BREAKING NEWS ... Azmil Mustapha Kembali Menjadi SETAN Sebenar !
Tepuk dahi GWM selepas solat tarawih apabila melihat rakan blogger SUNGAI RAPAT ONLINE mengesahkan sudah ada laporan polis dibuat terhadap Azmil Mustapha yang mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Sultan dan Yang Dipertuan Agong.
Jadi benarlah berita Azmil Mustapha mengambil kesempatan dalam bulan Ramadhan untuk menghasut dan menabur fitnah kerajaan BN sebagai tidak Islamik, DEB sebenarnya bermaksud Dasar Ekonomi Bodoh dan Sultan dan Agong tidak perlu dihormati kerana tidak melambangkan sebagai Ketua Agama Islam!
Sumber dari blog SUNGAI RAPAT ONLINE menyatakan:
Menurut laporan polis tersebut, Azmil, dikatakan menyampaikan ceramah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang ketika para jemaah sedang bersedia untuk bersolat tarawih di situ, pada 18 Ogos.
Laporan itu dipercayai dibuat salah seorang jemaah masjid berkenaan .
Antara kandungan ceramah yang dicatat di dalam laporan polis itu adalah seperti berikut:
· Menuduh Kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah Kerajaan yang ada mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah-sekolah yang beragama Islam
· Mempetikaikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara di mana (Azmil) mempertikaikan keluhuran perlembagaan ditukar kepada perlembagaan Al-Quran.
· Tidak perlu mengagungkan DYMM Sultan dan DYMM Yang DiPertuan Agong di mana yang perlu diagungkan hanya Tuhan sahaja.
· Berulang kali beliau mengeluarkan kata-kata ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’.
· Mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pope Kristian dan mempersoalkan apakah niat di sebalik pertemuan itu.
· Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipertikaikan dan ditukarkan kepada ‘Dasar Ekonomi Bodoh’.
· Menyampaikan ceramah di dalam masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
· Apabila ditegur oleh seorang jemaah (Tuan Hj. Keman), Azmil menghinanya dengan mendakwa bahawa segala ibadah, haji dan zakat jemaah yang membuat terguran itu sia-sia belaka.
Azmil Mustapha ...kamu memalukan maruah dan martabat sebagai seorang Melayu dan Muslim keseluruhannya. Ditambah lagi dalam bulan Ramadhan ini kamu sepatutnya mengajak dan berdoa agar umat Islam di tanahair bersatu.
Dalam situasi umat Islam kini cukup mudah menjadi murtad, kamu lebih gemar mengadu domba dan menghasut untuk membenci umarak (pemerintah).
Kamu merosakkan keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadhan dengan pandangan peribadi ala Taliban dan pandangan ala kepimpinan parti Negara Berkebajikan.
Jika kamu menilai tahap keimanan pada janggoat, serban serta jubah yang dipakai maka kamu sudah semakin hampir ke tahap buta hati dan minda. Ramai 'syaitan' yang berserban, berjanggoat dan berjubah bersembunyi disebalik imej yang mencemarkan Islam.
Azmil Mustapha ... kamu wajib tampil memberikan penjelasan terhadap laporan polis yang dibuat terhadap kamu oleh qariah Kampung Melayu Subang. Gamaknya telur kamu sudah menjadi tempat SETAN bergayut barangkali!
25 comments:
Yang org melayu ramai ramai suka pegi dengar ceramah tak habis habis buat apa kebanyakan nya omong kosong saja.
Dulu aku minat Azmil sebagai pelakon
Tapi, makin tebal serban, makinlah aku lihat dia semakin kuat merapu ...
Agak agaknya apa yang menyebabkan dia tak puas hati ni??????
tapi apa yg penting apa yang siMudin menteri amaran tu bleh buat bila ada penyangak mcm azmil ni hina agong..makin lama makin berleluasa isu-isu sensitif ni selagi simudin itu ada kt kdn..pegi mampuslah dia cepat..lembab..
Sebagai nasihat aje...
Jangan rapat dgn org2 berikut:
1. Org baru kawin - tak ade masa dgn kawan...asyik nak balik rumah aje.
2. Org baru kaya - semua barang harganya murah aje.
3. Org baru pakai h/fon@ipad - asyik sms, surf internet...
4. Org baru kuat agama - org lain semua tak betul cuma dia aje betul.
So...berhati-hatilah!!
Budak tak tahu ape2..baru kenal Islam...sepatutnya dia belajat Fardhu Ain saje dulu.Dah jdi Setan betul.Dia bkannya tau sangat DEB ape , cara pemerintahan negara mcm mana n segala-galanya dia tak tau ni.
Inilah manifestasi seorang yang baru berjinak dengan Agama dan terus 'declare' diri sebagai ULAMAK ; samalah seperti manusia-manusia yang menyertai parti politik yang ada jenama atau perkataan Islam,terus menjadi ulamak belaka. Pakaian ala Arab kononnya melambang keIslaman seseorang walaupun ilmu agama tak sedalam mana ! Ilmu keagamaan yang kurang pada diri diganti dengan ketayap, jubah dan janggut. Begitu mudah. Maka berkeliaranlah ustaz-ustaz dan ulamak-ulamak jadian ke kampung-kampung dan surau-surau memberi ceramah mereka yang sudah pasti kosong atau cetek dari segi isi dan fakta. Lagi sekali, segala kekurangan isi diganti dengan tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan yang ada. Maka jadilah umpama kartun bila yang "buta" cuba berbicara tentang DEB, MBE dan sebagainya. Tiba-tiba sahaja dah jadi orang politik walaupun masih hingusan. Teruslah berlakon , wahai kamu orang-orang munafik. Semoga pendustaan dan kemunafikan kamu itu akan menjadi pendorong kepada kesesatan akidah orang-orang Islam yang lain ; yang sesungguhnya ilmu mereka dalam Islam mungkin lebih tinggi daripada kamu.
kalau dah berubah pakai serban ada janggut berperwatakan warak, sepatutnya berilah ceramah yg membina utk mengeratkan silarturahim sesama islam dan utk memertabatkan agama... kalau x mampu baik duduk diam2 jgn nk berlagak jadi penceramah murahan.
setakat berubah dari segi pakaian tp niat yg ada hanya utk memporak perandakan masyarakat dan negara baik x payah berubah x ada kebaikan langsung.
memalukan angkat diri tu terlampau tinggi sesiapa tidak boleh tegur kalau tidak amal ibadat jd sia-sia, wah dah jd tahap wali dia ni, tp ilmu agama kosong yg ada ilmu pecah belahkan masyarakat, menghina org dan menghasut org lain supaya tidak menghormati pemimpin, itu saja ilmu yg dia ada.
nampak luar cantik tp dlm busuk... x ada beza pun dulu dan sekarang...
memalukan imej islam saja dia ni..
Gamaknya dia ni terlalu yakin Syurga adalah tempatnya.
rasenye kalo dibukak serban tu..kompem npk tanduk
yang dengar tu pun melayu bodoh
cuma yang 20 orang saja yang tak bodoh keluar dari mesjid. Sebab itu di Ali Setan ni sedap mulut cakap ikut sesuka hati dia. Dah buang tabiat gamaknya.
Pakai serban tebal-tebal dekat dahi tu agak-agak kalau sujud boleh kena dahi tak? Kalau sujuk dahi teralas walaupun sehelai rambut maka solat itu tidak sah.
Belajar hendaklah berguru jangan tiru-tiru...
ini lah akibat nya ,kalau berguru dengan ulamak2 PAS ,bukan makin pandai ,makin bodoh ada lah,apa lah nak jadi dengan orang2 yang berkiblat PAS ini.nauzubillahbinzalid.
ini org baru jadi alim dulu bukan main setan lg....aku tak marah dia nak berubah tp yg aku marahkan kalau diri tu dah bodoh jgn la nak bodohkan org lain pulak...kalau ko rasa ekonomi kat mysia ni bodoh pegi lah negara yg ko rasa ekonomi yg tak bodoh....ingat la walau se alim mana pun kita ni tp kalau mati tak sempat minta maaf kepada org yg kita fitnah neraka lah tempatnya....jgn ingat bila dah boleh hafal beberapa surah dah di kirakan ULARMAK...terlajak perahu boleh di undur tp terlajak kata susah nak ckp beb.......
Salam GWM!
Tok Janggut ni bercakap, macam tak berpijak di bumi. Rasionaliti negara tak di ambil kira.
Aku penyokong kuat PAS, atas dasar perjuangan! Jika dia condong pd PAS, ianya satu liabiliti pd kami.
Salam GWM!
Budak ni, budak baik. Punya sence yg tinggi utk dapat hidayah. Macam jugak, tok2 paderi & tok2 sami. Mereka org baik2, ada kemahuan ke jalan yg benar. Tapi....
MEREKA MEMILIH JLN YG SALAH!
Allah swt menolak mereka!!
Dua minggu lepas (dalam bulan ramadan kuliah subuh)dia juga dijemput memberi ceramah di masjid alhidayah seksyen 18 shah alam, diurus oleh puak harami PAS,dia mengatakan cerita dan hujah2 yang sama, tiada manafaat langsung pada kariah, dah lah datang dengan keadaan sakit gaut sampai kena angkat tak boleh berjalan, ali setan ni tak sedar diri, dia kata baru pulang dari Syria, kerajaan Malaysia tiada yang elok baginya, halau je dari bumi Malaysia ni, dulu2 dah bnyk buat maksiat tu lah jadi nya.
pas pun dah tukar negara kebajikan....apa yang dia merapu ..niii....saja cari penyakit...ingatkan dah taubat ...jadi ali setan....kini dah jadi setan betul pulakkk....saja cari penyakit...kalau dulu sebelum pas tukar negara kebajikan ok lahh..dah jadi kes polis mula laa puak kunyik tudoh itu komperasi umno...azmilll...malam nii doa laa banyak2 muga selamat...salam untuk semuaa....
Ini lah orang yang dicari-cari untuk mengantikan MURSHIDUL AM PAS.
Bila berjuta-juta orang telah memanggilnya dengan "Ali Setan" maka termakbullah permintaan itu.
warga sebelum merdeka
Salam GWM!
Nak jadi Mursyidul Am, sukar sgt2 berdasarkan tahap pengajian & sokongan.
But, setakat jadi ahli & penyokong, why not! Dia ni bole jadi, bidak! Bole asuh dia, bila bercakap, cakap cara Islam sebenar!
MUNGKIN ANAK SEPULUH ... APAPUN NANTIKAN PENDEDAHAN JAM 11.00 PAGI ... ADA PENYOKONG PAS TERBAKAR DENGAN PARTI PASRAEL! he he he
antara cth2 ularmak2 harprak yang cari mkn dgn cara tu....Dah tak der kerja( dah tak laku dlm bidang artis)skrang jadi penceramah HamPAS utk cari mkn...
majlis ilmu, besar pahalanya.
tapi kalau dah majlis makihamun spt ini..tak pasal2 dpt dosa.
nampak nya lakunan jadi setan..dah benar2 terjadi.....salam buat pak pass dan penegak anu kunyittt....
DIA NI MEMANG SYAITAN PUN CUMA PANDAI COVER SIMPAN JANGGUT PANJANG, PAKAI SERBAN PAKAI JUBAH.
macai bn.lol......
Post a Comment