Thursday, August 11, 2011


Dalam isu ini, GWM cuba untuk berlaku adil dalam memberi komen pro dan kontra dan cuba untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak, namun perlu diingat isu ‘bangsat’ ini dimainkan oleh portal Malaysiakini sebelum pengumuman rasmi dibuat oleh Khazanah Nasional.

Bangsatnya kerana spekulasi Tony Fernandes sebagai CEO Malaysia Airline System yang baru pada 6 Ogos 2011 jelas mencetuskan sentiment harga saham yang diniagakan. ‘Hearsay’ sebegini boleh membunuh pasaran saham. Walhal KHAZANAH hanya membuat pengumuman rasmi pada 9 Ogos 2011 bahawa Tony Fernandes bukanlah Pengarah Urusan MAS yang baru.

Keypoint atau asas terpenting dari kenyataan akhbar oleh ketiga-tiga pihak perlu difahami oleh rakyat dengan sebaik mungkin:

Comprehensive Collaboration Framework (CCF) dan Colloboration Agreement
MAS dan Tune Group tidak akan membunuh perniagaan pesaing melalui amalan monopoli kerana memang tidak akan wujud, malah memanfaatkan kecekapan dan mengoptimumkan perniagaan teras masing-masing untuk manfaat pengguna.

Teras perniagaan (core competencies) bagi MAS dan AIR ASIA sebenarnya tidak berubah. Perjanjian kerjasama yang wujud menguntungkan kerana setiap penerbangan MAS, FIREFLY, AIR ASIA & AIR ASIA X akan bersaing dalam pasaran yang berbeza. Perjanjian Kerjasaman ini membolehkan keempat-empat teras perniagaan lebih fokus kepada segmen perniagaan masing-masing.

PEGANGAN SAHAM
Pemegang saham MAS memegang satu warrant dalam AIR ASIA untuk setiap 30 saham dalam MAS. Begitu juga pemegang saham AIR ASIA hanya memegang satu warrant dalam MAS untuk setiap 10 saham dalam Air Asia.

Yang menjadi persoalan dan persepsi negatif rakyat adalah TUNE GROUP memegang 20.5% pegangan saham MAS dan KHAZANAH hanya memegang 10% saham dalam Air Asia. Persepsi negatif timbul dalam tiga bentuk persoalan yang menjadi pertikaian yang hangat dan dikatakan berat sebelah:

a) Mengapa Tony Fernandes memegang saham dalam MAS melebihi apa yang dipegang KHAZANAH dalam AIR ASIA.
b) Benarkah Tony Fernandes akan memegang salah satu jawatan tertinggi dalam Lembaga Pengarah.
c) Wujud monopoli oleh Air Asia melalui pegangan saham Tony Fernandes dalam MAS bagi penerbangan domestik.

Siapa kata TUNE GROUP menjadi pemegang saham terbesar dalam MAS? Hanya Malaysiakini membuat andaian dan spekulasi Tony Fernades bakal dilantik menjadi Pengarah Urusan MAS. Bagaimana monopoli wujud jika TUNE GROUP hanyalah pemegang saham minoriti?

GWM juga pada mulanya agak skeptikal dengan langkah yang diambil KHAZANAH dan Kerajaan khususnya. Siapa yang pernah melupakan kegiatan hanky panky dalam urusan konglomerat seperti apa yang berlaku pada ECM-Libra, kecoh tanpa batasan! … Do you remember Khairy Jamaluddin!


KHAZANAH masih tetap pemegang saham terbesar. Hanya pegangan saham berkurang dari 69.37% kepada 61.23% selepas TUNE GROUP memegang 20.5% saham MAS. (pegangan saham KHAZANAH termasuk melalui pegangan saham secara tidak langsung dalam KWSP dan PNB.)

KHAZANAH 48.87%
KWSP 11.02%
PNB 1.34%

TUNE GROUP 20.5%

Tidak timbul soal dan isu monopoli oleh TUNE GROUP, kerajaan kehilangan hak pegangan saham atau hak bumiputera berkurangan setelah Tony Fernandes memegang kepentingan saham tersebut.

Sebenarnya tidak timbul juga isu liability / hutang / pinjaman … sekadar memetik kekecohan yang diwar-warkan oleh Wee Choo Keong a.k.a. The Opportunist, ahli Parlimen Wangsa Maju yang melarikan diri dari menjalankan kewajipan dan tugas sebagai wakil rakyat.


Memang gila jika difikirkan hutang atau tanggungan AIR ASIA yang mencecah RM 7.3 billion berbanding dengan MAS RM 3.7 billion. Memang seronoklah Tony Fernandes dan TUNE GROUP hanya menanggung hutang lebih kecil dan MAS pula terpaksa menanggung beban hutang AIR ASIA yang begitu besar … benarkah?

GWM cuba menerangkan dengan menggunakan pengiraan matematik mudah (simple mathematics calculation). TUNE GROUP pegang 20.5% saham dalam MAS. MAS memegang 10% saham dalam AIR ASIA. Apabila pemegang saham memgang sejumlah kepentingan saham dalam sesebuah syarikat, maka pemegang saham tersebut juga akan menanngung untung dan kerugian syarikat berdasarkan pegangan saham.


MAS (10% pegangan saham dalam AIR ASIA) tanggung beban hutang RM 7.3 billion hutang AIR ASIA
Pengiraan - RM 7.3 billion x 10% tanggungan hutang
Bermakna MAS menanggung hutang tahunan AIR ASIA sebanyak RM 730,228.84

TUNE GROUP (20.5% pegangan saham dalam AIR ASIA) tanggung beban hutang 3.7 billion hutang MAS
Pengiraan – RM 3.7 billion x 20.5% tanggungan hutang
Bermakna TUNE GROUP menanggung hutang tahunan MAS sebanyak RM 775,059.90

Dimanakah rasionalnya MAS menanggung hutang AIR ASIA bulat-bulat RM 7.3 billion. Tanggungan hutang juga bergantung kepada pegangan saham yang dimiliki.

Bagaimana jika kedua-dua syarikat penerbangan mengalami tanggungan hutang yang sama sebanyak RM 10 billion dalam 2 tahun mendatang?

MAS (10% pegangan saham dalam AIR ASIA) tanggung beban hutang RM 10 billion hutang AIR ASIA
Pengiraan - RM 10 billion x 10% tanggungan hutang
Bermakna MAS menanggung hutang tahunan AIR ASIA sebanyak RM 1 billion

TUNE GROUP (20.5% pegangan saham dalam AIR ASIA) tanggung beban hutang 10 billion hutang MAS
Pengiraan – RM 10 billion x 20.5% tanggungan hutang
Bermakna TUNE GROUP menanggung hutang tahunan MAS sebanyak RM 2.05 billion

Yang nyata Tony Fernandes dan TUNE GROUP lebih berpeluh jantan untuk menanggung beban hutang MAS dan bukan sebailknya. Mahu atau tidak, Tony Fernandes yang bakal dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah sudahpun melaburkan wang dan aset di dalam MAS … nak atau tidak, beliau tiada pilihan untuk turut menjaga kedudukan kewangan MAS.


GOLDEN SHARE
KHAZANAH atau Kerajaan masih lagi memegang kuasa mutlak untuk menolak mana-mana pemegang saham untuk hijack atau pemegang saham minoriti berpakat dan bergabung untuk mengambilalih pentadbiran MAS. Kuasa mutlak (veto power) terletak pada Kerajaan melalui KHAZANAH.


bersambung ...



6 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam bro GWM.
Tiada siapa yang dapat mempertikaikan semua yang diatas kertas nampak comel dan molek.

Kerana 'nampak comel' inilah banyak GLC dan syarikat pegangan negara rugi beratus billion selama ini.

Deal yang ini pun tidak terkecuali..hanya masa saja yang akan menentukan nya.

Are these people "THE REAL PLAYERS" dalam industri ini?Itu 'keyword'nya untuk menyelam lebih dalam dan melihat apa yang sebenarnya ada didasar laut sana...selamat menyelam

Anonymous said...

Tahniah GWM dengan kaji selidik ini. Banyak pihak yg menyokong JV ini sebenarnya. Tak kurang juga yg sangsi. Lagipun JV ini diikat selama 5 tahun dan sambung lagi kalau suka. Share MAS pun melonjak naik semalam. Sy pun sokong.

Vision Airasia 'We Are Belivers'. telah terbukti berjaya. Dulu orang pandang Airasia sebelah mata saja tapi sekarang JV Airasia telah melangkau dengan banyak penerbangan diluar negara. MAS masih dengan cara lama, mahu JV atau tidak, Airasia sudah kedepan. Sy bagi contoh mudah je. Semasa pelancaran Airasia di Osaka Jepun, majlis dibuat dihotel kecik yg tak terkenal pun tapi ada 12 station tv jepun yg datang buat coverage. Tak membazir but smart move.

Unknown said...

SALAM APA, SUKAR UNTUK DIBACA APA YANG TERSIRAT DARI YANG TERSURAT, NAMUN KITA TENGOK LENGGOK LANGKAH KHAZANAH BAGAIMANA ... SILAP KALU, SERBU!

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam bro GWM.
Harap harap tak perlu terjadi saperti yang saya sangka.

Apa pun terlalu banyak persoalan yang tak jive dengan langkah yang tak perlu dibuat ini,kecuali untuk memenuhkankan poket beberapa individu.

Itu yang buat saya terus mempersoalkan.

Anonymous said...

same gak GLC yg lain2..mcm MBSB,TELEKOM,TNB,dan yg sewaktu dgnye..semua ada tangan2 ghaib dbelakang.lg 1 ceo2 glc yg ada dh x ada telo..majoriti sanggap!