Tuesday, August 30, 2011

Sudah semakin hampir detik 31 Ogos 2010, namun jarang sekali dapat kita melihat bayangan dan kibaran Jalur Gemilang berkibar megah di tanah air. Apatah lagi dengan hanya tinggal 1 hari untuk kita menyambut Kemerdekaan, semangat rakyat tampak kian lesu dan lesi.

Media pro kerajaan pun jarang ’highlight’ bulan Kemerdekaan malah iklan sambutan Hari Kemerdekaan muncul sekali sekala menyulam dengan iklan produk-produk lain yang masyuk. Tidak perlu kita melihat media pro pembangkang untuk meniup semangat Kemerdekaan kerana kerja juak-juak ini hanyalah membangkang. Bangkang! Bangkang dan Bangkang!




Roh dan semangat Kemerdekaan sudah semakin pupus dari jiwa sanubari kita. Golongan muda, khususnya langsung hilang minat, semangat patriotik kian pupus. Jika ditanya apakah tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, mungkin 80% gagal menjawab dengan tepat.

Tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini adalah “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”.

Seelok eloknya ’ditransform’ kepala hotak kita ni dulu, untuk menjadi bangsa yang cintakan dan mendaulatkan tanah air. Sudah 41 tema dikeluarkan oleh kerajaan sejak dari tahun 1970 bermula dengan ’Muhibah dan Perpaduan’, namun pengisian ilmu mengenai Kemerdekaan adalah sifar.



Kemenangan Meraikan Kemerdekaan
Hari ini umat Islam sebenarnya meraikan dua perayaan utama; Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan. Inilah hari kemenangan umat Islam di Malaysia. Kemenangan melawan dari tunduk kepada hawa nafsu dan kemenangan membebaskan bumi bertuah ini dari sebarang bentuk penjajahan.

Bebasnya kita dari belenggu penjajahan British bermulalah episod perjuangan mengisi kemerdekaan ke dalam setiap roh dan jiwa rakyat. Semangat Kemerdekaan terus menerus disemai bagi memberi kesedaran kepada rakyat akan betapa payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan.



Walaubagaimanapun, orang Melayu tidak bersendirian kerana pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan ini tidak akan berjaya kerana melalui Kemerdekaan, Malaya akan ditadbir di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu.

Perjuangan menuntut Kemerdekaan mungkin masih segar dalam kepala golongan tua, namun bagi golongan muda yang masih mempunyai semangat ’pepsi cola’ , hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari Kemerdekaan. Roh dan Jiwa Kemerdekaan masih belum dapat dirasai dan disentap masuk ke dalam hati sanubari.

Sejauh mana rasa bersyukur generasi atau golongan muda ini dalam perjuangan menuntut Kemerdekaan, hanya sejarah perjuangan itu sendiri sewajarnya direnungkan kembali dengan sedalam dalamnya.

Malangnya, generasi muda yang kononnya bijak pandai ini kembali menagih simpati dan sokongan dari luar negara untuk kepentingan politik yang jumud dan bebal. Mereka ini lebih berkeyakinan bahawa campurtangan juak-juak Yahudi akan dapat meneruskan agenda pemikiran politik yang sempit.

Ingatlah, sesungguhnya golongan terdahulu telah berpenat lelah, bergolok gadai, hidup dan mati berjuang untuk menuntut Kemerdekaan dan sewajibnya golongan muda hari ini memahami dan mempertahankan maruah dan keamanan yang diperoleh hasil perjuangan pemimpin terdahulu. Bukan menggadai kembali maruah negara!

Cabaran yang kita hadapi pada hari ini lebih hebat dalam mengekalkan momentum perpaduan dan ekonomi dan seharusnya kita mendokong usaha kerajaan dalam mempertahankan negara dari sebarang bentuk penjajahan baru.



Kemenangan Melawan Hawa Nafsu?

Dalam pada umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri, kita dikejutkan dengan isu murtad 12 umat Islam sewaktu mengerjakan puasa di bulan Ramadhan. Sekali lagi Perlembagaan Persekutuan diperolok-olokkan oleh juak-juak gereja di Malaysia.



Lebih menyedihkan lagi apabila ada umat Islam yang mengaku bangsa Melayu turut menjadi talibarut dan mempertahankan gejala murtad dikalangan orang Melayu. Talibarut ini juga menyamar disebalik jubah dan serban bagi mempertahankan pihak gereja semata-mata sokongan dan undi dari bangsa yang tidak mengenang budi.

Mungkin sudah tiba masanya mereka yang telah murtad ditarik kembali hak keistimewaan sebagai umat Islam dan orang Melayu. Golongan ini perlu ditarik kembali hak menjadi wali, hak menerima wang zakat dan segala keistimewaan sebagai kaum bumiputera.



Begitu juga apabila seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang turut bersekongkol menjadi barua kepada golongan komunis demi mempertahankan tuan besar pakatan pembangkang tersebut. Golongan subversif komunis diangkat setinggi langit sebagai pejuang kemerdekaan tanah air ini. Nyawa pejuang kemerdekaan yang terkorban diperlekehkan demi tunduk dan sujud kepada puak-puak chauvinist dan racist ini.

Cukup mudah sejarah ditunggang terbalikkan demi menghalalkan cara dan matlamat untuk berkuasa di bumi bertuah.



Tidak berguna sebenarnya apabila kerajaan telah menghasilkan 41 tema Hari Kemerdekaan dan selama itulah kita hanya setakat membaca dan melihat tema dan cogankata tanpa menjiwai dan memahami roh dan semangat Kemerdekaan itu sebenarnya.

Luangkan sedikit masa untuk memahami dan mendalami tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini ’1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera’. Dalam apa apa majlis ilmu sekalipun pengisian ilmu cukup penting. Samalah juga seperti sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 tahun ini.


Bukan setakat menyambut Kemerdekaan dengan melihat kemeriahan pancuran bunga api di depan TV, berpesta di disko dan pub serta merempit sehingga nyawa melayang tepat jam 12.00 malam.



5 comments:

Anonymous said...

Kenapa bendera kurang dikibarkan.

Pertama
Bukan tak nak kibarkan bendera kat kereta, nampaknya tidak logik untuk melekatkan bendera kat luar kereta. Saya tersangatlah kasihan melihat bendera yang terbongkok-bongkok meredah angin dengan kelajuan kereta 100 km lebih dan akhirnya bendera itu jatuh kejalan dan dilanyak oleh kenderaan lain.

Kedua
Harga bendera yang tersangat mahal, bayangkan sekeping bendera Malaysia harganya mencecah RM9.99 sen. Padahal sepatutnya sekeping bendera itu berharga sekita RM 5.00 sahaja. Kalaulah pencetak, penjual atau pengedar bendera itu bersikap petriotik cukuplah untuk untung sedikit sahaja. Sebaliknya mereka mahu untung berlipat ganda.

Ketiga
Amalan beri percuma juga sebenarnya tidak begitu baik, kerana banyak orang mengharapkan bendera percuma itu.

Warga sebelum merdeka

Unknown said...

SALAM ANON 6.38AM ... GWM SETUJU DGN PANDANGAN SAUDARA!

Anonymous said...

Harga dua keping bendera sama dengan harga 1 kilo daging. Kita nak menyambut Hari Raya, agak-agak yang manakah akan diberi keutamaan.

Walau bagaimanapun saya sempat mengibarkan 3 bendera di hadapan rumah.
Aangkat tangan dengan tangan terbuka (tidak menggengam).

Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka.

Unknown said...

ALHAMDULILLAH NON 8.02AM ...

Anonymous said...

jordan 1
off white outlet
hermes belt
curry 6
kyrie 9
off-white
kevin durant shoes
kyrie 6 shoes
bape outlet
yeezy 500