GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/20/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

RAKYAT SARAWAK ! ... ANDA MAHU TERIMA PEMIMPIN YANG MENGHINA KAUM DI SARAWAK !

| Sunday, March 20, 2011

GWM cukup yakin rakyat di Sarawak dan masyarakat Iban khususnya, belum tentu boleh melupakan betapa celuparnya mulut Presiden PAS Hadi Awang menghina martabat kaum itu.



Hanya kerana kekalahan calon Pakatan Rakyat (PKR) Jawah Gerang di PRK Batang Ai pada tahun 2009, Hadi Awang begitu biadap dan tanpa befikiran waras merendahkan martabat kaum Iban.




Dan sehingga ke hari dan saat ini, Presiden PAS masih lagi belum meminta maaf secara terbuka kepada masyarakat Iban. Barisan Nasional tidak pernah sekalipun merendahkan kedudukan mahupun menghina rakyat Sarawak.

Begitupun, parti PAS di bawah Pakatan Rakyat akan turut bertanding di enam (6) kerusi bagi pilihanraya Sarawak.



Apakah justifikasi parti PAS bertanding di Sarawak sedangkan tidak ada sebarang perubahan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat mahupun parti PAS ... hanya sekadar bertanding untuk memenuhi syarat dan perjanjian di antara parti yang bergabung.

Tidak keterlaluan GWM mengandaikan, jika sekiranya ditakdirkan Pakatan Rakyat tewas teruk pada pilihanraya kali ini ... apakah tidak mungkin adanya pemimpin lain dari Pakatan Rakyat yang akan berterusan menghina rakyat Sarawak.



Pemimpin Pakatan Rakyat memang bijak bermuka muka (two faces) dengan rakyat Sarawak. Dan dibawah ini adalah contoh seorang lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak mustahil akan menghina rakyat Sarawak ... jika Pakatan Rakyat tewas lagi!








EKSKLUSIF DAN PANAS ! ... BLOGGER PAPA GOMO BELASAH GAP DAN HOUSE PK ! ...PERANG MELETUS !

|

Seperti yang GWM janjikan, tepat jam 1.00 petang, 20 Mac 2011 ... pendedahan eksklusif pergaduhan besar di antara blogger PAPA GOMO, GAP dan HOUSE PK!

Memang tidak diketahui dimana salah dan silapnya. Pertemuan tiga (3) blogger ternama ini pada awalnya hanya untuk membincangkan strategi untuk mematahkan serangan dan menyerang pembangkang berdasarkan 'blue print keypoint' untuk pilihanraya Sarawak.



Tidak sampai setengah jam, perbincangan menjadi cukup hangat apabila masing masing mempersoalkan siapa yang sepatutnya menjadi nakhoda (blogger leader) untuk mengatur 'art of war' sebelum berperang.

Memang menjadi kebiasaan GWM untuk menemani PAPA GOMO apabila berjumpa dengan GAP dan HOUSE PK. Agak pelik ... PAPA GOMO jarang naik angin jika membabitkan perjumpaan dan perbincangan sesama sahabat blogger.


Berkemungkinan asakan dari HOUSE PK membuatkan amarah PAPA GOMO naik darah. Tidak terhenti disitu, HOUSE PK turut mengasak GAP bertubi tubi dengan soalan yang agak panas.

Masing masing saling tuduh menuduh dan bertempik antara satu sama lain ... Meja sudah diterbalikkan ... kerusi sudah ditendang entah ke mana ... pergaduhan mula tercetus! Dan GWM sempat mengambil gambar pergaduhan besar di antara PAPA GOMO, GAP dan HOUSE PK!

Ini adalah di antara gambar gambar yang sempat GWM ambil ...












Dengan kemenangan ini, blogger GAP masih lagi menggungguli carta TOP RANKING BLOGGER 100 PRO BN ... Dan dibawah adalah lampiran senarai carta bagi 20 Mac 2011.




Amacam ... Gempak! GWM mahu bersantai seketika sebelum serius dengan isu isu pilihanraya Sarawak.

GWM sempat juga menjengah blog blog pembangkang ... manalah tahu ada yang nak main 'isu bohong GWM' ni. Kalau ada ... emmm ... memang juak juak pembangkang jahanam!

NOTA :

Carta TOP RANKING 100 PRO BN ini adalah inisiatif blogger blogger pro kerajaan yang tidak lagi mahu bergantung kepada blog TOP RANKING.

Dipercayai blog TOP RANKING sebenarnya dikendalikan oleh blogger pro pembangkang berdasarkan sumber maklumat yang diperolehi.

Blogger TOP RANKING dipercayai menjadi tulang belakang bagi blog yang banyak mencemarkan nama Perdana Menteri DS Najib dan DS Rosmah.



GAP a.k.a The Rock! House PK a.k.a. Stone Cold Steve Austin! Cayalah Bro! ... Errr Papa Gomo, sorrylah lu hodoh skit ... The Undertaker!


HANGAT DAN PANAS ! ... 3 BLOGGER PRO BN BERENTAP DAN BERSAING ! ... CUKUP TERUK !

|

GWM minta maaf kepada para sahabat blogger kerana terpaksa menyiarkan artikel ini. GWM sudah tidak mampu lagi untuk mendiamkan diri ... ramai blogger yang resah dengan kejadian yang tidak diingi namun ia tetap berlaku! Pertengkaran kecil bertukar menjadi medan berperang ... sukar untuk mengetahui di mana salah dan silapnya.

GWM akan mendedahkan segala adegan berentap dan bersaing tiga (3) blogger pro BN paling berpengaruh jam 1.00 petang ini, secara terperinci...

Minta maaf ... para sahabat! GWM minta maaf ...

PAS BERBOHONG LAGI ! ... KES KHALWAT PEGAWAI KHAS ADUN BUKIT PAYUNG ! ... BUKTI VIDEO !

|

Masalah dengan parti PAS adalah juak juak ini cukup gemar berbohong dan menafikan kesalahan yang dilakukan. Kes tangkapan khalwat Md Din bin Jusoh bersama dengan warga Indonesia dinafikan sekeras kerasnya oleh ADUN Bukit Payung.

GWM pernah menyiarkan artikel ini pada 13 Mac 2011 berdasarkan laporan dari Sinar Harian. Sememangnya terbukti Md Din bin Jusoh terbabit dan telah mengaku bersalah semasa perbicaraan.



Sikap parti PAS yang selalu menafikan kesalahan sememangnya diduga untuk menutup lubang kelemahan namun penafian PAS terbongkar dengan pengakuan anak saudara ADUN Bukit Payung dan penduduk beserta video klip dibawah ini.










 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU