GELOMBANG WANGSA MAJU: 07/19/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Ketua Eksekutif PKNK BAKAL DIPECAT Tidak Lama Lagi - Mahfuz Omar

| Thursday, July 19, 2012

Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Ibrahim, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dikatakan menghadapi bahaya dipecat kerana telah memalukan PAS dalam isu pembelian saham FGVH.

Dato’ Abdul Rahman sebelum ini mengesahkan yang PKNK membeli sejumlah 500,000 saham FGVH yang menjadi kontroversi kerana mendapat tentangan hebat dari pembangkang.

Tindakan beliau menjadi tamparan hebat kepada Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah kerana bertentangan dengan pendirian dan perjuangan Pakatan Rakyat.

Mazlan Aliman, yang menjadi ‘juara’ isu ini di dalam PAS dikatakan amat berang dengan tindakan tersebut serta menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada kepimpinan PAS pusat.

PAS pusat sebelum ini telah mengeluarkan arahan khas kerahan kepada ahli-ahli mereka agar memberi kerjasama kepada Mazlan Aliman dengan turun beramai-ramai ke Perhimpunan Oren Sabtu lepas yang bertujuan memohon penggantungan saham FGVH.

Dengan tindakan PKNK membeli saham tersebut, telah meletakkan PAS dalam keadaan sukar, malah pelik, manakala Mazlan Aliman pula dilihat sebagai badut.

Penentangan terhadap penyenaraian FGVH bukan isu kecil. Isu ini telah diperbesarkan dengan sebesar-besarnya oleh PAS untuk dijadikan antara isu utama bagi menghadapi pilihanraya.

Justeru, tindakan PKNK membeli saham yang ditentang PAS pastinya merupakan satu kesalahan yang amat besar. Untuk itu, seseorang perlu dipertanggungjawabkan atau dihukum kerananya.

Dato’ Seri Azizan Razak yang sentiasa kabur, keliru dan ‘kosong’, cuba memperbaiki keadaan dengan menyatakan bahawa apa yang terjadi ialah masalah teknikal semata-mata dan PKNK boleh saja menjual kembali saham tersebut.

Jelas, beliau yang merupakan Pengerusi PKNK, telah mengambil sikap enggan bertanggungjawab, seperti biasa. Oleh yang demikian, kesalahan kini terletak seratus peratus di bahu Dato’ Abdul Rahman, Ketua Eksekutif PKNK.

Sedangkan keputusan yang diambil oleh Dato’ Abdul Rahman pastinya bukan berupa keputusan peribadi, tetapi keputusan Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta pihak pengurusan PKNK.

Tidak mungkin bagi beliau untuk bertindak melabur sejumlah lebih RM2 juta wang PKNK tanpa berunding dan tanpa kelulusan ahli-ahli lembaga pengarah.

Dato’ Abdul Rahman adalah ‘orang lama’ dalam PKNK dan beliau mendaki anak tangga ke atas dengan mengikut jalan yang lurus dan secara perlahan-lahan. Berlatarbelakang pendidikan di Santa Clara University, USA dan University Malaya,

beliau adalah antara ‘beberapa kerat’ pegawai-pegawai kerajaan di Kedah yang berwibawa, berdedikasi dan berkelayakan.

Dengan pengalaman kerja yang merangkumi bidang hartanah, pelaburan, pembangunan dan pengurusan di beberapa organisasi termasuk Bank Negara, Bina Darulaman, KTPC, KSDC Insurance dan berbagai-bagai lagi, beliau merupakan aset penting, bukan sahaja bagi PKNK tetapi juga negeri Kedah.

Sudah tentulah dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki beliau, cadangan membeli saham FGVH merupakan cadangan yang telah difikir dan ditimbangnya masak-masak. Beliau pastinya melihat keuntungan dari pembelian itu.

Malang sekali apabila beliau kini menghadapi tekanan agar menjual kembali saham tersebut.

Nampaknya, segala pengalaman dan ilmu Dato’ Abdul Rahman ini tidak diambilkira oleh PAS yang meletakkan politik mengatasi segala-galanya.

Dato’ Abdul Rahman kemungkinan besar akan dijadikan kambing hitam dalam isu ini bagi menyelamatkan maruah Azizan dan meredakan kemarahan PAS.

Jika ini berlaku, maka PKNK akan mengalami dua kali kerugian iaitu kerana menjual kembali saham FGVH dan juga kerana kehilangan kepimpinan Dato’ Abdul Rahman.

Namun, semua ini tidak menjadi masalah bagi PAS, asalkan mereka mempunyai isu atau bahan untuk berceramah dan berkempen dalam pilihanraya nanti. Jika tindakan mereka merugikan rakyat, negeri atau negara, ia bukanlah masalah bagi mereka.



BOHONG ... Saya Tak Kata Anwar Ibrahim AL JUBURI

|

Bekas Pesurujaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata bukan perkara baru moral Datuk Seri Anwar Ibrahim dipertikaikan, malah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika menjadi Ahli Parlimen PAS, di Kelantan pernah menggelarkkan Ketua Umum PKR sebagai ‘Anwar Al Juburi’, sekitar akhir tahun 1990-an.

