
Anwar Ibrahim sedang menghitung hari bila karier politiknya akan ditalqinkan oleh rakyat.
Sebelum menghembus nafas terakhir politik, adalah lebih afdal jika Perdana Menteri dan isteri turut diheret ke kancah kes liwat yang sedang dihadapi.

Maka tidak hairanlah mengapa portal media dan blog berkiblatkan pembangkang mula mainkan isu subpoena DS Najib dan DS Rosmah.

Tiga individu lain turut diheret untuk dikenakan subpoena adalah Musa Hassan, Rodwan dan Hasanuddin. Lima saksi bakal dijadikan mainan portal dan media pembangkang kononnya terlibat dalam konspirasi menjatuhkan karier politik beliau.
Namun persoalan cukup menarik boleh ditimbulkan ...
1) Dimanakah relevan dan kaitan secara langsung dengan kes liwatnya melainkan jika ianya bertujuan untuk melengahkan dan menangguhkan kes yang dihadapi.
2) Tujuan subpoena hanyalah untuk mempengaruhi dan menguatkan lagi tekanan ke atas hakim kerana jika tuntutan tidak dilayan, maka badan kehakiman akan dikatakan sebagai berat sebelah, tidak menyebelahi Anwar Ibrahim.
Dalam isu ini, GWM amat bersetuju dengan gesaan sahabat blogger The Unspinners ... rakyat perlu difahamkan dengan mainan politik Anwar Ibrahim untuk menangguhkan lagi kes liwatnya.
Bukti telah nyata ... DNA Anwar Ibrahim melalui air mani beliau ada didalam dubur Saiful! Tidak timbul isu soal memanggil kelima-lima sebagai saksi kes.
Anwar Ibrahim cukup tahu alibinya Wan Azizah telah mengeluarkan kenyataan yang cukup bercanggah dengan bukti rakaman cctv sememangnya Anwar Ibrahim berada di tempat kejadian liwat.
Dan GWM cukup bersetuju dengan gesaan blogger The Unspinners ... kenyataan dari mendiang hakim Dato' Paul Augustine ... NOT RELEVANT bagi menolak karenah Anwar Ibrahim.

Tidak ada kaitan secara langsung mahupun tidak langsung mahu mengheret Perdana Menteri dan isteri ke kancah liwat Anwar Ibrahim.
GWM cuma mahu mengambil salah satu komen dari videoclip youtube keluaran Malaysiakini.

Anwar Ibrahim ... sendiri korek, sendiri tanggung! Karier politik anda semakin hampir untuk ditalqinkan.









