
Begitu gelojohnya apabila kanak-kanak dan wanita menghulurkan tangan untuk mendapatkan bantuan berupa kain pelikat, tudung, selipar dan juga wang sekitar 100 ribu Somalia ( RM30 ).

Anak-anak Somalia ini diberikan gula-gula, biskut dan juga kurma dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri, walaupun dihati cukup takut dan gerun mendengar bunyi tembakan dan das meriam akibat pertelingkahan tanpa henti.

Kaum wanita tersenyum menerima bantuan dari Dato' Azeez Rahim dan sukarelawan Malaysia. Sekurang-kurangnya, beban digalas dan kebuluran dilupakan sementara untuk mengecapi saat-saat manis ... masih ada yang mahu memberi bantuan walaupun tidak seberapa.


Psssstt ... mana puak haram jadah pembangkang! Tidak timbulkah dibenak hati untuk turut sama ke Somalia menghulurkan bantuan ...

0 comments:
Post a Comment