GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/23/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Untuk Perdana Menteri ... MALAYSIA TIDAK PERLU GRIGORI RASPUTIN Versi No. 2 !

| Tuesday, August 23, 2011
Siapa sebenarnya the infamous Grigori Rasputin? Inilah dalang kejatuhan keluarga diraja Tsar di Rusia, dalang kejatuhan dinasti diraja Romanov pada tahun 1917 sehingga tertubuhnya Soviet Union.

Rasputin merupakan tokoh kontroversi yang terlibat dalam paradigma perjuangan politik 'makan keliling' yang melibatkan pendukung kerajaan, anti-kerajaan demi kuasa dan kepentingan politik.



Pengaruh Rasputin dalam keluarga diraja Tsar cukup gah sehingga menyebabkan beliau diangkat menjadi orang kepercayaan dan penasihat peribadi Alexandra Tsaritsa ... memilih sesiapa sahaja untuk menduduki jawatan penting dalam kerajaan. Beliau juga akhirnya menyebabkan ekonomi Rusia jatuh merudum sehingga tercetusnya revolusi di Rusia.


Malaysia juga bakal menerima nasib yang sama jika Perdana Menteri tidak berhati-hati dan bijak memilih orang kepercayaan dan think thank dikeliling beliau. Sudah terlalu banyak diperkatakan mengenai OMAR MUSTAPHA ONG, musuh dalam selimut kerajaan BN!

BARUA dan CIKARO ANWAR IBRAHIM dalam kerajaan BN cukup ramai dan OMAR MUSTAPHA ONG merupakan salah seorang dari inner circle talam dua muka. GWM bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh rakan The Unspinners dan Gelagat Anwar.



Omar Mustapha, yang dilantik sebagai Lembaga Pengarah PETRONAS; sudah bergerak dari dalam memastikan pelantikan kepimpinan PETRONAS dibuka seluas mungkin kepada orang luar – dan bukan kepakaran PETRONAS sendiri.

Siapa yang berperanan memburukkan imej Tan Sri Hassan Marican di mata Najib (Anwar menganggap Omar Mustapha Ong sangat influential dalam memastikan Tan Sri Hassan tersingikir – dan tidak diberikan peranan langsung di dalam kerajaan Malaysia) pada ketika ini.

Anwar mahu PKR/PR lebih ‘understanding’ sekiranya sebulan dua kebelakangan ini dia dan pimpinan PKR akan bercakap lebih kuat mengenai isu Melayu. Sesuai dengan suasana pilihanraya, Anwar perlu ‘re-establish’ kedudukan sebagai pejuang Melayu; bagi memastikan undi Melayu kepada PKR tidak merosot teruk. Gentleman agreement bersama DAP telahpun diperolehi.

Anwar mahu Pakatan Rakyat menggunakan ‘loopholes’ dalam pasukan Najib bagi menyusun agenda serangan bersifat ‘polisi dan dasar.


Mungkin kenyataan dari rakan blogger ini dilihat berat sebelah atau bias terhadap OMAR MUSTAPHA ONG, namun bagaimana pula dengan keratan artikel 27 Jun 2009 laman web ini, yang mendedahkan keresahan dan tidak persetujuan lembaga pengarah PETRONAS dengan perlantikan OMAR MUSTAPHA ONG kedalam lembaga pengarah konglomerat tersebut.




OMAR MUSTAPHA ONG jugalah loop holes terbaik Anwar Ibrahim mengganyang Perdana Menteri dan kerajaan BN dalam isu APCO Worldwide, sehingga 1 Malaysia dituduh menciplak 1 Israel sekalipun terbukti sebaliknya.




GWM bukanlah politician namun sebagai pihak yang memerhati dari luar, semakin nyata dan terdedah CIKARO dan BARUA ANWAR IBRAHIM berlegar di sekeliling Perdana Menteri dan kerajaan BN.

Takut jika segala usaha murni kerajaan BN akhirnya tersungkur akibat dalang dan lalang, akibat permainan politik wayang think thank ini ... itu yang perlu dikhuatirkan!

Maaf YB Perdana Menteri ... Malaysia tidak memerlukan seorang lagi Grigori Rasputin!


sumber :
The Unspinners
Gelagat Anwar
Malaysia-Kini.com




HOT NEWS ... Mufti Perak Bakal diHARAMJADAHkan oleh Parti Negara Berkebajikan ?!

|
Cukup bijak puak-puak Parti Negara Berkebajikan ini konar baring, gostan kereta dan pecut langgar lari Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria.

Dalam tempoh enam bulan sahaja nada Pemuda PAS Perak bertukar 360 darjah. Dengan pantas merakamkan sokongan terhadap cadangan dan gesaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar menyegerakan Akta Murtad baru-baru ini.





Bagus sebenarnya sokongan dari Parti Negara Berkebajikan ... namun mengapa GWM tegas mengatakan Sahibus Samahah bakal di HARAMJADAHkan oleh puak-puak ini. Melayu memang mudah lupa ... umat Islam memang mudah lupa!


GWM paparkan videoclip ini sebagai tontonan dan rujukan mengapa Tan Sri Harussani Zakaria yang bakal disembelih sekali lagi.





Apa kata Pemuda PAS Perak terhadap Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria ...






Mudah sebenarnya mahu menilai tahap pemikiran dan kemunafikan juak-juak parti ini. Gesaan Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria mahu menyegerakan Akta Murtad adalah peluang terbaik untuk melepaskan tengkuk dari belenggu isu murtad di Selangor.

Parti Negara Berkebajikan ini semakin tertekan dengan asakan mengapa parti tersebut mempertahankan golongan gereja. Parti ini tidak mempunyai jawapan khusus melainkan menuduh isu murtad sebagai kerja UMNO.

Percayalah, apabila isu murtad di Selangor menutup tirainya, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria akan kembali 'diperkosa' dengan fitnah, tohmahan dan kata nista puak-puak ini jika kenyataan Sahibus Samahah selepas ini tidak memihak kepada mereka.

Sehingga ke hari ini, puak-puak ini tidak pernah memohon maaf secara terbuka kepada Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, selaku Mufti Perak yang cukup dihormati, atas kelancangan, tohmahan, fitnah oleh Pemuda PAS Perak!

Mungkin kali ini bukan gelaran Haramsani, tetapi HARAMJADAH kepada Sahibus Samahah. Tak percaya? ... just wait and see!




 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU