Friday, August 12, 2011


GWM yakin masih ramai yang skeptikal dengan Comprehensive Collaboration Framework (CCF) atau Kerjasama Kerangka Komprehensif di antara MAS dan AIR ASIA.

Banyak persoalan boleh ditimbulkan dari segenap aspek urusan perniagaan swapping share ini. Dan GWM tidak memaksa malah menyerahkan kepada pembaca untuk menilai rasionalisasi yang diambil oleh KHAZANAH.

Rakan blogger pro kerajaan juga turut bertanya mengapa GWM mengambil langkah seolah-olah mempertahankan tindakan KHAZANAH. Dan mungkin juga sudah ada dikalangan rakan blogger berfikiran GWM sudah dibeli oleh KHAZANAH!

GWM tidak sama sekali mempertahankan langkah yang diambil oleh KHAZANAH. GWM gemar melihat apa yang tersirat dari yang tersurat dalam smart partnership di antara MAS dan AIR ASIA. Jawapannya akan diterangkan kelak.


GWM tidak sama sekali lupa dengan kes klasik ECM Libra 'mengambil alih' Avenue Capital Resources Bhd dalam pengambilalihan yang cukup kontroversial di mana syarikat yang diambilalih mempunyai nilai aset empat kali lebih daripada yang mengambilalih ... Masihkah kau ingat KJ!

Sebelum itu, GWM paparkan kembali the infamous press release Comprehensive Collaboration Framework (CCF) oleh KHAZANAH sebagai rujukan.



GWM paparkan juga kenyataan berkenaan timbulnya kebimbangan isu monopoli mahupun kerisauan head honcho yang bakal menerajui kerangka kerjsama diantara MAS dan AIR ASIA.







Kebimbangan berkenaan isu monopoli Tony Fernandes dan TUNE GROUP dalam MAS menghantui baik di pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Sebagai pemegang saham individu terbesar 20.5%, tentunya timbul tanggapan apa bakal Tony Fernandes kaut dan kenyang dari MAS.

Masalah utama ahli politik Malaysia yang sibuk politicking mudah benar lupa dengan usul dan rang undang-undang yang telah dibentangkan dan diluluskan di Parlimen. ANTI TRUST LAW!



The Malaysian Competition Act 2010 has been gazetted on 10 June 2010 and to be implemented in January 2012. (Akta Persaingan Malaysia 2010 yang telah diwartakan dan akan dilaksanakan pada Januari 2012.)


Apa yang dimaksudkan dan diterangkan dalam The Malaysian Competition Act 2010, jom layan ...

Akta ini menyediakan satu rangka kerja undang-undang untuk mengekang amalan anti-persaingan di Malaysia dan dilaksanakan kepada mana-mana aktiviti perniagaan komersial dalam Malaysia dan di luar Malaysia yang bakal memberi kesan kepada saingan pasaran di Malaysia.


Terdapat dua larangan utama yang diperkenalkan dalam The Malaysian Competition Act 2010.


i. Anti-competitive agreements between enterprises which operate at the same level in the production or distribution chain as well as between enterprises operating at different levels.

Larangan biasanya meliputi perjanjian yang mempunyai objek antara lain, penetapan harga pasaran, perkongsian pasaran atau sumber-sumber bekalan, menghadkan atau mengawal pengeluaran, pasaran kedai-kedai atau akses pasaran, pembangunan teknikal atau teknologi, atau pelaburan, dan penipuan tawaran.


ii. Any abuse of a “dominant position” by an enterprise in any market for goods or services.

Sesuatu perniagaan yang mempunyai kuasa dan kedudukan dominan dalam pasaran jika ia mempunyai kuasa yang ketara dalam pasaran untuk melaraskan harga atau output atau terma-terma dagangan, tanpa apa-apa halangan dari pesaing atau pesaing berpotensi, tanpa mengira tahap atau peratusan bahagian pasaran perusahaan.



Apa yang dimaksudkan dengan penyalahguaan kedudukan dominan (monopoli) dalam akta yang disebutkan

i) sesuatu perniagaan mengenakan harga yang tidak adil atau syarat perdagangan yang tidak adil di mana-mana pembekal atau pelanggan
ii) mengawal pengeluaran, pasaran kedai-kedai atau akses pasaran, pembangunan teknikal atau teknologi, atau pelaburan
iii) enggan membekalkan kepada syarikat tertentu atau kumpulan perusahaan
ii) terlibat dalam amalan diskriminasi bagi urus niaga yang sama
iv) membuat kontrak yang tertakluk (conditional contract) supaya pihak lain menerima apa sahaja terma dan syarat
v) terlibat dalam tingkah laku sebagai pemangsa kepada pesaing, atau membeli, mana-mana tanpa alasan, sukar didapati bekalan barang-barang perantaraan atau sumber-sumber yang diperlukan oleh pesaing.

Akta memberi kuasa kepada Suruhanjaya Persaingan (Competition Comission) untuk menjalankan kajian pasaran, menjalankan tugas-tugas penyiasatan dan penguatkuasaan.

Suruhanjaya menyediakan platform bagi mana-mana perusahaan yang terlibat untuk membuat representasi bertulis atau lisan mengenai apa-apa keputusan yang dicadangkan atau mencari pelanggaran oleh Suruhanjaya, dan juga diberi kuasa untuk menjalankan perbicaraan bagi maksud menentukan sama ada suatu pelanggaran telah berlaku.


Seperti yang telah GWM nyatakan, GWM tidak menyokong mahupun menolak Comprehensive Collaboration Framework (CCF) atau Kerjasama Kerangka Komprehensif di antara MAS dan AIR ASIA. Lagipun Kerajaan melalui KHAZANAH tidak perlu mengeluarkan sebarang peruntukan bagi menampung dan membantu dana Syarikat Penerbangan MAS.

Apa yang berlaku dalam kes hancur lebur mukhlisin ECM Libra 'mengambil alih' Avenue Capital Resources Bhd dalam pengambilalihan yang cukup kontroversial disebabkan tidak ada akta yang boleh menggugat penyalahgunaan kuasa dominan dan monopoli.



Nah ... jika KHAZANAH, MAS mahupun AIR ASIA melakukan urusniaga hanky panky, gunakan akta ini! Baik disebelah kerajaan mahupun pembangkang dialu-alukan membelasah kerjasama ini.

Bawa Tony Fernandes dan Azman Mokhtar ke muka pengadilan ... jika berlaku urusniaga yang boleh melibatkan berlakunya monopoli dan penyalahgunaan dana rakyat! GWM merasakan Tony Fernandes dan Azman Mokhtar sedar akan wujudnya The Malaysian Competition Act 2010 ... melainkan kedua-duanya rabun dan tamak haloba!

Buat masa ini, GWM melihat kerjasama ini tidak akan berlaku amalan monopoli malah memanfaatkan kecekapan dan mengoptimumkan perniagaan teras masing-masing untuk manfaat pengguna.

In a meantime, I will rest my case ...



4 comments:

SiamangBukit said...

Melawan arus blogger2 yang lain nampak GWM.
Saya mengambil sikap tunggu dan lihat kerana melihat dari sudut sikap Azman yang pada saya beliau ini seorang yang workaholic dan reformis Islamis. Hanya berbaik sangka di hari baik dan buln baik. Tak tahu kalau dari itu dia termain lebih kuah cuka tahu sumbat semasa berbuka.

Unknown said...

SAMALAH KITA SIAMANGBUKIT ...

PERLU BERSANGKA BAIK, TAPI KALAU TAK BAIK ... KASI BEDALLAH!

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam bro GWM dan Siamang.
Atok saya kat kampung tanya..
Boleh tak Tony atau Tune jual pegangan 20.5% tu kat pihak lain(luar negara)?

Ada tak akta yang menghalang Tony berbuat demikian?Kalau ada bagus..

Kalau tak ada I REST MY CASE..

Unknown said...

SALAM A.P.A. ... NANTI GUA SIAISAT. SO FAR ... TAK ADA LAGI AKTA BOLEH SEKAT ...

OPEN BALIK CASE ....