Wednesday, July 4, 2012

Secara kebetulan, blog ini menerima banyak email daripada kakitangan awam yang memberikan respons di atas ‘suasana’ terbaru yang melibatkan kerajaan dan Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam).

Memang ada pelbagai pandangan. Namun, majoriti pandangan nampaknya bersetuju dengan tindakan tegas yang dibuat oleh kerajaan dalam menyelesaikan isu Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah.

Beberapa email yang diterima, termasuk di kalangan mereka yang pernah bekerja di bawah seliaan Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah sendiri menyatakan bahawa kebanyakan perlakuan dan tindak tanduk beliau kebelakangan ini sememangnya mempunyai unsur ‘tidak selari’ dengan kerajaan sedia ada.

Motif? Tak ramai yang dapat merungkai.

Namun, secara umum ramai yang mengaitkan apa yang berlaku di atas kesilapan ‘mega’ yang dilakukan Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah dalam isu SBPA.

Tidak ada engagement dilakukan. Ternampak seolah ingin menjaga kepentingan dan periuk nasi sendiri; 36 orang kumpulan PREMIER yang berada di tampuk tertinggi kepimpinan Negara.

Seorang anggota PTD yang ada di pejabat Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah sendiri memaklumkan bagaimana banyak keputusan dibuat secara BULLDOZE, tanpa merujuk dan menilai impak yang lebih besar.

Memang benar, tidak semua beban kesalahan mesti diletakkan di bawah Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah – namun sesuatu yang masuk akal, untuk beliau mengambil tanggungjawab yang lebih besar daripada orang lain.

Mana mungkin perubahan yang sebesar SBPA dilakukan tanpa ENGAGEMENT dengan pihak yang berkenaan.

Sudahnya…begini jadinya.

Kalau tidak takkanlah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib terpaksa menanggung akibat cadangan yang setengah masak oleh Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah begitu sahaja.

Datuk Seri Najib Tun Razak also announced salary adjustments of 13 per cent for employees in the management and professional group from grade 1 to 54, nine per cent for the Jusa A, B and C grades, eight per cent for the staff grades 2 and 3, and seven per cent for staff grade one and the Chief Secretary to the Government.

Dikhabarkan bahawa, Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah sudahpun ditawarkan dengan ‘opsyen’ yang lebih molek dan sesuai.

Namun, di atas dasar EGO dan hubungan rapat dengan pemain politik tertentu, dikatakan bahawa Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah hendak melakukan dengan cara beliau sendiri.

sumber : blog GELAGAT ANWAR

6 comments:

Anonymous said...

Kalau ada RM3 billion dulu = > RM 6 billion sekarang, bolihlah beli kuasa melalui orang. Itulah orang Israel cakap :- "With money you must have power without which you are just a rich man".(Dengan wang, seseorang mesti ada kuasa, tanpanya anda hanya orang kaya sahaja.)Oh.. Putrajaya..oh..Putrajaya..

Anonymous said...

Orang macam TS abu bakar ni biar dia pergi jahanam dan mampus cepat. Dasar petualang agama, bangsa dan negara. dengan muka tak malu boleh lagi bagi statement terkejut sebab perkhidmatan ditamatkan. Kalau kat singapore lama dah dia diaibkan..ditendang keluar macam babi kurap...dasar sial dan haram jadah. Ada pun tak menokok, takde pun tak mengurang..biar dia mampus!!

Anonymous said...

Artikel yg sangat tersasar & berat sebelah, semua penjawat awam khususnya P&P mengetahui siapa yg bersalah dlm hal SBPA, justeru hentikan saja fitnah terhadap TSAB, beliau sgt dihormati di kalangan penjawat awam, lihat sahaja blog & FB penjawat awam.