Friday, March 22, 2013

Rafizi begitu CONFIDENT maklumat peribadi yang ditonjolkan adalah PAPA GOMO





Cukup hebat Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli ini membentangkan penemuan MAHA HEBAT beliau identiti dan maklumat sebenar mengenai sahabat blogger Papa Gomo.

Kita perlu memberi tabik hormat kepada anak muda peliharaan Anwar Ibrahim ini. Bukan mudah Anwar Ibrahim membelanjakan sejumlah wang besar membentuk Rafizi Ramli sejak dari Malay College Kuala Kangsar (MCKK) lagi.

Cukup berbaloi pelaburan Ketua Umum PKR selama ini ... long term investment. Bukan sahaja seorang Pengarah Strategik, malah mampu bertindak sebagai WHISTLEBLOWER (ke BLOWJOB) untuk Anwar Ibrahim dan pembangkang.

Hebat anak muda berkelulusan ICAEW (Institute Chartered Accountants England & Wales) ini. Namun dalam kehebatan, terserlah juga KEBODOHAN anak muda kebanggaan Anwar Ibrahim ini sebenarnya.


Dalam usaha bersungguh-sungguh mahu membuktikan identiti PAPA GOMO, Rafizi Ramli cuba mengelirukan rakyat umum menerusi 'PENDEDAHAN' yang dianggap sebagai SUKU MASAK.

Rakyat difahamkan secara umum ... PENGUNDI HANTU adalah ditakrifkan sebagai pengundi yang memiliki nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir yang SAMA, yang telah mengundi di dua kawasan pengundian yang berlainan.

Barangkali Pengarah Strategik PKR ini mampu memberikan penjelasan terbaik PERBEZAAN nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir dua individu di atas ?

Mustahil individu yang sama mempunyai nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir yang BERBEZA DAN BERLAINAN ?



Rakyat perlu melihat kembali kepada kes klasik ini ... kes yang ditakrifkan sebagai CUKUP MEMALUKAN Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.


PASIR MAS, 6 Mei 2012 - Ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor, Wan Ahmad bin Wan Omar mengecam tindakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggunakan identiti beliau sehingga dikaitkan sebagai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar. Peniaga kedai makan berusia 63 tahun itu kesal dengan tindakan tanpa usul periksa parti itu yang menggunakan maklumat peribadi dari kad pengenalannya untuk mendesak Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan. Wan Ahmad berkata nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 telah digunakan oleh Saifuddin untuk dimuatkan kedalam kenyataan media PKR yang dikeluarkan pada 27 April lalu. - KLPOS, 6 MEI 2012.

Hanya berdasarkan maklumat di bawah ini ... Saifuddin Nasution telah mengeluarkan kenyataan media rasmi PKR menyarankan agar Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad meletakkan jawatan kerana dituduh sebagai ahli UMNO.


Nama WAN AHMAD BIN WAN OMAR
No KP 490101035179
No Keahlian UMNO 2374564
Kod Cawangan KUBANG BUNGGOR
Kod DUN 02213 (CHETOK)
Kod Bahagian 022 (PASIR MAS)

Nah ... tuan punya badan akhirnya membuat tampil memberi penjelasan.


"Sebenarnya, ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor itu adalah saya dan nombor kad pengenalan itu milik saya," kata Wan Ahmad.

Pendapat jujur GWM ...

Pengarah Strategik PKR ini tampak terlalu RAKUS mempertahankan BOSS beliau Anwar Ibrahim tanpa membuat penyelidikan yang lebih mendalam.

Apakah Rafizi Ramli cuba untuk mengulangi KEBODOHAN seperti yang dilakukan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution ?


Secara jujurnya, Rafizi Ramli masih belum TERLAMBAT untuk menarik balik 'PENDEDAHAN' yang dianggap sebagai SUKU MASAK ini. Janganlah diulangi kebodohan seperti yang dilakukan oleh Saifuddin Nasution.



Oh Ya ... sebelum terlupa Rafizi Ramli ... apa yang telah terjadi dengan kes dan pendedahan yang melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz ?


Walaubagaimanapun tayangan tujuh klip video dengan durasi dengan purata 30saat ke 2minit tidak memaparkan visual kelibat Nedim dan keluarganya, anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz - KLPOS, 2 NOVEMBER 2012.



Bagaimana pula dengan TUDUHAN dan DAKWAAN Rafizi Ramli kononnya RM40 juta yang didakwa dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ?

Mengapa sehingga ke hari ini Rafizi Ramli TIDAK MENYATAKAN KEPADA RAKYAT SECARA KHUSUS apa yang telah terjadi kepada kes siasatan melibatkan Musa Aman ?


Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) di Hong Kong tidak akan mengkaji semula siasatan ke RM40 juta yang didakwa dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Menurut sumber, badan anti rasuah itu mendapati tiada bukti-bukti kukuh yang baru untuk dibawa kepada suruhanjaya itu dalam mengaitkan kes tersebut.

"Suruhanjaya mendapati bahawa tidak terdapat sebarang bukti baru bagi memulakan kembali siasatan.

"ICAC mengambil sikap dan prinsip tidak akan meneruskan kes-kes dan adalah jelas bahawa badan ini menjauhkan diri dari permainan politik," kata sumber. - KLPOS, 9 JANUARI 2013.



Nasihat cukup berguna kepada Rafizi Ramli ...

Jika sekalipun mahu melakukan pendedahan, tidak perlulah menjual ayat suci Al-Quran jika tidak tahu menahu.

"Saman terhadap Papa Gomo adalah keseluruhan, kita (orang Islam), ayat Quran cukup jelas, apabila sesuatu berita itu dibawa oleh orang yang fasikh, KITA PERLU TOLAK BERITA itu," katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini. - KLPOS, 22 MAC 2013.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka PERIKSALAH DENGAN TELITI agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

Al Quran menyatakan PERIKSALAH DENGAN TELITI, bukan KITA PERLU TOLAK BERITA ... jangan main hentam belakang Rafizi Ramli. Jangan jadi macam Anwar Ibrahim, asyik main belakang anak muda.


Cukup-cukuplah Rafizi Ramli ...





11 comments:

Anonymous said...

lagi sekor makluk banggang yg membuat PENGUDI x UNDI parti kecohkan rakyat

Anonymous said...

Tengok muka pun tau ...Pengarah Strategik Fitnah PKR ...anak sapa lah ni...

Anonymous said...

PapaHomo memang hebat...dia wujudkan jawatan penting dalam PKR...iaitu Pengarah Strategik ( Fitnah ) PKR. Dia tahu banyak orang Boodoh yang akan terpengaruh dan percaya dengan strategi Fitnah yang PKR war-warkan ..

Anonymous said...

walaupun tarikh lahir tak sama...ak pasti yg ic polis tu mmg dah pasti papagomo bcos no. ic polis sme within rekod pesalah rasuah papagomo...in a database a number such as ic no, police ic no, passport no. are the primary key to detct someone.. 1 unic id for 1 person.......

ejaan nama dlm rekod pesalah RASUAH jugak sebijik same dgn rekod spr yg gne ic no....kite boleh kate ini kebetulan....tapi tak mugkin kebetulan untuk setiap ejaan satu persatu same...

tapi papagomo dah lme tak jadi polis...knp still ad mklumat mengundi dye dlm systm yg gne ic polis...ini menunjukkan spr mmg kotor, tak pernah bersih....ini pun boleh dkategorikan sebagai usaha untuk mewujudkan pengundi hantu...jika perkara cam ni pun spr boley buat main2....not wonder spr boley buat bende bodoh.... 2 maklumat diri yg berbeza untuk orang yg sme..

Anonymous said...

BUDAK BABI SIAL. KAKI JUBOR. KALAU PRU 13 BUAT KACAU, BELASAH JE PONDAN NI

Unknown said...

live stream tv1,tv2,tv3,ntv7,tv8,tv9,alhijarah tv di > http://www.vecests.com/2013/01/online-tv-malaysia-radio-streaming.html

Anonymous said...

sah dua2 mmg papagomo.....ic tu mmg ic dye....dye dah mengaku tu ic dye dlm sinar rini tapi tak gtaw 2 dgit blkg (penakut..tak de tlor..kte nak lwan scre jntan ngan DSAI...ic polis tu pun dye punye jgak mse dye jd polis...sme dlm rekod pesalah RASUAH papagomo...

bod tak penting....yang pintg ic no as id....klu dah gne no ic polis buat ape nak bagi no ic stu lagi...so bod pun boleh tipu ler...

ni seme kije kotor spr yg tak pernah bersih n tak pdm rekod lme..

Anonymous said...

hebat la ko gelombang wangsa yg tak berape nak maju....entry ko ni nampak terlalu yakin rekod kedua2 pendftar tu adlah org berbeza...rini spr dah padam salah stu sy gne ic polis....knpa spr padam ea kn 22 tu org berbeza kate ko.....bleh jwp tak?

Anonymous said...

eerrr..! sungguh menakutkan.
Aku nasihatkan papagomo jgn lawan sama jantan dgn dsai. Tolonglah papagomo, jangan sahut cabaran itu.. hek..ek..ek.!!

Anonymous said...

Persoalannya, kalau orang tu dah disabitkan dengan kesalahan rasuah, dah lama dah Wan Muhd Azri tu dah kena buang dari perkhidmatan POLIS, jadi rekod SPR kena dibersihkan lah.. bukan bermakna bahawa Wan Muhd Azri- 8 Apr 1983/Wan Muhammad Azri - 21 Jan 1983 - Wan Deris tu adalah individu yang sama.. paham tak ???

Anonymous said...

UMNO pun bangang.. saman je la budak ni.. kalau dia fitnah pengerusi SPR tu.. apa lagi kasi saman je sampai dia terkincit..