GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/27/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

TIADA PILIHAN ... Nasha Mat Isa PERLU DISINGKIR Demi Syiah - Mat Sabu

| Monday, August 27, 2012
Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan - Nasha Mat Isa, KLPOS, 16 Ogos 2012.


Nasharudin Mat Isa kini sedang menghitung hari-hari terakhir beliau dalam PAS.

GWM memikirkan hanya ada dua kemungkinan yang bakal menimpa Nasha Mat Isa ...

Sama ada beliau diberi tekanan oleh pimpinan untuk melepaskan semua jawatan dalam parti atau berhadapan dengan penyingkiran dari PAS.

Jika penyingkiran berlaku, bermakna ia akan menjadi satu lagi sejarah hitam buat PAS.


Parti Adat & Sosialis ini baru sahaja menyingkirkan bekas Naib Presidennya, Hasan Ali, kira-kira 8 bulan yang lalu. Hasan Ali disingkirkan kerana kenyataan beliau yang melanggar dasar parti yang telah dipersetujui sebulat suara sewaktu Muktamar PAS yang lalu ... Negara Berkebajikan.

Berbeza dengan pemecatan Hasan Ali, kenyataan keras Nasha Mat Isa sebenarnya tidak melanggar dasar Parti Adat & Sosialis.

Kerana itulah beliau dibenarkan memberi penjelasan atas kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.

Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini.


Ramai pemimpin PAS sudah celik mata dengan sikap pimpinan parti yang keras terhadap Nasha Mat Isa, namun agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.

Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat ...

Faktor lain yang mendorong dan berperanan besar menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Nasha Mat Isa mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.


Teguran keras Nasha Mat Isa terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha 'memancung' pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.

Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh Syiah.

Puak-puak ini sedang 'memancung' seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.

Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi ketika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.


Musuh utama yang perlu dipancung dari parti setelah Hasan Ali 'dibunuh' ... Nasharudin Mat Isa

Paling tidak ... Nasha Mat Isa bakal disingkirkan dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 nanti.

Rakyat akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.

Seperti yang telah GWM perkatakan sebelum ini ... Golongan pro ulama boleh tutup kedai dalam PAS.




Timbalan Presiden PAS yang bakal meningkatkan syiar Islam di Malaysia? ... Mantap !



Mat Sabu LACURKAN PAS LAGI ... Syaitan Bisu MENGGANAS

|

Keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba menggesa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, agar menarik balik kenyataannya yang mengatakan bekas pejuang bangsa itu akan menuruti langkah anaknya, Tamrin Ghafar, yang menyertai PAS sekiranya beliau masih hidup.

Kenyataan itu dikeluarkan Mohamad, atau lebih dikenali dengan Mat Sabu (foto fail), ketika memberikan ceramah anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di Kampung Bukit Katil, Melaka, pada 12 Ogos lalu, dan turut boleh diperolehi dalam laman blog bertajuk “Jika Tun Ghafar Umur Panjang, Dia Pun Masuk PAS”.

Menantu kepada Allahyarham, Datuk Ahmad Hamzah, menegaskan keluarganya berasa sangat sedih dengan kenyataan tersebut dan mereka menganggap ia adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden PAS itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu,” kata Ahli Parlimen Jasin itu dipetik Sinar Harian Online.


“Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan PAS yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa.”

Datin Zainon Ghafar, anak kepada Tun Ghafar yang juga merupakan isteri kepada Ahmad, turut menafikan dakwaan Mat Sabu yang kononnya beliau ada melakukan lawatan ke rumah bapanya sebelum pemimpin itu meninggal dunia.

Bagaimanpun, ketika ditanya berkenaan penyertaan Tamrin ke dalam PAS, Zainon hanya menyerahkan perkara itu kepada abanganya.

“Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri,” katanya. “Hanya dia dengan Allah sahaja tahu tujuan sebenar.”


PAS sebelum ini mendakwa UMNO ketandusan tokoh Ulama' gara2 sakit hati tengok gambar Ustaz Nasha bersama Najib dan Ulama' terkemuka Arab Saudi.

Sebenarnya PAS yang ketandukan tokoh. Bukan sahaja lacur nama artis, akan tetapi Pemimpin UMNO yang dahulu digelar Anjing ini sekarang menjadi bahan publisiti mereka.

Lebih hina setelah tokoh UMNO ini telah meninggal dunia. Baru hendak dipuja. Semasa hidup? Dihina.


sumber : GELOMBANG RAKYAT

Mansor PANIK ... Rakaman "VERY ARROGANT GUAN ENG" Bakal Tersebar

|
“Dia (Guan Eng) very arrogant I tell you. Cocky and arrogant. It’s not easy. Now more arrogant because dia menang banyak.”

Pada 16/17 Ogos lalu, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman dikatakan berada dalam keadaan yang cemas apabila blog Gelagat Anwar mendedahkan transkrip rakaman beliau mengutuk bosnya, Lim Guan Eng di dalam satu mesyuarat.

Antara yang hadir di dalam mesyuarat tersebut ialah Law Choo Kiang PKR Bukit Bendera, Felix Ooi, PKR Bayan Baru, Tan Seng Keat calon Bayan Baru pada 2004, Raymond Ong, PKR Tanjung, Ng Chek Siang;,Batu Uban, Cheah Peng Guan dan John Ooi, juga PKR Bayan Baru.

Mansor di dalam rakaman tersebut merujuk kepada Guan Eng sebagai ‘sombong’ dan ‘angkuh’. Beliau juga dikatakan mengucapkannya dengan berani dan lantang. Antara petikan rakaman tersebut berbunyi:

“Dia (Guan Eng) very arrogant I tell you. Cocky and arrogant. It’s not easy. Now more arrogant because dia menang banyak.” — sumber blog ‘Gelagat Anwar‘ (1)

“Guan Eng macam tokong, you know, to the Chinese. You cannot deny that… he is just like a tokong. Itu yang buat dia org sombong … very, very angkuh and arrogant.” — sumber blog ‘Gelagat Anwar‘ (2)

Secara dasarnya, rakyat telah pun sedia maklum akan keangkuhan dan kesombongan Guan Eng. Malah, di dalam DAP sendiri, Guan Eng tidak begitu disukai.

Beliau juga menjadi penyebab beberapa pemimpin DAP keluar parti akibat tidak tahan dengan keangkuhan, kesombongan dan juga ‘kekorupan’ beliau.

Namun, ini bukan soal Guan Eng kerana semua orang sudah kenal siapa Guan Eng lidah biawak, hati kering, penipu tegar yang tidak tahu malu bila kantoi.

Ini adalah soal Mansor dan kedudukannya di dalam PKR, di dalam pentadbiran Pulau Pinang, di sisi Guan Eng dan di mata rakyat.

Umum tahu bahawa tiada seorang pemimpin termasuk di dalam DAP sendiri yang akan selamat jika berani melawan Guan Eng.

Kediktatoran Guan Eng bukan satu cerita rekaan dan kerana itulah Mansor dikhabarkan menjadi kecut perut mengenang nasib yang bakal menimpa dirinya.

Lebih menakutkan Mansor ialah apabila ada pihak yang tampil menyatakan yang mereka akan menyebarkan rakaman suara tersebut tidak lama lagi bagi membolehkan semua orang mengadili sendiri apa yang diperkatakan dan siapa yang mengatakannya.

Menurut sumber, pihak yang terlibat tidak berminat untuk menunggu ‘waktu yang sesuai’ seperti pilihanraya, untuk menyebarkannya tetapi akan menyebarkannya sebaik saja mereka bersedia.

PKR Pulau Pinang kini berada dalam keadaan gelabah namun tidak begitu bersungguh untuk mempertahankan Mansor. Khabarnya, masing-masing lebih berminat menyelamatkan diri dari ‘dibaham’ Guan Eng.

Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka lebih takutkan Guan Eng dari Anwar, Ketua Umum parti mereka.

Apa yang berlaku akhir-akhir ini memperlihatkan Guan Eng mula menunjuk curiga secara terang-terangan terhadap Mansor dan mula memberi tekanan terhadap beliau.

Walaupun begitu, ada juga pengkhabaran yang menyatakan bahawa Guan Eng sudah lama mencari jalan untuk menyingkirkan Mansor dan semua Melayu-melayu di dalam pentadbiran Pulau Pinang.

Jika ini benar, maka pendedahan rakaman tersebut telah memberikan peluang untuk Guan Eng berbuat demikian.

Selama ini, parti pembangkang gemar merujuk kepada pemimpin UMNO sebagai diktator atau kukubesi.

Tetapi kini, ternyata, mereka berpeluang berhadapan dengan diktator sebenar yang tidak boleh dikritik, tidak boleh ditegur apatah lagi dikutuk, di dalam parti mereka sendiri.

Kerana itu, walaupun penyebaran rakaman suara tersebut belum lagi dibuat, Mansor sudah dapat merasakan bahaya yang bakal menimpa dirinya.

Inilah suasana hidup dalam pentadbiran kukubesi, iaitu sentiasa berwaspada, takut dan langsung tidak punya hak bersuara.

Sewajarnya rakyat mengambil iktibar dengan pergolakan politik Pulau Pinang ini.

Percayalah, kita juga pasti akan terpaksa hidup dalam keadaan yang sama iaitu sentiasa ketakutan dan tiada hak bersuara jika ditakdirkan PR menjadi pemerintah Malaysia dengan DAP menjadi kuasa mutlak di belakangnya.
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU