GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/17/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Mengapa Saya Menentang HUDUD PAS - Pengakuan Karpal Singh

| Friday, August 17, 2012

Setelah menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.

Sentiasa sahaja PAS akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?

Takkan pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?

PAS jadi seperti lembu dicucuk hidung!

Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong DAP yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdullah Sama'ah, PAS begitu beria-iya mempertahankan DAP.Pernahkan kita lihat DAP melakukan perkara yang sama mempertahankan PAS dalam mana-mana isu selama ini?

Yang kita dengar hanya amaran demi amaran dari DAP jika PAS masih berkeras untuk menegakkan Negara Islam serta melaksanakan Hukum Hudud.Akhirnya PAS kecundang di gelanggang sendiri - Negara Islam bertukar menjadi Negara Berkebajikan dan Hukum Hudud terus lenyap sekali daripada agenda Pakatan Rakyat.

Kalaulah DAP iklhas menyokong PAS mengapa parti cauvinis Cina itu selama ini tidak pernah mahu duduk semeja dengan PAS bagi berdialog atau berbincang mengenai Hukum Hudud atau Negara Islam?

Pelukan maut dua musuh yang berselingkuh dalam satu selimut

Ini membuktikan DAP tidak berminat langsung untuk mengkaji mengenai Islam dan ini telah ditegaskan puluhan kali oleh pemimpinnya, yang dungu hanya PAS.Dituduh pula Umno menolak Hukum Hudud sementara DAP hanya sekadar menentangnya.

Sekali lagi pemimpin jumud PAS tidak tahu membezakan antara maksud perkataan tolak dan tentang.Tolak maknanya tidak menerima manakala tentang pula membawa erti melawan atau menyanggah.

Walaupun kedua-dua istilah membayangkan maksud yang hampir sama, 'menentang' adalah lebih kuat maksudnya daripada 'menolak'.Justeru, Umno hanya 'menolak' Hukum Hudud bukan kerana parti Melayu itu 'menentang' hukum Allah swt tetapi tidak menerima pendekatan dan cara ianya mahu dilaksanakan oleh PAS.


Berlainan dengan DAP yang bukan setakat menentang Hukum Hudud malah menghina hukum Allah serta memperlekehkannya.Pelik sekali Abdul Hadi selaku Presiden PAS membuat perbandingan dengan mengatakan perlembagaan parti itu mempunyai peraturan untuk memecat mana-mana ahli yang meminum arak dan memakan babi, sesuatunya yang dikatakan tidak ada dalam Umno.

Bagi PAS kalau ahli minum arak dan makan babi amat merbahaya tetapi jika pemimpin PAS balun RM50 juta wang caruman ahli dalam Kohilal tidak mengapa atau berkhalwat dengan isteri orang dan kemudian mengahwininya bila-bila masa pun boleh dihalalkan, malah boleh dipilih sebagai Timbalan Presiden.


Sebab itu Nik Aziz boleh keluarkan pelbagai fatwa sesat seperti pangkah PAS masuk syurga atau hatta boleh bersekutu dengan syaitan sekalipun kalau syaitan boleh beri kemenangan kepada parti itu atau Abdul Hadi boleh keluar fatwa mengkafirkan ahli Umno.

Mungkin PAS terlepas pandang melihat sikap sebuah parti Islam bernama Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP yang kini berkuasa di Turki di bawah Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan seperti semua maklum adalah penyokong kuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan seringkali memberi dana besar kepada PKR untuk menjalankan aktivitinya.


AKP pula adalah sebuah parti Islam liberal yang tidak peduli atau 'angkat pot' samada anggota parti atau wakil rakyatnya kaki botol, taik judi atau kaki perempuan.Bagi DAP dan PKR, hak kesamarataan dan kebebasan beragama semua penganut mana-mana agama atau kepercayaan di negara ini menjadi tunggak dan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.

Bagi Anwar dan Karpal Singh pula, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat jika terus bermimpi mengenai Hukum Hudud dan Negara Islam dan bagi Umno, keadaan realiti masyarakat majmuk di Malaysia hendaklah dijadikan asas dalam menggubal hukum syariah sedemikian rupa.

PAS mengganggap Malaysia seperti juga mana-mana negara Arab seperti Arab Saudi, Pakistan atau Sudan yang melaksanakan Hukum Hudud.Lihat sahaja dalam kes Sudan yang memperkenalkan undang-undang syariah sejak tahun 1983 oleh presiden ketika itu, Ja'afar Numeiri.


Pergolakan terus berlaku disebabkan sebahagian rakyatnya yang beragama Kristian dan animis (pemuja elemen alam seperti pokok, batu dan sebagainya) menentang pelaksanaan hukum tersebut bukan kerana faktor agama tetapi kerana Islam telah dipergunakan oleh pemimpin negara itu untuk tujuan politik peribadi.

Akhirnya Sudan, sebuah negara Islam dan mempunyai keluasan terbesar di benua Afrika, berpecah dan kehilangan wilayah selatan (kini sebuah negara merdeka di panggil Sudan Selatan) yang amat jaya dengan minyak. Adakah di Sudan, Islam menang dan syiar agama itu menjadi semakin kukuh dan kuat serta umat Islam menjadi lebih maju dan kaya setelah pelaksanaan Hukum Hudud ala Ja'afar Numeiri?


sumber : SANGGAH TOK JANGGUT


Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost ' untuk pertahankan agama saya - Nasharuddin Mat Isa

PEMECATAN Nasha Mat Isa DEMI KEBAIKAN PR - Hadi Awang

|

"PAS Pusat menerusi Majlis Syura telah memutuskan memecat keahlian PAS Nasharudin Mat Isa berkuatkuasa serta merta."

Adakah ini yang bakal dibacakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat ini? Atau diselitkan sebagai Mukadimah ucapan perutusan Aidilfitri beliau? Atau mungkin juga pengumuman ini bakal dikuatkuasa selepas selesainya Sambutan Hari Raya Pertama?

Hadi Awang masih diam membisu. Sehinggakan ada pihak mendakwa Presiden PAS itu yang menghantar Ustaz Nasha selaku pemegang jawatan Pengerusi Lajnah Antarabagsa dan Hal Ehwal Luar mengiringi PM Najib Tun Razak menerima jemputan Ulama' Arab Saudi.

Ustaz Nasha mungkin bakal dilihat mangsa kedua selepas Hasan Ali dari Parasit2 PAS. Ianya telah direkodkan 2 Pemimpin Pro Ulama' yang telah dicantas dek kerana mahu mempertahankan maruah perjuangan Parti yang sejak akhir2 ini tidak henti2 dicaci maki DAP menerusi Pengerusinya Karpal Singh.


PAS seolah2 tidak punya maruah membiarkan 'kebebasan demokrasi' yang dilaung2kan DAP digunakan untuk menentang keras sebarang bentuk Sistem Peundangan berkaitan Islam.

Tidak malu sungguh parti ini. Tatkala mereka terus menerus menghina UMNO pembelot Agama Islam, rakan sekutu mereka terus menerus menyalak penentangan Hukum Hudud. Lebih bodoh jika hari ini DAP mengecam Undang2 Islam, esoknya pula PAS membalas kecaman tersebut terhadap UMNO bagi melepaskan geram terhadap DAP.

Ustaz Nasha tidak sanggup mendengar herdikan secara terbuka berulangkali dimainkan di akhbar2 tempatan penentangan mereka terhadap Hukum Hudud. Beliau merasakan adalah satu amanah bagi dirinya tidak akan membiarkan Parti PAS terus menjadi mangsa gigitan DAP.

Adakah itu dianggap bertentangan dengan Lembagai Displin Parti?

Jikalau dahulu PAS menyahut laungan Takbir jika pemimpin seperti Ustaz Nasha kerana berani mempertahankan maruah Parti.

Namun sejak menyetai Pakatan, suara mempertahankan Islan yang dibawakan Ustaz Nasha dianggap musuh dan bakal dipecat.

Adakah PAS benar2 merujuk Perlembagaan Parti secara tersirat? Atau buku tersebut telah dibuang dan menggunapakai Perlembagaan Kongres Pakatan semata2.



Dan mengapa pula Karpal Singh terus berkuasa tanpa sebarang tindakan diambil ke atas beliau atas keterbukaan membuat kenyataan tidak menghormati Perjuangan PAS? 

Bukankah kenyataan Karpal itu juga memberi kesan terhadap hubungan Pakatan? Bukan sekali tindakan beliau, malah semakin lama semakin lantang pula menentang Hukum Hudud? ... BACUL.



Dan jangan pula berdolak dalik dengan mengecam UMNO pula tatkala PAS sedang bersubahat dengan Parti yang semakin teriak lantang menghina Hukum tersebut. Walhal terlalu jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan pendirian UMNO yang terlebih dahulu mencapai kebersamaan menerusi rakan BN mengikhtiraf Islam di dalam Perlembagaan dan Perlaksanaan Enakmen2 Syariah di Negeri.

Ustaz Nasha dan Hasan Ali menjadi mangsa penipuan perjuangan PAS yang hanya berpaksikan kepentingan politik semata2.

Jelas Hadi Awang tertekan pada masa kini. Namun apa yang pasti, jika Islam yang ditegakkan kamu sejak sekian lama, kamu tahu apa yang kamu patut putuskan Ustaz Hadi oiii.



Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost ' untuk pertahankan agama saya - Nasharuddin Mat Isa


sumber : GELOMBANG RAKYAT

Karpal Singh Bukan Hanya Sekadar ANTI HUDUD Malah ANTI ISLAM - Nasha Mat Isa

|

Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law.  Perlaksanaan hudud memerlukan kepada 'standard of proof' yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt ' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ianya dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ianya adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost ' untuk pertahankan agama saya.

Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, Insyaallah saya tidak akan biarkan mana mana pihak sewenang wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendirian nya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan Syariah Allah swt namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.

Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum.

Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.



Isu Pertemuan Di Mekah.

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khas nya pada hari hari terakhir ramadhan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim.

Hampir sebulan sepanjang Ramadhan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukan lah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Makkah bersama dengan YAB PM bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama2 tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil haram.

Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah di capai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti mempastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunnah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.




 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU