Harakah, yang sebenarnya dikuasai oleh golongan pemfitnah yang wujud dalam PAS.

Siapa musuh dan pemfitnah yang dimaksudkan Hadi Awang? Sudah tentu bukan UMNO. Sepanjang wawancara dengan TVPAS, langsung tidak disebut UMNO sebagai musuh yang melagakan golongan-golongan yang wujud dalam parti ini.




Sejarah tidak pernah berbohong, hanya Harakah dan PAS sahaja yang gemar berbohong terhadap umat Islam.

Media Harakahdaily ini nyata gemar melakukan fitnah dan mengaibkan sesama umat Islam.

Bukti sahihnya ada dibawah ini ...



Ini adalah artikel dan gambar yang pernah dikeluarkan oleh media yang mendakwa berpandukan kepada Islam dan 'Tepat Dari Sumber'.

Inilah hakikat sebenar Harakahdaily ...

Media yang sepatutnya menganjurkan ukhwah Islamiyah dan perpaduan di kalangan umat Islam sudah menjadi media pemfitnah tegar, lebih jijik dari media pro kerajaan.

Masih lagi percaya dan mahu membaca media yang mendakwa 'Tepat Dari Sumber' ini ...



4 comments:

Anonymous said...

Hanya pengikut2 setia pas dan pencacai2 pas saja yng 101% mempercayai apa yang tertulis dalam harakah tu..
Kalu tak silap aku, dah hampir 15 tahun lebih aku tak beli atau baca harakah@haramjadah ni..tau nape?
Bila aku baca muka depan dah tentu berita fitnah..tadak lain dan tak bukan fitnah. Selak muka 2, pun sama kalau tak sambung berita muka depan ada berita fitnah baru..Tengok mukasurat 3, pun sama berita fitnah, mengada2kan cerita. Yang takda diadakan, yang betul dipusingkan, yang lurus dibengkokkan..tak abis atau tak sampai hati aku nak baca, selak mukasurat 5, pun sama..berita spin dan fitnah. Habis..apa bahan berita yang berguna yang boleh aku bandingkan ngan akhbar2 lain, yang boleh aku ceduk sebagai ilmu berguna dan pengajaran yang baik..nak baca mukasurat mana? Tadak satupun yang boleh mendatangkan pahala..madang je buat dosa. Cuma yng elok sikit..iklan produk atau perkhidmatan, itu aje yang menjadi berita benar. Kalau baca humor karton, lagilah haramjadah..,zunar yg namanya seakan2 perkataan zina tu. Nanti, di akhirat nanti, Tuhan mintak dia bagi nyawa kat gambar kartun yang dia lukis tu..tadak keja lain nak menyindir/mengata org lain. Klu sindiran tu boleh mendatangkan pahala takpa, ni..suma yang membaca seolah2 bersubahat bila membaca harakah..seolah2 berdosa bila membaca. Jadi, yg menjadi editor dia ke, atau pengarang ka atau wartawan dia ke atau pencetak dia ka, atau sapa saja yang berkaitan dengan penghasilan harakah ni memang terpalit dosa yang tanpa disedari..selagi ia dicetak, diedar, dibaca dan diulang baca, sampai bila2 kamu tanggung dosa. Dan selagi org yang difitnah dalam harakah tu tak memaafkan, hah..hang tanggunglah sampai ke liang lahat..hang kena peringat baik2. Aku da hilang minat nak beli dan baca ni sbb itulah. Mendatangkan dosa bila membaca harakah..Dan sekarang, dah terang lagi bersuluh, mahkamahpun da istihar dan mengesahkan berita tersebut fitnah!!. Yang takda diadakan, yang tak berkaitan dikaitkan bagi nampak real dan benar..apa nak jadilah pengikut pas dan sapa saja yg didalam pas tu..Harun Din tanak bagi fatwa ke pasal harakah ni..? haji adi..? tanak buat fatwa baru? haji adi ni pun satu..nama aje ada ilmu agama, tapi dok sesatkan pengikut dia..hang da penghujung da..ada skit lagi masa jika sempat nak bertaubat dan perbaiki kesilapan.

QalamQabut said...

Pantang tok nenek aku tengok orang selit iklan komerSIAL seperti Global Products & Services Review ni.

Tak jadi dah aku nak komen pasal topik yang hot nih.

Anonymous said...

harahkah dah jadi haramkah....

merosakan maruah islam je...

menipu kerana islam..??
fitnah kerana islam..??

harahkah memang haramkah

Anonymous said...

kalau media milik sendiri tak boleh kawal, macam mana nak kawal media yang sendiri tak punyai?