“Karpal Singh tentang homoseks Anwar Ibrahim dalam Dewan Rakyat..Mat Sabu pun semasa menjadi Ahli Parlimen menyebut dalam Dewan Rakyat tentang hal mengenai seks..seks luar tabie yang berlaku kepada Anwar Ibrahim.



“Hingga yang menamakan ‘Anwar Ibrahim al-juburi’ itu..nama itu direka, dicipta oleh Mat Sabu,”katanya.

Menurutnya, isu moral Anwar sering dibangkitkan walaupun isu itu sudah berlaku hampir 20 tahun kerana tiada penjelasan konkrit daripada pihak Anwar sendiri.

“Masalahnya ialah Anwar, Shamsidar dan Azmin tidak pernah menafikan…dah 20 tahun,”katanya.



sumber : AIDC

TERKINI ... Nik Aziz Kena STROK, 160 Orang Pulau Melaka BERPALING TADAH

|




KOTA BHARU, 19 Julai - Pulau Melaka kawasan kediaman Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mata dikejutkan setelah 160 orang penduduk menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom sambil disaksikan oleh Ketua Bahagian UMNO Pangkalan Chepa, Datuk Dali Bin Husin ketika majlis perasmian Gelanggang Silat 1Malaysia yang diadakan pada 18 Julai 2012, jam 3.30 petang di Kampung Babong, Pulau Melaka.

Majlis berkenaan dihadiri oleh 1,000 orang penduduk dan Jamil Khir turut memberi bantuan sebanyak RM 5,000 untuk pembangunan silat di Kampung Pulau Melaka serta empat buah khemah untuk penduduk. Rata-rata yang hadir dalam majlis ini terdiri daripada pengikut PAS. Majlis yang dianjurkan sendiri oleh penduduk Kampung Babong.

Pulau Melaka yang diketuai oleh Haji Muhammad Din bergotong-royong sesama mereka untuk memanggil Menteri bagi mendengar rintihan rakyat memandangkan wakil rakyat mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik walaupun tinggal berdekatan dengan rumah kediaman Menteri Besar Kelantan.

Borang keahlian UMNO diserahkan oleh empat wakil yang mewakili kampung masing-masing antaranya wakil Kampung Pulau Melaka yang di wakili oleh Azlan Che Pa, Kampung Babong oleh Mohd Fadhil, Kampung Ujong Tanjung oleh Raja Ali dan Kampung Tok Ku oleh Azwa. Mereka ini dahulunya adalah pengikut PAS kuat sebelum ini.

Antara punca mereka memasuki UMNO adalah disebabkan oleh tindakan PAS Pangkalan Chepa ynag diketuai oleh MB Nik Aziz dan Nik Amar telah mengabaikan kebajikan penduduk di kawasan kampung Pulau Melaka itu sendiri yang menjadi tempat kediaman MB Kelantan. Malah menurut mereka kepimpinan Nik Aziz tidak mengendahkan kebajikan rakyat dan terus membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan walaupun tinggal hanya beberapa meter dari rumah Nik Aziz.

Nik Aziz juga dikatakan lebih mengutamakan rakyat dari luar kawasan termasuk dari negeri lain untuk berjumpa dan mendengar masalah berbanding dari rakyat di kawasan sendiri. Malah Nik Aziz juga sanggup memberi bantuan kewangan kepada peserta BERSIH 3.0 daripada bantuan kepada rakyat miskin di kawasan berkenaan. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dan menyebabkan penduduk berindak memasuki UMNO sebagai manifestasi ketidakpuasan hati rakyat.

Sebaliknya penduduk lebih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri yang dilihat ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam membantu rakyat tanpa mengira latar belakang kaum mahupun politik. Kesungguhan PM dalam membantu rakyat telah memikat hati mereka untuk memasuki UMNO dan bersama-sama ingin membantu menjayakan transformasi PM dalam memperkasakan agama, bangsa dan negara.

Salah seorang daripada wakil dari Kampung Pulau Melaka, Azlan Che Pa menyatakan mereka mahu melihat kemajuan dan perubahan di kampung mereka disamping ingin melihat kehidupan rakyat berubah setanding dengan rakyat di negeri lain.

Beliau juga mengharapkan rakyat di seluruh Kelantan bersama-sama berubah untuk kemajuan diri kerana selama 22 tahun PAS memerintah Kelantan mereka masih gagal memajukan rakyat. Tempoh masa yang terlalu lama telah diberikan kepada PAS dan kini sudah tiba masanya untuk rakyat Kelantan membuat perubahan.

Menurut beliau lagi kalau penduduk di Kampung Pulau Melaka sendiri sudah tidak mempercayai kepimpinan PAS apatah lagi penduduk di kawasan lain turut diminta menolak PAS. Beliau yang ditemui tidak mahu berceritakan tentang keburukan Nik Aziz kerana tidak mahu mengaibkan Nik Aziz namun hakikat sebenar yang rakyat perlu ketahui adalah Nik Aziz dan Nik Amar gagal menjalankan tugas dengan baik dan kesannya telah dirasai oleh penduduk Kampung Pulau Melaka sendiri.


sumber : KLPOS




Orang Kelantan tidak mahu lagi puak-puak taksub ini mentadbir negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Penduduk belakang rumah Nik Aziz pun sudah bakar baju hijau.

Detik perubahan semakin kuat melanda Kelantan ...



HAH ... Anwar Ibrahim Akhirnya MENGAKU BELIAU PELIWAT TEGAR

|



Walaubagaimanapun, Ketua Pembangkang itu berkata undang-undang purba (liwat) ini perlu dikaji semula untuk menghalang mereka yang tidak bersalah dari dihukum.

Perbetulkan tanggapan GWM jika salah tafsir dalam isu ini.

Apa yang dimaksudkan Anwar Ibrahim sebagai 'undang-undang purba (liwat) ini perlu dikaji semula untuk menghalang mereka yang tidak bersalah dari dihukum.'

However, the PKR leader, whose sexual preferrence had been the subject of much debate, allegations and denials, said that archaic laws must be reviewed to prevent the innocent from being penalised. - Free Malaysia Today, 18 Julai 2012.

Bab mana seorang peliwat tidak boleh dihukum bersalah dalam sebuah negara yang majoritinya umat Islam, yang cukup jelas menolak hubungan luar tabie, songsang, pedang lawan pedang ini.

Jangan ditanya pendapat dari puak-puak Cicak Mengkarung Hijau yang pasti akan berdiam diri dari mengulas keterangan Anwar Ibrahim ini.

Baik agama Islam, Hindu, Buddha bahkan Kristian sekalipun menolak perlakuan liwat dan luar tabie ini ... apa yang cuba dibuktikan oleh Anwar Ibrahim?







Masyarakat di Amerika Syarikat turut kecewa dengan pendirian presidennya yang begitu bersungguh-sungguh mahu menghalalkan perkahwinan jantan dengan jantan.

Tidak terkecuali media di Amerika Syarikat menolak malah menyindir Barack Obama sebagai 'Presiden Gay Pertama Amerika Syarikat'.

Barangkali ini yang Anwar Ibrahim mahukan ... diiktiraf sebagai 'Perdana Menteri Gay Pertama Malaysia'.

Cukup tinggi anugerah ini ... setaraf dengan gelaran yang diberikan oleh isteri tercintanya 'Anugerah Tuhan'. Maka tidak salah mengapa anakanda tercinta Nurul Izzah menyifatkan bapanya sebagai 'Papa Hebat'.



Pandangan peribadi GWM dalam kes saman ini cukup mudah. Anwar Ibrahim sedang menjerut lehernya dengan menyeret Utusan Malaysia ke mahkamah.

Utusan Malaysia sebenarnya sudah mampu tersenyum dengan tindakan Anwar Ibrahim.

Penyokong pembangkang pun sebenarnya tahu Anwar Ibrahim sedang melakukan cubaan bunuh diri.

Komen dalam portal Free Malaysia Today ini sudah cukup memberitahu betapa bodohnya Anwar Ibrahim memperjuangkan isu LGBT ini.




DAP SONGLAP Tabung Mangsa Perang Tamil Sri Lanka

|
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II tidak berani mendedahkan akaun hasil kutipan tabung mangsa perang 2009 Sri Lanka.



Seorang pemimpin DAP cawangan hari ini menggesa Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy untuk menjelaskan status Tabung Mangsa Perang Tamil Sri Lanka 2009 yang dikutip oleh parti itu.

G Asoghan, pengerusi DAP cawangan Jalan Bagan Luaran menuntut Ramasamy menjelaskan apa yang telah berlaku kepada dana tersebut hasil derma rakyat Malaysia berketurunan India yang dianggarkan berjumlah RM73,000.

Beliau berkata cawangan beliau yang secara tidak langsung terlibat dalam isu kutipan dana itu pada mesyuarat pertama dana bantuan jawatankuasa dipengerusikan oleh Ramasamy.

Disebabkan penglibatan cawangan tersebut pada peringkat awal, Asoghan berkata ramai penyumbang mempersoalkan mengenai status dana yang dikumpul.

Asoghan berkata sumber dalaman melaporkan bahawa wang RM73,000 telah didepositkan ke akaun peribadi bernama Patmanaban di London, yang berpangkalan Sri Lanka.

Beliau berkata terdapat dakwaan bahawa Patmanaban telah ditahan oleh pihak berkuasa British kerana mempunyai hubungan dengan pengganas dan pengubahan wang haram.

Majoriti penyumbang sedang mengkaji membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai isu itu jika Ramasamy gagal untuk menjelaskan kepada umum dalam masa terdekat.

Usaha untuk mendapatkan komen daripada Ramasamy hari ini gagal dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II itu tidak menjawab panggilan dan mesej teks.


sumber : FREE MALAYSIA TODAY



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU