GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/10/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

BLOGGER GELOMBANG RAKYAT DIBAYAR RM200 RIBU??

| Thursday, March 10, 2011
Malam tadi Melayu CinDia telah membicarakan di blog Gelombang Rakyat mengenai suara sahabat2 blogger Pro Kerajaan mengenai masalah dalaman Unit Media Baru (UMB) yang kian resah dan gelisah akan kebangkitan blogger2 Pro Kerajaan.

Ianya bertambah panas apabila seorang yang menggelarkan diri sebagai blogger telah membuat artikel melambung2 UMB dan menghina Blogger2 Pro Kerajaan di akhbar Sinar Harian, Masalah berbangkit termasuklah soal PAS Media, fasiliti dan banyak lagi ditimbulkan.

Terkejut Melayu CinDia. Ada 34 komen dipamerkan untuk artikel tersebut di Blog Gelombang Rakyat. Pelbagai pandangan, kupasan ,kritikan dan yang lebih dahsyat tuduhan liar kedua2 pihak. Tuduhan apa? WANG aka DUIT.

Isu2 lain tiada. Nak tahu juga mengenai hal berkenaan PAS Media. Malangnya, tiada pula di komen2 tersebut. Yang lebih dahsyat, bercerita tentang UMB, timbul pula nama WangsaMAJU Blogger's Team melalui komen2 tersebut. Melayu CinDia lah yang kena.

Keluar isu Melayu CinDia, blogger Gelombang Rakyat dibayar dengan sejumlah wang setiap bulan. Berapa jumlahnya? Ingatkan RM 12 Ribu ke, RM 200 Ribu ke. Rupa2 nya RM 2000 sahaja. Hmm... Alangkah bahagianya jika ianya benar2 berlaku. Kerjaya blogger seperti Melayu CinDia dan blogger2 yang lain dijadikan sebagai kerjaya tetap dan dibayar dengan gaji tetap setiap bulan.

Tidak perlulah terkapai2 Melayu CinDia yang merupakan antara graduan baru yang masih menganggur terkapai2 mencari pekerjaan di luar sana yang semakin sengit. Namun, apakan daya. Semua itu hanyalah sebuah kisah dongeng ciptaan Manusia semata2.

Siapalah yang hendak memberi wang sejumlah RM2000 sebulan kepada Blogger Nyamuk ini? Kadang2 sakit hati juga dengan tuduhan2 sebegitu. Dikatanya kita dibayar setiap bulan, tapi sebenarnya tak. Tak mengapalah. Itu 1 doa juga sebenarnya. Sememangnya 1 impian hampir kesemua bloggers untuk menjadikan hasil kerja kita ini sebagai kerjaya tetap. Walaupun ianya sukar menjadi realiti. Melayu CinDia berharap sangat agar doa dari mereka yang fitnah itu akan termakbul.

Dalam komen2 tersebut, tertera nama Datuk Shafei Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju. Beliau dikatakan individu yang membayar gaji bulanan RM2000 kepada Melayu CinDia. Kalau beliau berkesempatan membaca komen2 ini, mesti tergelak besar. Sebab teringat Melayu CinDia 1 ketika dahulu pernah ada orang tanya beliau, "Datuk, blogger2 Wangsa Maju ni Dato' bagi elaun bulan2 ke? Paling tak tahan dengar jawapan beliau di hadapan Melayu CinDia n the gang, "Elaun? Aku bagi air liur ada la. Hahahahahaha."

Tapi sekurang2 nya Melayu CinDia dan WangsaMAJU Blogger's Team dapatlah juga fasiliti ikhlas dari pihak UMNO Bahagian Wangsa Maju. Kemudahan seorang blogger. Laptop dan broadband. Jika ada Pilihan Raya Kecil, nama kami disenaraikan sekali dalam jentera2 parti yang ditugaskan mewakili BN Wangsa Maju. Inilah jiwa UMNO sebenarnya. Sentiasa menghargai pengorbanan kesemua individu yang turut berjuang mempertahankan parti. Tanpa mengira jawatan mahupun kedudukan. TERIMA KASIH UMNO WANGSA MAJU.

Lebih lucu apabila Wangsa Maju Blogger's Team dibandingkan pula dengan UMB, sebuah Unit yang lahir dari salah 1 sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Jauh gile jarak perbezaan tu. Lainlah kalau dibandingkan UMB dengan UMNO Online. Barulah kena brother. Tapi ok lah tu, boleh tumpang glamour.

Wangsa Maju Team Bloggers bukan Unit dari mana2 Pertubuhan. Tubuh macam itu sahaja. Ia ditubuhkan hasil inisiatif kesemua blogger Pro Kerajaan yang menginap di kawasan Wangsa Maju termasuklah Melayu CinDia sendiri. Tidak berdaftar pun, malah bukan di bawah naungan mana2 parti politik.

Cuma atas inisiatif menyokong BN, maka kita berjumpa dan meminta sokongan daripada UMNO Wangsa Maju. Kalau hendakkan wang semata2, buat apa jumpa UMNO. Baik bekerjasama dengan PKR Wangsa Maju yang sudah pasti disediakan peruntukan besar khas buat media maya di setiap Cabang.

Tapi tidak sama sekali. Nilai, Penghormatan dan Penghargaan mesti diutamakan. Tidak ada maknanya jik hanya kerana tamakkan wang semata2 akan tetapi tidak dihargai orang lain. Memang wang amat penting. Zaman sekarang siapa yang tak perlukan wang. Akan tetapi, jangan terlalu tamakkan wang sehingga wang memakan diri manusia.

Seronok juga dapat komen2 macam ini. Bergaduh. Serang Melayu CinDia lagi seperti hendak menjatuhkan orang Politik berkepentingan. Walhal Melayu CinDia ini rakyat biasa sahaja. Tak ada apa2 jawatan pun. Pemimpin Politik jauh sekali.

Melayu CinDia mengeluarkan artikel tersebut bukan hendak kerohkan keadaan. Ianya sebagai tanda penghormatan dan sokongan kepada OTAI2 Blogger yang dihina dan dicerca sebegitu rupa di dalam akhbar Sinar Harian, walhal perjuangan CyberWAR mereka tidak ternilai risikonya. Sudah pasti Melayu CinDia turut dukacita. Mereka ini sumber rujukan dan inspirasi Melayu CinDia dalam menghasilkan sebuah blog yang mantap.

UMNO tetap perjuangan Melayu CinDia. Bukan hanya ketika menyertai dunia blogger, malah sejak dahulu lagi. Biarlah apa sahaja mereka hendak perkatakan mengenai kita. Tidak perlu melatah. Tidak perlu bimbang. Tidak perlu beremosi. Kerana Melayu kita di pihak yang benar.

Sebenarnya ianya memberi semangat baru kepada Melayu CinDia dan Sahabat2 Blogger itu sendiri. Semangat untuk terus komited memperkasa penulisan dan isu yang akan membangkitkan semarak Gelombang Rakyat. Semua ini dilakukan demi memperkukuhkan Kerajaan pimpin Barisan Nasional. INSYAALLAH!!


Selain 'DNA' PELIWAT ... ANWAR Miliki 'DNA DIKTATOR' ! ... ACHTUNG !

|

Memang layak jika Wan Azizah mengangkat suaminya sebagai 'Anugerah Tuhan' kerana DNA Anwar Ibrahim cukup mahal harganya.

Manusia yang bernama Tun Dr Mahathir sekalipun hanya memiliki satu genetik DNA, Anwar Ibrahim mempunyai dua DNA ... Hebat!

Maka tidak hairanlah Anwar Ibrahim sudah berkira untuk 'nyahkan' mana mana pemimpin PKR yang tidak 'sebulu' dengannya.


Model 'NEW POLITICS' yang digunakan beliau adalah kejatuhan kerajaan diktator Mesir dan Tunisia perlu diasimilisasikan kedalam perjuangan PKR untuk menjatuhkan kerajaan BN, yang kononnya zalim!

DNA Diktator yang bergejolak dalam tubuh Anwar Ibrahim turut mahu menyingkirkan kononnya pemimpin PKR yang bermasalah dan tidak menunjukkan prestasi baik akan digugurkan ... melainkan 'Jambu Keabadian Cinta' beliau, Azmin Ali.

Juak juak PKR akan dikerah segala keringat untuk memastikan perjuangan suci beliau sebagai 'Diktator Alaf Baru' untuk menawan Putrajaya menjadi kenyataan.



Diktator ini sudah mengenalpasti pemimpin yang terlibat dengan rasuah (rasuah?) dan bakal disingkirkan secepat mungkin. Saifuddin Nasution ditugaskan untuk mendedahkan identiti pemimpin pemimpin rasuah dalam PKR.

Sayang ... juak juak PKR sudah semakin buta hati dan mata. 'Anugerah Tuhan' mereka sebenarnya 'Bapa Rasuah' dan 'Peliwat Tegar' sewaktu dalam UMNO.

Alhamdulillah, Allah masih sayangkan UMNO dari dinodai titik titik hitam DNA Diktator ini.

Penetrasi!, Diramas!, Pancutan! ... Hebat DNA 'Anugerah Tuhan' parti PKR ini.


PANAS TERBONGKAR ! ... UMB HANTAR GURKHA UNTUK BELASAH BLOGGER WANGSA MAJU ?

|

Malam tadi, GWM dan Melayu Cindia (blog Gelombang Rakyat) sudah mengatur satu 'game plan' untuk memerangkap jika sekiranya ada 'gurkha gurkha' UMB yang dihantar untuk menyerang kedua dua blog ini.

Hasilnya ... boleh dikatakan agak lumayan! Lumayan bukan dari segi wang ringgit tetapi dari segi menjaga kedudukan boss mereka dalam UMB. Perangkap mengena!

Melayu Cindia terlebih dahulu menerbitkan artikel 'AKU CABAR KAU KHAIRY JAMALUDDIN!!' ... diikuti GWM dengan artikel 'PULAK DAH ... HOUSE PK AMUK DAN MENGAMUK!' setengah jam kemudian.





GWM paparkan dahulu komen 'panas hati' dalam blog Gelombang Rakyat ...



Ini pula komen 'panas hati' dalam blog Gelombang Wangsa Maju ...



Baik ... lihat dan teliti gaya dan lenggok komen 'panas hati' gurkha yang dihantar untuk 'mengurkhakan' GWM dan Gelombang Rakyat.

Hebat ... Gaya penulisan dan kritikan adalah hasil dari 'gurkha' yang sama. Selepas selesai dengan komen 'panas hati' di blog Gelombang Rakyat jam 4.15 pagi, 'gurkha' ini meneruskan lompatan untuk komen 'panas hati' di blog Gelombang Wangsa Maju jam 4.45 pagi.

Cuma satu sahaja teguran GWM, mengapa perlu panas hati jika tidak melakukan sebarang kesalahan. Alangkah baik jika sekiranya 'leader' UMB ini berjumpa dan bersemuka dengan blogger blogger OTAI ... Kurang 'gentleman'lah jika menghantar 'gurkha' untuk menyerang!

Melayu Cindia ... umpan sudah dijamu dan dimakan. Psssst ... PapaGomo! Your turn!

PULAH DAH ! ... HOUSE PK AMUK DAN MENGAMUK !

|

Wah! Ingatkan dah habis dalam twitter semalam insiden penipuan yang dilakukan oleh seorang Exco Pemuda uang juga pegawai khas kepada Menteri CKMM. Ala mamat ni walau pegawai khas tapi hidup mewah dan pakai driver punya la, mesti korang kenal punya siapa mamat ni.

Semalam mamat kuat sebat ni, udah mengerahkan balaci-balaci yang dibelanya untuk menyerang blogger Flying Kick dalam twitter. Apa yang aku terkejut dan pelik ialah, dia menyerang bloger yang takde twitter dalam twitter! Ish! Bijak kan exco ni yang juga menerajui UMB lesen untuk menaikkan diri?

Maka aku terpaksa la membela orang yang tak dapat pembelaan, ini bukan hal aku pun, cuma aku tak suka kepada golongan yang berlagak sombong dan selalu anggap diri mereka la yang terbaik dan mereka la yang teragung! Aku nak tegaskan disini, apa yang sedang berlaku ni bukan pasal duit! Aku benci nak cerita pasal duit, rasa macam bloggers pembangkang yang asyik bergaduh pasal duit je.



Ini pasal si bebal yang tak tahu apa dianya psywar tapi nak claim segala 'credit dan glory'. Toksah la macam tu, kita tahu la dia ni nak naik jadi pemimpin besar. Tapi bukan dengan cara ni beb. Kalau kau tak nak membantu pun janganlah halang orang lain untuk buat kerja!

Tu kat Melaka dan Pahang hari tu, nasib baik ada PMM dan Bloggers Pahangku yang banyak menyelamatkan keadaan. Si Ketua UMB ni datang nak bagi arahan dan sakau apa yang boleh je. Geli beb, aku ni bukan jenis hipokrit beb. Aku ceritakan apa yang aku dan kawan0kawan bloggers aku lihat.

Tapi satu yang pasti sebaik saja Ketua UMB ni diusik, bukan saja di twitter dia menggunakan bala tentera tapi dia siap panggil satu bloggers yang tak pernah aku dengar pun nama dia untuk menghentam semua bloggers independent macam kita ni. Tak cukup dengan menghentam kami dia puji melangit si Ketua UMB yang tak cukup tinggi tu ha.



Come on la brader, semua orang boleh nampak yang lu dibayar! Cuma aku agak terkejut sikit bilamana Sinar ambik cerita mamat yang tah siapa ni dan siarkan dalam SInar Online! Duit lagi, tak mahu cerita duit tapi setengah manusia sebab nak selamatkan bontot terpaksa upah sana sini untuk stay relevan beb.

Kepada Soberiii apa tah nama dia, hanga kalau tak tau cerita, jangan terus melompat, kan dah nampak macam beruk pencacai je sekarang ni! Hanga kalau ada masa hang baca la berapa ramai bloggers yang tinggi trafiknya berbulu dengan UMB ni! Klik sini sebagai contohnya

Yalah ada pihak yang kata jangan la kita bincang benda ini kat khalayak ramai, patutnya kita jumpa dan berbincang cara table talk, nak buat lagu mana si Ketua Unit ni tak berani nak berdepan dengan kami semua. Dia asyik dok cerita pasal bilik berkunci je. Sini jugak kita boleh nampak betapa bebalnya dia ni.

Isu yang kita cuba utarakan dia tak faham, dia asyik cerita pasal bilik berkunci je, pastu dia panggil balaci dia sekor lagi yang juga ketua kepada BPN untuk balun aku semua! Kih kih kih. 2 mamat perasan bagus ni bergabung tenaga intuk kenakan aku dan kawan-kawan lain. Mereka ni selalu jual slogan berjihad untuk parti!



Cerita pasal Berjihad untuk parti ni, kalau aku nak bukak kang ada yang tak berseluar nant, tapi takpalah. Cuma janganlah berlakon kata turun berjihad. Cakap la terus terang bila mereka turun ada bantuan, jangan jadi hipokrit beb. Asyik guna berjihad je pastu sebat kiri kanan ek? He he he

Pembangkang pun toksah hipokrit la, korang masyuk banyak pun aku tau! SO takyah nak jaja cerita ni, ingat kita bukan cerita pasal duit. Kita cakap pasal 2 ekor kaldai ni yang nak tunjuk terer dan menganggu jentera negeri yang nak buat kerja. Nak take lead tapi tak tau nak buat apa. Kasi bikin malu je la wei.



Pastu siap panggil balaci untuk defend dan tutup segala kesalahan mereka. Hipokrit siot! Aku yang diam selama ni terpaksa kena bersuara sebab dah melampau sangat dah ni. Jangan sampai satu hari nanti bloggers independent ambil langkah mendiamkan diri dan tak mahu backup BN lagi. Macamana nanti?

Dah panjang aku tulis ni. Cukuplah setakat ni dulu kot. BUBARKAN SAJALAH UMB NI! Habis cerita, ada pun kasi bikin susah je...siapa sokong angkat tangan macama saya (ala-ala Ucop gitu) Kite bakor..kite bakor je...

Pstttt: Jangan lupa baca apa yang PAPA GOMO tulis pasal isu ini kat sini ... HOUSE PK



GWM 'concur' (sahkan) perkara yang sama terjadi kepada blogger Gelombang Rakyat dan Badut Rakyat sewaktu 'scoop' cerita dan bertugas sewaktu PRK Galas ... bagaimana sahabat sahabat GWM ini dihalau dari rumah UMB.

Mengamuk sakan PaPa Gomo dengan UMB ... nasib baik rakan blogger Pisau dan Media Permatang Pauh tumpangkan Gelombang Rakyat dan Badut Rakyat tempat berteduh, sehingga selesai PRK Galas.

Dan setiap kali Wangsa Maju Blogger Team bergerak untuk 'scoop' ke setiap pilihanraya kecil, semuanya atas inisiatif dan gerak kerja sendiri ... dah penat dengan karenah UMB ... terlalu penat!
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU