GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/11/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Khalid Ibrahim PANIK ... Mangsa "CABUL" TAMPIL Buat PENGAKUAN

| Saturday, August 11, 2012
Pengakuan mangsa "cabul" Khalid Ibrahim di UNISEL

alt

Pelajar ini DI CABUL oleh sikap tidak bertanggungjawab Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat

KUALA SELANGOR 10 Ogos - Kira-kira 80 orang kakitangan UNISEL hari ini berhimpun secara aman bagi mendesak pengurusan Universiti Selangor (UNISEL) membayar gaji mereka.

Wakil daripada pihak Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang menguruskan kira-kira 200 kontraktor itu menjelaskan kepada pemberita mereka tidak mendapat bayaran dari UNISEL sejak 17 bulan lepas sehingga menyebabkan hutang tertunggak sebanyak RM15 juta termasuk kos pengurusan asrama.

Selain itu rata-rata daripada kakitangan UNISEL yang berhimpun pada jam 2.45 petang itu dilihat begitu hampa dengan sikap pengurusan UNISEL dan kerajaan negeri yang seolah-olah bersikap 'lepas tangan'.



Kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai pekerja bawahan dengan pendapatan kira-kira RM500 - RM600 sebulan dan tidak menerimanya sejak Julai dan Ogos 2012.

Turut hadir sertai perhimpunan aman ini, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan. Menurut Sohaimi, perkara sedemikian amatlah tidak wajar berlaku memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir tiba.

alt

Lagi bantahan mangsa-mangsa yang DI CABUL oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat

Tambahnya lagi, sikap kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan menafikan fakta dengan membuat kenyataan kononnya UNISEL tidak menanggung kerugian bahkan semakin berjaya dari aspek pengurusan kewangan.

Kenyataan tersebut dilihat seolah-olah kerajaan negeri bersikap 'lepas tangan' memandangkan rekod menunjukkan UNISEL masih menanggung hutang yang tinggi sepertimana didakwa pihak Jana Niaga Sdn Bhd.

Perhimpunan tersebut berlaku sedikit ketegangan ketika wakil pekerja serta pihak GPRS yang cuba berjumpa pihak pentadbiran UNISEL bagi menyerahkan memorandum bantahan.



Tetapi setelah beberapa minit berada di luar perkarangan kampus, tiada wakil dari pihak pentadbiran UNISEL yang kelihatan menyebabkan peserta demonstrasi naik berang lantas bertindak mengunci palang pintu keluar dan masuk kampus itu.

Walaubagaimanapun kunci tersebut dibuka semula atas arahan pihak polis dan keadaan terus terkawal. 


sumber : KLPOS

Tema Kemerdekaan PR Ditukar Kepada SE ANWAR, SE AZMIN, SE AZIZAH - Lim Kit Siang

|
Sebangsa, Senegara, Sejiwa ... Cukup sesuai dengan sifat hipokrit tiga pemimpin PKR ini.


'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' ... cukup hebat tema retorik baru Pakatan Rakyat. Sehebat lakonan Anwar, Azizah dan Assmin ... Bateri AAA cap PKR.

GWM hanya mampu senyum dengan tema retorik yang mahu BN membuang tema 'Janji Ditepati', jika tidak mahu Pakatan Rakyat mengadakan tema dan sambutan berasingan Hari Kemerdekaan.

Jangan tanya siapa pencipta tema baru Juara Lawak Politik Malaysia ini ...

Yang nyata, GWM cukup setuju dengan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' ini digunakan Pakatan Haram ... cukup tepat. Merepeknya pun cukup hebat.



Image

Sebangsa, Senegara
Tema ini cukup sesuai dengan 'corporate image' DAP yang masih membawa imej rasis dan pro-Cina.

Tunku Aziz sekalipun sudah melarikan diri dari DAP lantas dipanggil sebagai pengkhianat akibat percanggahan pendapat dan tidak bersetuju dengan Tuan Besar Lim Guan Eng.

DAP cukup terdesak lalu meminta bantuan-bantuan dari machai dan 'Malay Reject Shop' seperti Sakmongkol AK47 dan mereka yang sewaktu dengannya dalam menagih sokongan dan undi orang Melayu.



Sejiwa
Tema ini cukup unik dengan sifat berbolak balik, inconsistent dan tonggeng terbalik seperti PAS. PAS For All ... For All Dummies.

Jika diikutkan slogan PAS ini lebih advance dari slogan Pakatan Haram. PAS For All sebenarnya kena dengan 'Sejiwa'. Slogan punya pasal, kumpulan penyokong DHPP sudah disejukbekukan ... kerana terlalu banyak sangat meminta untuk bertanding. Tak Sejiwa kata PAS.

Pun begitu 'Sejiwa' ini cukup sinonim dengan sifat PAS yang suka bermain dengan isu Hudud.

Nak sejiwa macam mana ... Sekali Karpal Singh berdehem, gugur bulu janggut Hadi Awang dan Nik Aziz.



Sebangsa, Senegara, Sejiwa
Gabungan tema ini sebenarnya paling cocok dengan Anwar, Azizah dan Azmin, gabungan Bateri AAA.

Depan rakyat marhaen, boleh bertepuk tampar. Belakang rakyat, masing-masing main belakang. Semuanya mahu dibolot oleh puak-puak yang bertelingkah dalam PKR.

Anwar terutamanya ... tema retorik ini hanya mahu menarik undi dan sokongan masyarakat Cina. Fokus dan tumpuan perlu dikiblatkan terhadap kaum ini.

DAP pun sudah menjadi supporting vehicle Anwar untuk melihat sejauhmana parti rasis dan pro-Cina mampu menarik undi.

Anwar sudah tahu undi masyarakat Melayu cukup jauh untuk dikejar. Anwar pun sudah terlalu banyak kali mengguris hati dan perasaan orang Melayu. Kata orang Melayu 'there is no way turning back'.


Rupanya DAP dan PAS kena main dengan Anwar lagi. DAP dan PAS pun bukan tidak pernah belajar sejarah 16 September.

Kemaruk Anwar Ibrahim untuk pemimpin lompat parti umpama kemaruknya Anwar dengan jambu-jambu baru.



Anwar Ibrahim ... BAYAR, ARAHKAN PI BALA Terus MEMFITNAH Najib - Raja Petra

|

Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.

Perkara itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin selepas beliau mendedahkan peranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.

Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.

Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.


Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya.

"Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net.

Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.

Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.


Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut.



Anwar Ibrahim UPAH PEMIMPIN UMNO Jatuhkan MUSA AMAN

|

Semakin hampir Pilihanraya semakin berdentum sana sini isu lompat parti terutamanya dari negeri dibawah Bayu Sabah. Lompat si katak lompat yang mana bukan pekara baru bagi pemain politik negeri Sabah sebaliknya sudah lama berlaku.

Gomo tidak hairan dengan keadaan yang mana pemimpin politik Sabah yang lompat dari parti A ke parti B dan kemudiannya lompat balik ke parti A. Ini merupakan lumrah dinegeri Sabah kerana kita harus ingat
"SABAH untuk SABAH".

Cuma apa yang menjadi kerisauan Gomo adalah percaturan pemimpin luar dari Sabah iaitu pemain politik dari Semenanjung yang dilihat menjadi pemain catur dalam mencorakkan politik negeri Sabah. Kenapa pemimpin politik semenanjung sibuk nak mencampuri urusan politik negeri Sabah?

Anwar Ibrahim yang merupakan orang Semenanjung sibuk mengatur siapa yang nak lompat dan siapa yang bakal menjawat jawatan Ketua Menteri jika Sabah jatuh ketangan pihak pembangkang. Siapa Anwar Ibrahim? Anak Sabah kah dia?

Datuk Seri Musa Aman

Musa Aman Ketua Menteri Sabah begitu komited dalam membangunkan negeri Sabah sampaikan banyak projek projek yang dibangunkan di Sabah lebih ditumpukan kepada anak anak Sabah. Pemimpin luar yang cuba masuk ke negeri Sabah untuk melobi tender dan sebagainya ditolak kerana Musa Aman memberi keutamaan kepada anak Sabah. Dan ini realitinya apabila Sabah dipimpin oleh anak Sabah yang komited dengan negeri kelahirannya.

Tidak cukup dengan Anwar Ibrahim yang sedang galak mencatur politik Sabah ada desas desus pula menyatakan ada juga pimpinan lain yang sedang berusaha menjatuhkan Ketua Menteri Musa Aman di Sabah. Percaturannya mudah iaitu bekerjasama dengan Anwar Ibrahim kerana DANA KEEWANGAN akan disponsor oleh Anwar Ibrahim dalam menjayakan misi tersebut.

Benar sepertimana Gomo nyatakan diatas bahawa
LOMPAT PARTI pekara biasa bagi pemain politik Sabah tetapi jika difikirkan balik terutama rakyat Sabah siapa yang akan mndapat manfaat jika Musa Aman tersingkir dan Anwar Ibrahim berjaya? Siapa yang akan mendapat manfaat dari pekara tersebut? Pemimpin yang akan mengetuai Sabah kelak sudah pasti menjadi BONEKA kepada Anwar Ibrahim.

Lihat sahaja PKR yang mana Presiden nya Wan Azizah, tetapi siapa yang mendominasi PKR secara total? Apakah tidak jelas bahawa Wan Azizah adalah BONEKA kepada Anwar Ibrahim?

Lihat pula di Selangor yang mana Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Keewangan Negeri Selangor. Segala macam projek di Selangor mestilah melalui pejabat Anwar Ibrahim terlebih dahulu dan keputusan projek tersebut mestilah mendapat kelulusan Anwar Ibrahim. Apakah tidak jelas bahawa Selangor merupakan Kerajaan BONEKA Anwar Ibrahim?

BONEKA ANWAR IBRAHIM

Bagaimana pula di Sabah kelak jika Anwar Ibrahim melalui Pakatan mereka berjaya membentuk kerajaan? Siapa yang berkuasa? Pemimpin Sabah? Lupakan lah kerana segala DANA datang dari Anwar Ibrahim dan adalah semestinya yang akan berkuasa adalah Anwar Ibrahim orang semenanjung dan kerajaan Sabah waktu itu hanyalah BONEKA buat Anwar Ibrahim semata mata.

Rakyat Sabah harus sedar pekara ini kerana Sabah adalah untuk Sabahan. Walaupun Gomo orang semenanjung namun Gomo melihat jika rakyat Sabah terutama pemimpin yang ada waktu ini sanggup bekerjasama dengan Anwar Ibrahim maka tidak mustahil Sabah akan jatuh ketangan Anwar Ibrahim yang bukan anak Sabah sebaliknya akan menjahanamkan politik serta Ekonomi Sabah.

Sabah For Sabahan

Apa yang anak sabah akan dapat jika Anwar Ibrahim selaku penasihat Keewangan negeri Sabah? Fikir fikirkanlah......... Pertahankan Ketua Menteri Musa Aman waktu ini kerana beliau telah membuktikan bahawa Ekonomi Sabah meningkat dari masa ke semasa dan merubah Sabah kearah lebih maju dari sebelumnya.

Psssttt.... Ada juga cerita kata pemimpin UMNO Semenanjung masuk campur urusan politik Sabah..... Emmmm Nak apa tu?


sumber : PAPA GOMO
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU