Friday, August 5, 2011



Pertembungan dua heavyweight PAS Selangor, satu sudah bergelar mantan Pesuruhjaya PAS Selangor dan satu lagi incumbent/penyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Dua-dua individu ini memang langsung tidak boleh bertemu mata. Musuh ketat walau dalam satu kapal PAS ... walaupun kapal tersebut sudah hampir karam.

GWM amati, menilai dan menganalisa tiga artikel yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider dalam tempoh masa 24jam.



Hassan Ali bertegas mengatakan ada unsur mahu memurtadkan umat Islam di Gereja Methodist Damansara Utama berdasarkan bukti yang ada.


Khalid Samad menempelak Hassan Ali seraya berkata ianya pandangan peribadi mantan Pesuruhjaya Selangor. Tidak ada unsur kegiatan murtad dikalangan umat Islam.

Dalam masa yang sama sempat mengaitkan pemergian Perdana Menteri ke Vatican City bertemu Pope sebagai tidak murtad (Khalid Samad ini bobrok rupanya).



Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) melalui Timbalan Presiden Datuk Hamdan Adnan mahu JAIS dan Hasan Ali membuat penjelasan terbuka mengenai serbuan ke atas satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya kelmarin ekoran kewujudan fakta ‘bercanggah’.


Yang sebenarnya tidak ada sebarang percanggahan, malah ada titik persamaan dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Hassan Ali, Khalid Samad, Pastor Daniel Ho dan Khalid Gagap!

Apa persamaannya ...





Majlis ini dikatakan sebagai menyambut berbuka puasa di gereja berkenaan pada jam 10.00 malam.

Persoalan menarik ... apa signifikan membuat jamuan berbuka puasa di gereja pada jam 10.00 malam?

Walhal waktu berbuka jam 7.30 malam? Dan jika sekalipun atas nama meraikan umat Islam untuk berbuka ... mengapa tidak dilakukan di tempat yang terbuka dan tidak tertutup seperti di gereja tersebut.

Apa signifikan menjemput hanya sekitar 15 orang Islam untuk kononnya majlis berbuka puasa? Apakah hanya terdapat 15 orang Islam tinggal disekitar Damansara Utama?

Mengapa peserta majlis yang beragama Islam cuba melarikan diri melalui pintu belakang jika benar majlis itu hanya satu majlis makan malam sekaligus majlis berbuka puasa?


Keputusan yang diambil Hasan Ali cukup tepat dan mempunyai 'weight' memang terdapat cubaan mahu memurtadkan umat Islam dan lebih malang apabila JAIS dan Hasan Ali dipersalahkan atas nama hak dan asasi manusia.

Sudah terlalu banyak NGO yang lahir atas nama tuntutan hak asasi manusia ... SUHAKAM, SUARAM dan kini PROHAM (mungkin selepas ini ada NGO yang dinamakan sebagai HAMBURGER, HAMSTER?).

Umat Islam diminta lebih berhati-hati dan jauhi pertubuhan yang menggunakan dogma hak asasi manusia hanya kerana mahu menolak kepentingan beragama, lebih-lebih lagi Islam adalah agama rasmi di Malaysia.

Sudah ramai benar umat Islam yang dipergunakan atas nama hak asasi manusia .... seperti Datuk Hamdan Adnan.

JAIS menggunakan bidang kuasa dalam mejalankan tugas sebagai badan yang melindungi kepentingan Islam dan umatnya. Apabila diherdik dan ditempelak oleh manusia seperti Khalid Samad dan Hamdan Adnan ini, secara automatik Islam semakin diperlekehkan untuk kepentingan pihak tertentu.

Jadi ... Siapa bakal tumbang dalam isu murtad ini? Hasan atau Khalid? ...




17 comments:

Anonymous said...

Gerombolan hak asasi manusi ini jenis orang pandir tapi berlagak cerdik. Apa tidaknya, mereka ini juga gerombolan manusia tamak haloba dan jenis semberono. Buktinya mereka mahu berbuat sesuka hati atas alasan hak asasi manusia, seperti berdemontrasi liar, berbogel di pantai, membuat maksiat dalam kenderaaan awam (dua perkara ini di luar negara), ceramah maki hamun dan sebagainya hingga menyusahkan orang ramai. Pada pemikiran gerombolan hak asasi manusia, mereka sahajalah manusia sedangkan orang lain adalah 'pokok durian', 'arnab', 'kereta', 'sawi', 'buah longan' dan lain-lain yang bukan manusia. Inilah pemikiran jenis orang pandir tapi berlagak pandai, memang ramai orang gerombolan hak asasi manusia ini ada ijazah berjela-jela, tapi ijazah mereka itu macam tisu tandas saja sebab mereka tak reti berfikir akan hak asasi orang lain, yang mereka nampak ialah nafsu serakah mereka nak buat itu dan ini, orang lain susah dan menderita itu hal lain, inilah pemikiran tahap rendah oleh gerombolan hak asasi manusia. Kalau orang lain pergi buat demontrasi liar dengan penuh bising di atas jalan depan rumah mereka, tahu pula marah dan naik angin kononnya ganggu mereka tidur, tapi kalau mereka buat demontrasi liar hingga ekonomi lumpuh pada hari berkenaan di Kuala Lumpur seperti pada 09 Julai 2011 itu macam mana pula. Jenis manusia fikir guna nafsu serakah, memang tak tahu menilai baik dan buruk, dia hanya suka keseronokkan saja, orang sebegini, lebih sesuai dikurung dalam zoo bersama monyet dan beruk, kerana mereka ini sama saja macam monyet dan beruk, malah monyet dan beruk pun mungkin tak ingin bersama mereka, kerana paling kurang tak pernah lagi lihat monyet dan beruk berdemontrasi liar dan mengaku hak asasi monyet dan beruk.

Anonymous said...

Berkenaan isu buka puasa di gereja, apakejadahnya perbuatan sedemikian? Lepas ini takkan nak pergi sembahyang tarawih di tokong pula? Inilah PAS sudah 'ting-tong' pemikirannya, semuanya kerana 'mabukkan' kuasa dan sanggup jadi anjing suruhan DAP. Seperti akronim PAS P=Parti A=Anjing S=Suruhan, PAS adalah Parti Anjing Suruhan. Sebab itulah mereka pecat Dr. Hassan Ali dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dan kekalkan Khalid Samad penyokong tegar DAP sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, ini semua kerana DAP benci kepada Dr. Hassan Ali yang mahu pertahankan kemurnian Islam, tapi DAP begitu sayang dengan Khalid Samad sebab jadi 'anjing suruhan' DAP yang setia.

Unknown said...

SAUDARA ANON 3.32PM & 3.38PM SUDAHPUN MENJAWAB PERSOALAN SIAPA YANG BAKAL TUMBANG ...

Anonymous said...

Gerombolan hak asasi manusia kata azan di masjid mengganggu hak asasi manusia penganut bukan Islam, ada pimpinan DAP pernah pertikai azan yang kononnya mengganggu tidur mereka. Tapi sebagai orang Islam, adalah hak asasi manusia yang beragama Islam, macam mana pula dengan puak-puak DAPig yang membela anjing menyalak malam-malam hingga menyusahkan orang ramai nak tidur, itu macam mana pula? Inilah telah saya tuliskan sebelum ni gerombolan hak asasi manusia ini jenis pemikiran tahap rendah, mereka berfikir guna nafsu serakah, mereka hanya nampak kepentingan mereka saja, mereka hanya nampak mereka saja yang kononnya terainaya sedangkan mereka tak lihat gelagat buruk dan perangai buruk mereka menyusahkan beribu-ribu orang lain. Hak asasi manusia konon, pergi jahanamlah, nak tahu hak asasi manusia yang sebenar, selidiki ajaran Islam, penuh dengan hak asasi manusia yang adil sedangkan hak asasi manusia celupan Barat ini adalah hak asasi manusia nafsu serakah yang hanya seorang saja dapat manfaat, lagi seribu orang mendapat musibah.

Unknown said...

SALAM ANON 3.45PM ...

INILAH YANG DIPERJUANGKAN NGO KAFIR HARBI ... MELALUI HAK ASASI MANUSIA, TIDAK KIRA DIMANA SEKALIPUN, AGAMA ADALAH PLURAL! ... ATAU SAMA!

SIAPA AGAKNYA YANG MEMBAWA PLURALISME DI MALAYSIA?

Anonymous said...

Kepada pengendali blog Gelombang Wangsa Maju, kita sebagai penyokong kerajaan yang berhemah seperti Barisan Nasional, perlu menerangkan kepada masyarakat tentang tipu helah dan politik kotor Pakatan Rakyat yang memperalatkan rakyat untuk kepentingan mereka.

Perkara 1

Pakatan Rakyat tuduh Kerajaan Malaysia zalim kerana harga barang naik, sedangkan sebenarnya tidak pernah lagi mana-mana menteri atau perdana menteri sendiri yang pergi paksa pekedai naikkan harga barangan di kedai mereka. Sebenarnya kenaikan harga barang adalah disebabkan ekonomi yang tidak stabil disebabkan oleh politik urat otak yang putus oleh Pakatan Rakyat. Kita perlu sedar bahawa dalam situasi yang aman, maka ekonomi akan baik dan memberangsangkan, maka kerajaan dapat banyak cukai hasil keuntungan yang banyak dari pengusaha-pengusaha besar, kemudian banyak peluang pekerjaan yang akan wujud, rakyat akan ada punca pendapatan, tetapi kalau Pakatan Rakyat sibuk menghuru harakan negara, apakah ekonomi akan baik? Berapa ribu pengusaha datang disebabkan oleh demontrasi liar BERSIH 2 pada 09 Julai 2011 yang lalu? Sebenarnya Pakatan Rakyatlah petualang kepada kekacauan dan ketidak amanan di negara ini, ini dibuat supaya negara ini mendapat nama yang buruk, kemudian Pakatan Rakyat pun berlakonlah kononnya mereka diainaya, sedangkan merekalah yang mengainaya kerajaan dan rakyat dengan menyebabkan ekonomi merudum, rakyat hilang kerja, pendapatan negara kurang, maka pembangunan tak dapat dibuat dengan sebanyak seperti sebelum ini, ini semua puncanya dari Pakatan Rakyat. Ini kerana adanya pelakon hebat dalam Pakatan Rakyat seperti Mat Sabu yang kononnya cedera parah di kaki hingga kena skru lutut, tapi boleh berkerusi roda dengan riang berceramah di sana sini, kalau orang cedera parah di kaki, sudah tentu terlantar di hospital, kalau dengan riang berlakon berkerusi roda, itu penipu namanya. Macam Anwar Ibrahim, kononnya kena tembakan gas pemedih mata hingga pakai pendakap leher, apakah kelongsong gas pemedih mata itu kena lehernyakah? Takkan kena gas pemedih mata hingga kena pakai pendakap leher? Apahal orang lain kena gas pemedih mata tak pakai pendakap leher pun, malahan kalau kelongsong gas pemedih mata kena leher Anwar hari itu, sudah arwah Anwar pada hari itu, ini adalah penipuan yang perlu didedahkan oleh anda pengendali blog Gelombang Wangsa Maju. Banyak isu yang diputar belitkan oleh Pakatan Rakyat perlu didedahkan kepada orang ramai supaya tidak tertipu sebagaimana penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang sebelum PRU 12 yang lepas di mana Pakatan Rakyat berjanji akan dapatkan semula tanah penduduk kampung berkenaan untuk diberi semula kepada penduduk kampung berkenaan, tapi lepas menang bedal RM 2 juta baki premium tanah berkenaan, penduduk kampung berkenaan pula terkontang kanting merayu ke sana sini, akhirnya Barisan Nasional yang dimaki hamun oleh penduduk kampung berkenaan sebelum ini yang membantu penduduk kampung berkenaan dapatkan rumah teres untuk tempat berteduh, nak harapkan Pakatan Rakyat, akan merempat tepi jalan hingga mati dilanggar oleh lorilah penduduk berkenaan.

Anonymous said...

Pimpinan DAPig ketawa terbahak-bahak melihat Parti Anjing Suruhan (PAS)menyalak ke sana ke mari untuk menghasut rakyat, begitu juga dengan juak-juak PKR yang terkinja-kinja di sana sini buat perhimpunan haram. Semuanya akan menguntungkan DAPig lahanat dan musibat itu. PAS kata demontrasi BERSIH itu seperti perjanjian Al-Fudul masa zaman awal Islam di Tanah Arab dahulu, tapi apakah Rasulullah dan para sahabat berdemontrasi liar semasa mereka dikenakan sekatan ekonomi oleh musyrikin mekah selama tempoh 3 tahun hingga terpaksa makan pucuk kayu untuk meneruskan hidup? Apakah semasa Rasulullah pergi berdakwah di Taif hingga dibaling batu oleh penduduk di sana maka Rasulullah pun ajak para sahabat berdemontrasi di depan Kaabah atau berdemontrasi di depan rumah ketua suku Arab Taif? Tidak, Rasulullah melarang perbuatan yang mendatangkan kesusahan kepada orang lain, tapi tok guru politik dalam PAS kata tak apa boleh, untuk politik semuanya boleh, maksiat pun boleh dibela, kawan dengan DAPig yang menentang Negara Islam dan Perundangan Hudud pun boleh sedangkan sebelum ini mereka mencaci UMNO yang berkerjasama dengan MCA dan MIC yang dapat menerima Islam dan bumiputera punya keistimewaan yang lebih sedikit dari kaum lain, tapi PAS sekarang ini jadi 'anjing suruhan' DAP yang menyalak di sana sini memberikan 'fatwa' politik untuk membela DAPig, sebab itulah wakil rakyat DAPig di Selangor peralatkan ayat Al-Quran untuk kepengingan politik DAPig pun dibela, kononnya itu kejayaan dakwah PAS, tapi hingga kini wakil rakyat DAPig itu masih lagi makan babi dan sembah tok pekong lagi apa ini semua tok guru PAS? Inilah PAS cakap saja lebih, tapi habuk pun tak ada.

Anonymous said...

Pakatan Rakyat kata Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional zalim dan kejam, tetapi kalau benarlah kerajaan kejam, maka sudah tentu pimpinan Pakatan Rakyat kini sedang dipenjarakan semuanya dan disiksa hingga cacat dan jadi orang tidak siuman, malahan semua semua penyokong Pakatan Rakyat akan kebuluran macam orang di Somalia, serta semua penyokong Pakatan Rakyat tidak berpendidikan kerana semuanya dibolot oleh Barisan Nasional, apakah berlaku sedemikian rupa? Tidak sama sekali, malahan dengan tidak tahu malu pimpinan Pakatan Rakyat dan penyokong mereka menghantar anak mereka ke sekolah yang disubsidikan oleh kerajaan sedangkan sebelum ini mereka kata duit kerajaan adalah duit haram, jadi buat apa hantar anak mereka ke sekolah yang disubsidikan oleh duit yang dituduh haram itu? Kemudian barangan subsidi, apahal sapu juga pada harga subsidi, kononnya duit kerajaan haram? Kemudian apahal menggunakan jalan raya, kemudahan lain yang disubsidikan kononnya dari harta yang haram, apahal guna? Buatlah jalan raya, klinik, hospital, sekolah, bekalan air dan elektrik sendiri, bukankah itu semua dari sumber haram, buat apa guna? Pakatan Rakyat ini suka menuduh orang sesuka hati sebab dia fikir guna nafsu serakah, kononnya wang kerajaan wang haram, tapi subsidi dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dia ambil dan guna juga. Inilah, orang tak tahu bersyukur, dia mana peduli itu semua. Kononnya itu semua tanggungjawab kerajaan kepada rakyat, tapi fikirkah mereka akan tanggungjawab rakyat terhadap kerajaan? Pakatan Rakyat cakap saja lebih, tapi tindakan pandir, menyusahkan orang.

Anonymous said...

Saya bukan ahli UMNO atau mana-mana komponen parti dalam Barisan Nasional, tapi kalau masa mengundi saya akan mengundi Barisan Nasional, kerana telah terbukti Barisan Nasional lebih baik dari Pakatan Rakyat. Kalau kita lihat tutur kata dan tidakan pimpinan Barisan Nasional, nampak profesional, tapi kalau tutur kata dan tindakan pimpinan Pakatan Rakyat, mereka memang jenis emosional, sikit-sikit demontrasi liar dan suruhanjaya diraja itu dan ini, tapi bila kena pada diri sendiri asyik nak gagalkan kes macam Anwar Ibrahim yang sudah tiga tahun kesnya tertangguh kerana sibuk nak gagalkan kes. Pakatan Rakyat memang teruk, cakap saja lebih, tapi memang jenis perosak.

Unknown said...

SALAM ANON 3.58PM ...CADANGAN SAUDARA SEDANG DIPERTIMBANGKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

Acilut said...

Inilah dia umpan-umpan KAFIR.
Dengan hanya sedikit umpan, PAS (yang sangat kuat Agamanya(konon)) pun dan dah terkelincaq.

Apa nak jadi dengan PAS lePAS ni.

TALQIN untuk PAS.

PAS sudah tinggalkan Islam.

Digantikan dengan kebajikan...

Kalau kebajikan ... Tok Sami Siam pun buat kebajikan ... lebih iklas dari PAS.

Mengapa PAS dah phobia dengan ISlam?

Syabas Dato Seri Hassan Ali. Dato di jalan yang benar. Jalan Islam dan juga jalan perlembagaan negara.


Berjuang kerana Allah, bukan kerana PARTI!!!

Syabas 100x kepada Dato!!!!

Anonymous said...

Terima kasih pengendali blog Gelombang Wangsa Maju. Saya bukanlah penyokong kerajaan yang membuta tuli, benda baik kita sokong dan pertahankan kerajan dari diserang secara keji oleh Pakatan Rakyat. Tapi kalau benda tak elok saya pun tak sokong, contohnya isu PPSMI, saya hingga kini tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan berkenana PPSMI yang dimansuhkan kerana ia merugikan pelajar luar bandar. Ini kerana pengalaman saya sebagai pelajar ITM, sebagai anak kampung yang tak reti bahasa Inggeris, tiba-tiba pembelajaran di ITM menggunakan bahasa Inggeris kecuali pelajaran Agama Islam dan Ko-Kurikulum, tetapi alhamdulillah atas dasar ITM, saya telah berjaya menguasai bahasa Inggeris walaupun bukanlah fasih sangat, tapi jauh lebih baik dari sebelum ini. Konsep PPSMI sama seperti pengajaran di ITM di mana walaupun dalam bahasa Inggeris, tetapi pensyarahnya ada juga menggunakan bahasa Melayu pada awalnya dan kemudian bila sudah mahir bahasa Inggeris, maka pembelajaran pun dalam bahasa Inggeris. Bukan mahu mendewakan bahasa Inggeris, tetapi penguasaan bahasa asing adalah perlu untuk bersaing selepas tamat belajar, itu satu bonus dalam alam pekerjaan atau bekerja sendiri. Berkenaan PPSMI memang saya tidak bersetuju dengan kerajaan, tapi hal-hal lain saya memang bersetuju dengan kerajaan yang bertindak rasional ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak terputus, tepung tak berselerak. Bukan macam Pakatan Rakyat, menarik rambut dalam tepung sambil melompat-lompat dan berguling-guling akhirnya rambut terputus atau mungkin hilang terus, dan tepung berterabur di sana sini mengotori rumah. Lihat sikap Pakatan Rakyat melalui demontrasi liar, ceramah maki hamun, hasut menghasut, menuduh membuta tuli dan sebagainya, apakah itu memberi faedah kepada masyarakat? Patutnya sebagai pemimpin, malahan yang tok guru serban sebesar bakul, tunjukkan teladan yang baik, ini tidak serban sebesar bakul, tapi cakap maki hamun dan berdemontrasi liar, teladan jenis apakah yang diajarkan pada golongan muda kalau sebegini. Ada seorang ustaz semasa saya belajar dahulu pernah memberi nasihat, kalau kita tidak mampu menyenangkan orang, paling kurang janganlah menyusahkan orang. Malahan ada seorang pegawai polis berketurunan Cina pernah menasihatkan (bukan buat salah dan kena tangkap, tapi hadir dengar penerangan pegawai berkenaan), kalau kita tidak suka orang buat benda yang kita tidak suka, maka kita pun janganlah buat benda yang orang lain tidak suka juga. Ini adalah nasihat yang berguna. Pimpinan Pakatan Rakyat perlu tahu nasihat sebegini, barulah mereka tidak melakukan kekacauan sebagaimana perhimpuan HINDRAF, BERSIH 1, BERSIH 2, ceramah maki hamun, hasut menghasut, caci mencaci, menuduh orang sesuka hati, mempolitikkan agama untuk kepentingan peribadi dan lain-lain perkara yang tidak baik. Apa pun kepada pengendali blog Gelombang Wangsa Maju, teruskan usaha anda kerana kita sebagai warga Malaysia perlu mempertahankan keamanan, kemakmuran, kesejahteraan, keharmonian dan apa-apa yang baik di negara ini dari dicemari oleh tindakan pihak yang urat dalam otaknya putus seperti Pakatan Rakyat yang suka demontrasi liar. Ini kerana jangan haraplah orang dari Mauritania (sebuah negara di Afrika Barat Laut) akan menjaga keamanan, kemakmuran, kesejahteraan, keharmonian dan apa-apa yang baik di negara ini kerana dia pun akan jaga negara dia dahulu. Pimpinan Pakatan Rakyat perlu sedar semua ini. Jangan sibuk nak jadi perosak kerana kemaruk nak menang pilihanraya, kelak jadi macam Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai, sudahlah itu, baju kertas dipakai pun koyak rabak hingga mendapat malu besar di khalayak ramai.

Anonymous said...

Saudara/i Acilut, dalam PAS bila berceramah maki hamun, kemudian disahut dengan laungan 'takbir' ramai-ramai oleh penyokong tegar PAS. Tapi saya musykil juga, bolehkah ceramah maki hamun, kemudian bertakbir tak tentu pasal. Sudah jelas, PAS sudah ada masalah dengan pemikirannya, letakkan sesuatu bukan tempat yang sebetulnya. Patutnya penyokong tegar PAS menegur penceramah mereka yang ceramah maki hamun itu supaya sedar akan dosa pahala dan takutkan azab Allah, bukannya bertakbir tak tentu arah macam orang 'naik shiekh' bila penceramah berkenaan memaki hamun kerajaan dan mencaci pimpinan negara tanpa rasa malu. Sokong saudara/i Acilut, PAS sudah menjadi Parti Anjing Suruhan (PAS) kerana sibuk menyalak di sana sini memecah belah undi masyarakat bumiputera supaya Tuan Besar DAP dalam Pakatan Rakyat boleh berketawa terbahak-bahawa melihat PAS ,terjelir-jelir lidah' ke sana ke mari berlari sambil menyalak untuk memecah belah masyarakat bumiputera dan mencaci pihak polis sesuka hati mereka sedangkan bila mereka dikasari oleh penjenayah, mereka minta tolong polis juga, apahal tak pergi minta tolong pada Mat Sabu, Nik Aziz, Karpal Sing, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim? Itulah jenis orang tak tahu berterima kasih memang macam itu, buat sesuka hati dan tak tahu mengenang budi orang.

Anonymous said...

Sedang menunggu 'fatwa' politik dari tok guru PAS dan para lebai dalam PKR untuk membela perbuatan buka puasa dalam gereja ini. Mungkin lepas ini kalau sembahyang tarawih dalam tokong atau kuil pula, apa gamaknya 'fatwa' politik dari tok guru PAS dan para lebai dalam PKR nak beri untuk bela tindakan mereka, lebih-lebih lagi kalau DAPig menjadi dalangnya, makin kuat dibela oleh para tok guru PAS dan lebai dalam PKR nanti sebabnya dalam Pakatan Rakyat, DAP adalah Tuan Besar, PAS pula adalah 'anjing suruhan' manakala PKR pula adalah 'pecacai' yang perlu taat pada perintah Tuan Besar DAP.

Anonymous said...

Memang buka puasa di gereja, kuil, tokong dan sebagainya tak salah, malah buka puasa di kelab malam pun tak salah kalau tak minum arak dan tak buat maksiat. Tapi mengapakah penganjur buat buka puasa di gereja pada jam 10:00 malam, penganjurnya itu siapa pula? Apakah alim ulama dalam PAS atau lebai PKR? Mengapa pula ada pengunjung Islam dalam gereja nak larikan diri semasa JAIS dan polis masuk ke premis berkenaan, kalau sekadar makan minum, siapa nak tangkap? Ini mendatangkan kecurigaan, tapi Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man, rileks saja hentam secara halus JAIS dan polis melalui Harakahdaily.net hari ini. Malahan Khalid Samad pula membela majlis berkenaan dan secara halus mengecam Dr. Hassan Ali dan JAIS serta polis melalui Malaysian Insider. Apa yang dibuat oleh JAIS dan polis adalah mahu melindungi Islam, bukannya suka-suka hati nak tangkap orang, malahan berdasarkan maklumat dari sumber-sumber tertentu, tak ada kena tangkap pun, cuma ambil keterangan, tak ada kena kurung dalam lokap, malah kalau kena kurung dalam lokap pun, diberi makan minum, tapi Theresa Kok pernah kata makanan dalam lokap macam makanan anjing, hebat sungguh anjing Theresa Kok sebab makan nasi berlauk ikan, ayam dan sayuaran. Inilah sikap Pakatan Rakyat, bukannya tahu berterima kasih, nak mengeji pihak berkuasa saja, biasalah, Pakatan Rakyat, macam inilah, buat sesuka hati dia saja, kononnya hak asasi manusia, pergi jalanlah.

Anonymous said...

Sesetengah cerdik pandai ugama terlalu riak hingga akhirnya memberi fatwa yang bukan2. Memang betul, mengapa majlis berbuka puasa jam 10.00 mlm? Kebenaran akan terserlah, Allah bersama orang-orang yang benar, sokong Hassan Ali dan JAIS.

Dot said...

hadoyyai!
berbuka posa di gereja pukui 10:00 malam?

ada nas ka boleh buat lagu tu?

hmm...
manala tak keliru umat melayu Islam hari ni bila pas sendiri sanggup sokong benda2 pelik yg depa sendiri tak pernah buat dulu, tup2 ari ni buleh blaka atas niat apa? nak undi puak2 gereja ka? sahih buleh dapat pasai dok bersekongkoi dgn depa memunahkan agama Islam!!!