GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/21/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

HOT NEWS ... Anwar Ibrahim Memanggil WAN AZIZAH Sebagai SAKSI ALIBI Saat Terakhir Esok !

| Sunday, August 21, 2011
Mahu atau tidak, Anwar Ibrahim perlu membela dirinya esok, 22 Ogos 2011. Temubual 6 lagi saksi dilihat tidak relevan langsung pada pembelaan pagi Isnin kelak.

Paling jelas, Anwar Ibrahim hanya mempunyai 3 pilihan esok untuk membela dirinya dalam menghadapi pertuduhan liwat:

1) Memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi (Mempunyai kredibiliti, disoal balas Timbalan Pendakwaraya)

2) Memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah (tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak akan disoal balas Timbalan Pendakwaraya)

3) Berdiam diri ( terus jatuh hukuman)


GWM mungkin bersetuju dengan pandangan Papa Gomo bahawasanya Anwar Ibrahim akan memilih jalan tengah ; membela diri tampa perlu ANGKAT SUMPAH. (tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak akan disoal balas Timbalan Pendakwaraya).

Mustahil Anwar Ibrahim mahu berSUMPAH dalam membela diri di kandang mahkamah esok. BerSUMPAH bererti Anwar Ibrahim menanti MAUT untuk disoal oleh Timbalan Pendakwaraya.



Walau apapun pilihan Anwar Ibrahim, GWM cukup yakin pasti Anwar Ibrahim akan menjerut lehernya sewaktu membela diri esok. Mungkin bukan esok, mungkin juga lusa.

Rasanya umur politik Anwar Ibrahim bakal berkubur tidak lama lagi ...



HOT NEWS ... Penyokong PAS KAPAR Menyumpah HADI AWANG & NIK AZIZ ?!

|
Bercampur baur perasaan GWM apabila membaca artikel blog penyokong PAS yang menghentam dan membelasah partinya. Sedih pun tidak, marah pun tidak sebenarnya ... tak tahulah!

Kalau kita memandu kereta dengan kelajuan tinggi, mungkin kita akan menekan brek dan menukar gear rendah supaya tidak berlanggar dengan kereta di hadapan yang memandu dengan perlahan.

Namun, blog pembangkang ini terus tarik handbrake, langsung tidak menekan pedal brek, menghentam partinya yang berada dihadapan sampai terbabas ke dalam gaung!


Blog pembangkang ini benar-benar marah dengan sikap dan tingkahlaku kepimpinan parti yang cukup sibuk memfitnah UMNO dalam bulan Ramadhan, walhal kebajikan penyokong diabaikan langsung.




Sebelum melangkau lebih jauh, GWM selidiki benarkah Perdana Menteri berbuka puasa bersama rakyat Kapar pada 18 Ogos 2011 seperti yang dilaporkan dalam blog pembangkang ini?



Emmm ... betullah tu!


Mengapa penyokong PAS Kapar begitu terkilan dan sakit hati dengan kepimpinan dan parti PAS? Apa yang dilakukan oleh pemimpin parti tersebut sehingga penyokong PAS malu alah dengan UMNO?




Ooooo ... panas dan pedas kritikan penyokong parti terhadap parti PAS. Dalam bulan puasa masih sempat pemimpin PAS menabur fitnah terhadap UMNO dan membohongi rakyat dalam isu murtad.


Apapun, GWM ucapkan tahniah kepada UMNO Bahagian Kapar, Dato’ Rahman Palil, Tuan Haji Roslee Abd Hamid dan Ungku Salleh Ungku Jamal kerana bantuan yang diberikan kepada penduduk setempat ... tanpa mengira parti dan parti apa yang disokong!



Alhamdulillah ... UMNO masih lagi prihatin dan bertanggungjawab dengan keperluan masyarakat terutamanya umat Islam, tatkala Syawal menjelma.


Buat empunya blog penyokongpas, banyak-banyakkanlah keluarkan artikel kebenaran pemimpin dan parti lu suka tohmah dan fitnah UMNO. Celik mata fitnah UMNO, nak tutup mata pun masih memfitnah UMNO!

Seeloknya, penyokong parti PAS kenalah bertanya Tuan Guru Nik 'Bengong" Aziz apa hukumnya memfitnah tanpa usul periksa terhadap UMNO. Mungkin jawapannya wajib kerna itulah pokok utama perjuangan PAS ... fitnah dulu, periksa kemudian!

Lagipun ... penyokong parti tersebut sudah dijanjikan dengan SORGA jika memangkah dan mengundi parti PASRAEL For All ini! ... Apa nak heran!



BREAKING NEWS ... Penyokong PAS AMUK ! BAKAR Bendera Parti, BAKAR Bendera PKR !

|


Pengakuan benar dari penyokong PAS yang cukup sakit hati dengan kepimpinan akibat terlalu kerap memfitnah UMNO, lebih-lebih lagi berlaku didalam bulan Ramadhan Al Mubarak.

Pendedahan jam 11.00 pagi ini ... mungkin Hadi Awang dan Nik Aziz juga perlu menyelak jubah mereka apa yang berbau hangit didalamnya!



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU