DAP Dicabar Bertanding Di Kawasan Melayu ... ADA BERANI !
Kenyataan Media
GAPS ingin mengalu-alukan cadangan DAP yang berhasrat ingin bertanding dalam kerusi majoriti melayu dalam PRU 13 ini. Hasrat ini sekali lagi membuktikan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.
DAP sekarang memperolehi sokongan maksima masyarakat cina namun itu masih belum cukup untuk ia memenangi kerusi untuk mengambilalih kerusi Perdana Menteri. GAPS yakin sebenarnya DAP sedang menyusun langkah untuk mengambil alih jawatan PM, kerana itu ia harus melebarkan jaringnya dikawasan melayu.
PKR dan PAS sekarang pula sedang mengalami kemerosotan sokongan yang amat sangat pengundi melayu. Oleh itu kedua-dua parti ini dilihat DAP tidak mampu untuk mengekal kerusi yang mereka ada sekarang. Alternatif nya adalah untuk DAP meletakkan calon melayu. Dengan formula ini DAP berharap sokongan kaum cina kekal dan kaum melayu bertambah yang akhirnya akan memenangkan calon mereka.
Secara halusnya sebenarnya DAP sedang mengadaptasikan cara parti PAP singapura menguasai kerusi melayu dinegara itu sejak tahun 1965. Formula PAP mungkin boleh digunapakai oleh DAP untuk menguasai politik negara ini.
Malahan hubungan keluarga dan politik abang-adik PAP dan DAP merupakan jambatan yang sangat utuh yang diyakini oleh DAP untuk menguasai politik negara ini.
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
1 Ogos 2011
4 comments:
Cabaran GAPS tak kena tempat kerana DAP telah menang di negeri majoriti Melayu iaitu P PINANG.Kalau tak percaya tengok data dari perangkaan yg di keluarkan oleh jabatan statistik negara.Kaum Melayu adalah kaum majoriti di P pinang iaitu melebihi kaum Cina dgn lebih dari 1% dari keseluruhan jumlah penduduk.Jadi janganlah syok sendiri dgn mencabar orang dgn tak tentu pasal.
Ni bukan masalah syok sendiri ke apa. Paham ke tak apa yang ditulis kat atas tu. DAP dicabar bertanding kawasan Melayu, apa kene mengenanya dgn negeri majoriti Melayu, dol..Paham ke tak proses pilihanraya ni mcmana, setiap kerusi tu ikut kawasan, ada DUN, ada Parlimennya. Dh tentu la jumlah keseluruhan penduduk satu2 kawasan tu tak sama..Dh tu bg fakta jgn sekerat2 je, drpd jumlah perangkaan yg dikeluarkan tu berapa peratus yg layak mengundi??
ni cdangan bodo,knp tk cdang kn umno brtnding di Bkt Bntang,Ipoh Brat atau Seputih.Knp umno tk mau brtanding di Sngai Siput,kwasan mlayu tu bro.psal apa DAP nk brtnding di kwasan yg dh ada PAS dn PKR?
to anon August 4, 2011 11:46 AM
tanya DAP la nape buat cadangan bodo ni..ko paham ke tak apa yg ditulis kat atas tu..tu cadangan DAP, apa kene mengena plak UMNO nk btanding kat Bkit Bintang ke, kat mana ke..baca betul2 dulu baru komen, tak tau ujung pangkal dh tu komen main redah je..
Post a Comment