GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/15/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

RPK SEMAKIN PERCAYA TUN DR MAHATHIR ! ... 'DNA' ANWAR IBRAHIM SEMAKIN TERDESAK !

| Tuesday, March 15, 2011

Semakin kerap Raja Petra Kamaruddin (RPK) lantang mengkritik 'Anugerah Tuhan' yang pada suatu masa dahulu cukup akrab dengan Ketua Umum pembangkang.


Malah, suara RPK kini lebih menjurus kepada perkembangan positif pandangan beliau terhadap Tun Dr Mahathir, juga suatu masa dahulu beliau gelar 'MahaZalim' dan 'MahaFiraun'.


GWM paparkan keratan artikel RPK yang menzahirkan pandangan sinis dan sindiran beliau terhadap Anwar Ibrahim.



'Third on my list are bigots, racists, religious freaks intolerant of those not of their religious beliefs, Malaysians who judge other people according to their warped standards, hypocrites who condemn others but are devils disguised as angels, the holier than thou who think they know best the road to heaven and hell, and all those people you would never invite to your party'.


'Fourth would be the cakap banyak (talk too much) people who have so much bad things to say about the government but do not do their duty in changing the government'




'Sometimes the legal team embarked on a political campaign rather than a legal campaign. And sometimes the political team appeared to be launching a legal campaign rather than a political campaign.'


'The DNA issue is another matter that is confusing most people who are now asking what is Anwar trying to hide. They are asking: why not do a DNA match and prove once and for all that he is innocent? Maybe there is a legal strategy here that we are not being told about. But it certainly leaves a lot of questions unanswered'


'Let me say it again: Anwar is losing the perception war. Many who used to curse Tun Dr Mahathir Mohamad in Sodomy 1 and swear that Anwar was being framed are not cursing Najib Tun Razak in Sodomy 2 and feel that maybe the allegation could be true'


KURANG AJAR ! ... VIRUS & DNA 'IBLIS' HARAKAHDAILY SEMAKIN MEREBAK KEPADA BLOGGER PAS !

|

Tidak cukup dengan media sensasi parti PAS Harakahdaily memfitnah Ummi Hafilda dengan teknik 'superimposed' lucah, tiba giliran blogger blogger PAS mengamalkan ajaran dari bentuk teori kepada amali.





Blogger 'kurang kasih sayang' pencacai PAS ini semakin bijak melakukan teknik superimposed ... dan Tun Dr Mahathir tidak terkecuali dengan fitnah gambar lucah!



GWM bersimpati dengan blogger blogger PAS yang semakin hanyut dengan didikan dan ajaran Islam tajaan parti PAS.

sumber / pautan : budakkampungonline.blogspot.com



TEPUKAN GEMURUH ! ... 3 TAHUN PAKATAN HARAM DI SELANGOR ! ... 21 GERAI DI ROBOH LAGI !

|

Gegak gempita satu Selangor ... dengan Sambutan Ulang Tahun ke 3 Kerajaan Pakatan Rakyat, sehingga lapan (8) muka surat Sinar Harian dibeli untuk dijadikan 'Advertorial' fakta dan auta kejayaan pakatan haram ini.

Cukup meriah akhbar Sinar Harian bertarikh 15 Mac 2011 ... penuh warna warni kegemilangan kemuncak pemerintahan Khalid Gagap.



Maka berpusu pusu wakil rakyat juak juak ini memuji melangit kepimpinan Khalid Gagap dan Punaisihat Ekonomi terkemuka dunia, Anwar Ibrahim.



Tidak ketinggalan ADUN Teratai, Jenice Lee yang berbangga dan berharap pemimpin pakatan haram akan merealisasikan impian masyarakat dan negara secepat mungkin.



Mungkin benar kata ADUN Teratai ini ... Jenice Lee telah berjaya merealisasikan impian masyarakat di Pandan Perdana, seumpama Malaysian Idol ... Hebat!

Beliau berjaya merealisasikan impian dua puluh satu (21) penjaja dengan merobohkan gerai gerai penjaja ini sejak enam (6) bulan yang lalu ... Makin Hebat!

Akibat dari kejayaan tersebut, 21 penjaja dengan rasa terharu dan berbangga membuat laporan polis terhadap beliau dan MPAJ akibat tindakan kejam dan menutup periuk nasi mereka.



Kelihatan wajah wajah keriangan 21 penjaja keluar dari Balai Polis Pandan Perdana umpama berpuashati dengan kejayaan Kerajaan Pakatan Haram meranapkan lagi sumber pendapatan yang sudah hilang sepenuhnya.

Syabas Kerajaan Pakatan Haram! ... Syabas Khalid Gagap! ... Syabas Anwar Ibrahim dan Syabas Jenice Lee!

Anda semua adalah Adiwira rakyat Selangor yang telah berjaya merealisasikan impian untuk menjahanamkan lagi ekonomi dan sumber pendapatan rakyat!

Semoga rakyat Selangor berterusan menyokong Pakatan Haram ini ... agar lebih banyak lagi tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan dilakukan secara besar besaran.



GEMPAR & TERKINI ... BLOGGER PEMBANGKANG LANCAR KEMPEN DNA ! .. DON'T NEED ANWAR !

|

Malam tadi Wangsa Maju Blogger Team buat kali kedua mengadakan persidangan meja bulat, selepas PRK Kerdau dan PRK Merlimau. Semua rakan blogger hadir ... PapaDiva PapaGomo, Gelombang Rakyat, Badut Rakyat, Malay Delima, Suara Lensa, KL Boyz Channel dan GWM.

Pada awalnya mahu melakukan 'post mortem' selepas dua pilihanraya, namun gagal kerana lebih tertarik dengan 'post mortem teh tarik, nescafe tarik dan roti canai'.

Kebetulan ... Papa Gomo menerima berita dari rakan blogger PAS (yang tetap dan masih ada hubungan baik, walaupun bermusuh di lapangan siber), blogger pembangkang sudah memulakan gerakan bawah tanah Kempen DNA - Don't Need Anwar!



Rata rata blogger PAS cukup kecewa kerana Anwar Ibrahim menikus dengan terbitnya buku A Doctor In The House, Tun Dr Mahathir (TDM).

Anwar Ibrahim seolah olah hilang punca dan gawat! Seperti tidak menafikan mahupun menidakkan apa yang digarap oleh TDM dalam buku beliau.

Apa yang lebih mengecewakan blogger pembangkang, punca kekalahan teruk PAS di PRK Kerdau dan PRK Merlimau sememangnya terletak di atas batu jemala Anwar Ibrahim.

Sudah menampakkan tanda, Anwar Ibrahim bakal dipangkah oleh blogger PAS. Tidak mustahil Pilihanraya Sarawak bakal menjadi medan berkuburnya parti PKR di Sarawak.

Semakin besar tanda protes dalam kem pembangkang sejak kebelakangan ini ...

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU