GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/01/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Saya BOHONG Mengenai TURUN Cukai Eksais & Impot - Rafizi Ramli

| Wednesday, August 1, 2012

Pengusaha kereta terpakai dan pemilik kereta sedia ada akan mengalami kerugian mendadak dari segi nilai harga kereta mereka jika harga kereta serta duti eksais kenderaan diturunkan.

Presiden Persatuan Persekutuan Syarikat-syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) Datuk Tony Khor berkata penurunan harga kereta dan duti eksais boleh mengakibatkan kerugian kepada pemilik lebih 10 juta kereta di negara ini yang masih lagi dalam status pembiayaan dan berhutang dengan bank.

“Kebanyakan kereta masih lagi baru dibeli dalam tempoh dua hingga lima tahun. Pemilik 10 juta kereta itu pasti akan rugi kerana harga aset mereka turun.

“Contohnya, harga sebuah kereta Camry yang telah dibeli adalah RM90,000… kemudian cadangan itu diteruskan, harga turun kepada RM60,000… tetapi pembiayaan dengan bank masih lagi RM90,000.

“Pemilik pastinya telah rugi dan situasi ini kelak akan menimbulkan keadaan pinjaman tidak berbayar,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli yang berjanji untuk menurunkan harga kereta jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Mohd Rafizi membuat kenyataan itu kerana melihat kononnya harga kereta sekarang ini membebankan rakyat tetapi tidak menyatakan bagaimana kesan penurunan harga kenderaan akan mempengaruhi sektor lain yang berkaitan.

Khor berkata cadangan itu juga akan menyebabkan industri jualan kereta terpakai merosot dan terkena tempias kerugian kerana pengguna akan memilih untuk membeli kereta baru yang lagi murah dari kereta terpakai.

Katanya walaupun harga kereta di Malaysia tinggi berbanding negara lain, namun harus diakui, harga petrol di negara ini masih lagi rendah dan berpatutan di rantau ini.

“Polisi kerajaan, mudah untuk memiliki sebuah kereta dan mudah menanggung perbelanjaan petrol. Tiada gunanya kalau harga kereta itu murah tetapi petrolnya mahal.

“Negara perlukan pendapatan daripada penjualan harga kereta untuk terus maju,” katanya.

Jejas sektor pengangkutan

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abd Rahman berkata penghapusan cukai bagi kereta akan mengurangkan cukai negara sebanyak RM7 bilion yang boleh menjejaskan pelbagai pembangunan termasuk melibatkan sektor pengangkutan.

“Macam mana hendak baiki jalan dan meningkatkan infrastruktur jalan raya? Tidak mustahil tol naik sebab kerajaan tiada duit. Buatlah kajian terperinci. Bercakap memang senang, tapi mustahil.

“Bohonglah kalau tidak bersetuju dengan cadangan itu..siapa tidak mahu kereta murah,” katanya.

Beliau berkata jualan syarikat pengeluar kereta nasional negara, Proton dan Perodua juga tidak mustahil akan merosot dan mengalami kerugian mendadak jika cadangan itu dilaksanakan.

Ini kerana pengguna akan memilih untuk membeli kereta import yang harganya tidak jauh beza dengan harga kereta tempatan, katanya.

Pelaksanaannya perlu dikaji

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Automobil Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad menyifatkan cadangan itu perlu dikaji dan diteliti kaedah pelaksanaannya yang memerlukan tempoh masa yang khusus dan bukannya dijalankan secara serta-merta.

Ini kerana kerajaan telah memberikan kemudahan dari segi pembaharuan cukai jalan dengan harga rendah selain kos penyelenggaraan kereta yang rendah dan sangat kompetitif berbanding negara lain, katanya.

“Kita tidak mahu cadangan ini akan mewujudkan fenomena ‘tidak beli kereta’ seperti yang berlaku pada 2006 di mana kerajaan umumkan penurunan semua harga kereta termasuk kereta tempatan dan kereta import.

“Pengguna pula ketika itu mengambil sikap berhati-hati dan tidak membeli kereta dan menunggu sehingga harga kereta betul-betul berada di bawah paras rendah. Akhirnya, keadaan ini menyukarkan kita dan mengambil masa bagi kita menyelaras dan pulih daripada situasi itu,” katanya.

Rosmah Mansor KANTOL BESAR ... Farid Ismeth MENGAKU AZRENE ANAKNYA

|
Farid Ismeth Emir kesal difitnah sebagai suami kepada DS Rosmah Mansor sehingga lahirnya Azrene Soraya Abdul Aziz.





Rupanya juak-juak pembangkang masih lagi belum berpuas hati dan terus menerus melakukan fitnah terhadap Farid Ismeth Emir.

Tohmahan dan fitnah terbaru ini kononnya mereka mempunyai bukti sijil perkahwinan Farid Ismeth Emir pernah berkahwin dengan DS Rosmah Mansor.

Tidak cukup di situ, fitnah ini turut dikaitkan dengan sijil kelahiran Azrene Soraya Abdul Aziz merupakan bukti kukuh Farid Ismeth Emir pernah berkahwin dengan DS Rosmah Mansor.

Tidak pula ditunjukkan mahupun didedahkan sijil perkahwinan dengan DS Rosmah Mansor mahupun sijil kelahiran Azrene Soraya Abdul Aziz ini kepada umum.

Bunuh diri ... bunuh diri jika menunjukkan sijil kelahiran Azrene Soraya kerana wanita ini bukan dibintikan kepada Farid Ismeth Emir, namun dibintikan kepada Abdul Aziz.

Langkah dan provokasi berterusan dilakukan dengan mengugut Farid Ismeth Emir melalui sms.


Fitnah dan tohmahan terhadap Farid Ismeth Emir tidak akan berhenti disini. Begitu juga dengan fitnah dan tohmahan terhadap DS Rosmah Mansor.

Fitnah dan tohmahan ini akan dipanjangkan sehingga menjelangnya pilihanraya umum nanti.

Inilah modal politik terbaik pembangkang untuk menimbulkan rasa marah dan benci terhadap DS Najib dan DS Rosmah.



GWM yakin dan cukup percaya ... Mark My Words ...

Akan timbul satu lagi fitnah dan tohmahan terbesar sedang diatur oleh Anwar Ibrahim dan kem pembangkang dalam beberapa hari, sebelum menjelangnya pilihanraya umum .

Akan muncul pengakuan lelaki yang pernah bersama dengan DS Rosmah. Dan lelaki ini akan membuat Akuan Bersumpah pernah bersama dengan DS Rosmah melakukan perkara aib.

Mark My Words ...



Saya KETUA MENTERI SABAH Baru ... Ini JANJI ANWAR - Lajim Ukin

|

Rahsia sebenar mengapa Lajim Ukin begitu gembira meletakkan semua jawatan (kecuali jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) terbongkar oleh sumber dalaman PKR.

'Political plan' Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan setelah hampir tujuh bulan memujuk Lajim dan Wilfred Bumburing untuk menikam belakang Najib.

Anwar Ibrahim mahukan impak ... dan beliau cukup yakin kemasukan Lajim dan Bumburing, PKR akan mendapat impak positif dan tapak politik baru di Sabah.

Menurut sumber dalaman PKR, Lajim sudah melambungkan dirinya kepada penduduk Sabah bahawa beliau sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru seperti yang dipersetujui dengan Ketua Pembangkang ini.

Ini adalah 'golden hand shake' diantara Lajim Ukin dan Anwar Ibrahim ...

Walhal Anwar Ibrahim telah pun mengadakan 'golden hand shake' dengan Jefrrey Kitingan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru, jika Sabah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ... kalau jatuh lah.




Ramai Ketua Cabang di Sabah sudah berlaga angin dengan Anwar Ibrahim, siapa bakal Ketua Menteri Sabah yang baru ... Lajim atau Jefrrey?

Ketua-ketua Cabang PKR di Sabah memang tidak mahu Lajim mahupun Jefrrey.

Anwar Ibrahim lupa bagaimana Jeffrey Kitingan tinggalkan dan lubangkan kapal PKR di Sabah, sehingga Azmin terpaksa pergi tutup semula lubang besar PKR.

Anwar Ibrahim juga tahu sifat dan sikap Lajim Ukin yang mahu semua jawatan di Sabah. Ketua Pembangkang ini pun tahu fail SPRM terhadap Lajim juga boleh tahan tebal.

Rupa-rupanya 'golden hand shake' sudah bertukar menjadi 'golden shit head'. Jeffrey tidak tahu Anwar main belakangnya. Lajim pun tidak tahu Anwar main belakangnya.

Dua-dua kena main belakang. Dah kena dah ...



Dalam hal ini DS Najib nyata lebih bijak. Biarkan Lajim Ukin masuk ke dalam kem Pakatan Rakyat dengan fail-fail SPRMnya sekali.

Senang kerja BN Sabah ... Nasib la lu Lajim Ukin.



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU