Cukup melucukan apabila puteri kesayangan Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai begitu tekun mendakwa €36 juta (pound) adalah hasil jualan rahsia sulit ketenteraan Malaysia oleh Thales International Asia (Thint Asia) kepada Terasasi berkait rapat dengan isu scorpene.
Semakin lama semakin karut-marut fitnah dan pembohongan Anwar Ibrahim dan juak-juak pembangkang.
MAHKAMAH PERANCIS
Rakyat perlu memahami bahawa mahkamah di Perancis adalah mahkamah yang hanya menjalankan siasatan. Tiada sebarang perbicaraan, sepina (subpoena) dan tiada sebarang pendakwaan yang dilakukan. Pendakwaan hanya berlaku jika perbicaraan baru bermula.
Fitnah Anwar Ibrahim sebenarnya telah dibongkar dan dinafikan oleh pencacai utamanya sendiri, Raja Petra Kamaruddin.
Dalam artikel beliau, SUARAM hanya memfailkan aduan jenayah, bersama-sama dengan permohonan untuk menyertai prosiding itu sebagai sebuah parti awam - Parti Petisyen Awam (Civil Party Petition). Hakim akan terlebih dahulu, melihat melalui bukti dan menentukan sama ada jenayah telah dilakukan sebelum mengarahkan perbicaraan.
Berdasarkan permohonan SUARAM, pihak pendakwa mengarahkan Tribunal De Grande instance di Paris untuk menyiasat dakwaan ketidakpatuhan dalam kontrak pembelian kapal selam Scorpene. Hasil siasatan polis ini boleh dilihat melalui artikel Raja Petra Kamaruddin di atas.
Idea untuk memulakan kempen mencanang isu kapal selam Scorpene ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 telah dimulakan oleh R. Sivarasa dan Tian Chua pada tahun 2009. Sivarasa dan Tian Chua telah berbincang terlebih dahulu Anwar Ibrahim yang memutuskan bahawa SUARAM akan menjadi badan terbaik mencetuskan fitnah terhadap DS Najib.
Perlu diingat bahawa kes ini bukan mengenai Altantunya tetapi mengenai dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene. Dakwaan tersebut adalah bahawa € 114 juta (RM534 juta) yang dibayar kepada Perimekar untuk sokongan logistik yang melibatkan latihan anak kapal di dakwa melibatkan rasuah.
MENSENSASIKAN KEMATIAN ALTANTUYA
Gambar paling kiri diambil dari laman web Asia Sentinel yang mendakwa Altantuya berada di Paris. Namun begitu gambar yang sama di'superimposed'kan Tian Chua untuk mengaitkan kononnya Altantuya bersama DS Najib di Paris ... Bukankah ini fitnah yang nyata?
Sejak SUARAM membuat penyerahan kepada mahkamah Perancis, setiap kenyataan yang lahir dari SUARAM amat mengelirukan dan tidak benar.
Motivasi utama SUARAM sebenarnya adalah untuk memperbesarkan hal kematian Altantunya dan mengaitkan urus niaga kapal selam, walhal mahkamah di Paerncis sedang mencari hubungkait wang yang dibayar kepada Perimekar.
Lihat dan baca dengan teliti apa yang tertulis dari laman web SUARAM ini ...
The defence ministry has spent more than one billion euros or about RM 7.3 billion of the rakyat’s money for the purchase of the two submarines, which are reportedly of questionable quality. The first submarine, the KD Tuanku Abdul Rahman could not sink in tropical waters, while the second arrived more than 7 months after the scheduled date of arrival.
Adding intrigue and mystery to this controversial deal was the mysterious and horrifying death in 2006, by two policemen closely linked to then deputy prime minister Najib Razak. The deceased is a Mongolian national, believed to be a translator and mistress of Abdul Razak Baginda, a political analyst, also closely linked to Najib.
C4 explosives were said to have killed her. This explosive is not easily available in the market. It is available only in the Defence ministry and normally used for demolishing buildings. Who issued the explosives to be used and why? When Altantuya was killed, Najib was still the Defence Minister.
Rakyat tentu dapat membaca dengan jelas bahawa tidak terdapat terdapat apa-apa yang khusus dalam dakwaan SUARAM mengenai rasuah ... namun begitu huraian yang panjang berjela dan lebih mensensasikan kematian Altantuya.
Malah titik fokus sebenar SUARAM dalam artikel ini bukanlah rasuah, yang sebenarnya hanyalah:
SUARAM has been monitoring the scandal building not just surrounding the mysterious and horrendous death of Altantuya Shariibu, but her role and involvement in the procurement of arms for the Malaysian government, leading to her gruesome murder.
SUARAM telah memantau skandal yang bukan sahaja di sekitar kematian misteri dan menakutkan Altantuya Shariibu, tetapi peranan dan penglibatan dalam perolehan senjata bagi kerajaan Malaysia, yang membawa kepada pembunuhan ngeri itu.
Isu rasuah pembelian kapal selam atau mensensasikan kematian mendiang Altantuya oleh SUARAM?
SUARAM menggunakan peluang sebaik-baiknya sebagai strategi propaganda untuk terus menghidupkan isu kaitan Altantuya dengan DS Najib dengan mengketengahkan berbagai sepkulasi.
Sekali lagi Tian Chua menggunakan teknik 'superimposed' gambar Altantuya didakwa sedang menjamu selera bersama DS Najib. Walhal gambar sebenar DS Najib di World Economic Forum digunakan untuk memfitnah dan menjatuhkan kredibiliti beliau.
SUARAM memulakan peranan mereka mengambil alih peranan dari Anwar Ibrahim, melalui kenyataan dalam Malaysiakini oleh Dr Kua Kia Soong pada bulan November 2009.
Semakin terserlah kebobrokan SUARAM apabila Dr Kua mendakwa ia sebagai "mencari keadilan untuk Altantunya di mahkamah Perancis" ... Walhal peguam yang menjelaskan "pembunuhan wanita Mongolia itu adalah di luar bidang kuasa pihak berkuasa Perancis."
Cukup jelas SUARAM sudah menjadi salah sebuah badan penerbitan PKR. Mereka menggunakan kononnya isu rasuah Scorpene dan mensensasikan pembunuhan Altantunya bagi mengaitkan tuduhan tidak berasas terhadap Dato 'Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
SIAPA DIA ALTANTUYA
Terlalu banyak diperkatakan mengenai mendiang Altantuya sejak beberapa hari yang lalu.
Benarkah mendiang ini pernah bersama Razak baginda berada di Perancis? Walhal pihak polis Perancis mendakwa Altantuya tidak pernah berada di Paris.
Gambar yang di dakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan bangunan Notre Dame Cathedral, Paris sebenarnya adalah suatu pembohongan besar.
Altantuya sebenarnya tidak berada di Paris, malah mendiang Mongolia ini sebenarnya bergambar dihadapan sebuah bangunan dinamakan Gothic Cathedral Duomo, di Milan, Itali.
Berikut adalah artikel yang dipertik dari laman web SUARAM ...
She worked as a translator for Mr. Abdul Razak Baginda, who is a well-known political analyst, a close ally to Prime Minister Najib Razak.
Altantuya was recruited for the job because she was reportedly fluent in Mongolian, Russian, Chinese, English, and some French. In fact prior to this job, she has had some business dealings with Abdul Razak.
Razak Baginda was at that time, a defense analyst from the Malaysian Strategic Research Centre think-tank.
Namun apabila didedahkan bahawa Altantunya bukanlah seorang penterjemah bahasa malah bahasa asing yang mampu ditutur oleh mendiang hanyalah bahasa Rusia dan mendiang tidak mahir berbahasa Inggeris ... Tian Chua mula melompat dan goyah.
Perlu diingat, Tian Chua adalah penghasut utama dan aktivis SUARAM yang telah memalsukan (superimposed) gambar-gambar untuk mengaitkan DS Najib dengan mendiang Altantuya.
Si lahabau ahli Parlimen Batu ini juga yang telah mengaku dalam blognya bahawa gambar-gambar palsu itu adalah gambar betul.
REKAYASA SUARAM MENSENSASIKAN ALTANTUYA
Perjanjian Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun, 2002 di Kuala Lumpur.
Razak Baginda bertemu dengan Altantuya dan memulakan urusan dalam bulan November atau Disember 2004. Urusan berakhir pada tahun 2005. Berikut adalah petikan daripada seorang hakim dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya dalam akhbar The Star bertarikh 31 Oktober, 2008 di sini:
"At the start of the trial, Abdul Razak filed an affidavit saying he had an affair with Altantuya after meeting her in 2004.
The tell-all affidavit said they had trysts in Hong Kong, Shanghai, Singapore and France, but broke up in 2005."
Afidavit bertarikh Jan 5, 2007 ini langsung tidak dipertikaikan sebagai fakta kes.
Fakta yang sama telah dilaporkan dalam NST baru-baru ini apabila Ezam Mohd Noor membuat menuntut penjelasan dari Anwar Ibrahim yang terus membuat tuduhan ke atas perjanjian Scorpene.
Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini masih terus membisu dari menjawab cabaran bekas 'hardcore' beliau sewaktu dalam PKR dahulu.
1 comments:
bape
stephen curry shoes
yeezy sneakers
supreme hoodie
steph curry shoes
balenciaga
curry
yeezy boost 350 v2
kobe shoes
kenzo clothing
Post a Comment