GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/13/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

DI MANA OSAMA BIN LADEN ! ... UMAT ISLAM DITIPU HIDUP HIDUP !

| Sunday, March 13, 2011

Sudah hampir sepuluh (10) tahun, namun jejak Osama Bin Laden masih tidak dapat dikesan sejak peristiwa 11 September 2001.

Siapa sebenarnya Osama bin Laden, Operation False Flag? Tim Osman? ... umat Islam cukup teruk ditipu hidup hidup oleh golongan Freemason, Illumninati dan Yahudi.




Mustahil Saddam Hussein boleh ditemui tetapi tidak Osama Bin Laden! Mengapa media barat sudah senyap dari melaporkan sebarang berita mengenai beliau.








Apakah tidak mustahil seorang manusia yang diangkat sebegitu tinggi sebagai 'Anugerah Tuhan' ini juga merupakan salah seorang ejen CIA dan Yahudi! Segalanya mungkin ... terlalu istimewa 'Anugerah Tuhan' ini di kacamata Barat!


MENGGEMPARKAN ! ... HINDRAF bantah video 'AZIZAH TAK DATANG' ... BERUNSUR RACIST !

|

Mungkin inilah video klip yang paling 'racist' atau berbaur perkauman yang mampu membuat pertubuhan haram HINDRAF berterusan mengamuk dan mengadakan demonstrasi di seluruh negara.



Apa yang jelas, Sivaji Anwar Ibrahim yang menggelar masyarakat India sebagai 'pendatang' malah masyarakat Cina juga digelar 'pendatang' oleh Sifu Anwar Ibrahim.

Inilah 'Sivaju' dan 'Sifu' juak juak pembangkang yang mudah lupa bahawasanya Ketua Pembangkang mereka sememangnya 'ultra racist'!



Dan GWM rasa cukup tepat langkah yang diambil oleh Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PMAM) untuk mengharamkan media berbentuk dan berbaur kasta ke dalam negara.

Rasional yang cukup mudah ... menghentikan sebarang unsur yang mengganggu gugat ketenteraman awam dan bangsa Malaysia. Dua langkah yang dikemukakan oleh PMAM amat tepat.

1) Mana mana filem Tamil / Hindustan yang berbaur atau wujudnya pengkastaan hendaklah diharamkan dari memasuki Malaysia.


2) Makalah sama ada media elektronik mahupun media massa bercetak yang diimpot dari India mestilah diperhalusi melalui penapisan ketat agar tidak lagi wujud unsur unsur pengkastaan dalam penulisan.


Mungkin sudah tiba masanya HINDRAF berhenti mempolitikkan isu novel 'Interlok' dan menumpukan usaha atau berganding bahu dengan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia.

Atau HINDRAF masih lagi meneruskan sisa sisa perjuangan menjadi 'Anjing Suruhan' Anwar Ibrahim! ... mencetuskan suasana huru hara dalam negara!



PANAS & JEREBU ! ... AZMIN ALI & ZURAIDA MAK LAMPIR DIDESAK LETAK JAWATAN SERTA MERTA !

|

Dr Joyce Lee Yueh Choo mendedahkan Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin sebagai 'Tok Dalang Utama' punca perpecahan dan politik 'Cah Keting' dalam PKR.

Beliau mencabar kepimpinan PKR untuk mengambil tindakan displin dan menggantung Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin yang jelas menyalahgunakan kedudukan dan sabotaj pemilihan kepimpinan secara terbuka.



Dr Joyce Lee Yueh Choo yang digantung serta merta bermula 10 Mac kerana mengkritik Anwar Ibrahim dan kepimpinan parti sebagai 'lembab dan pengecut' dalam mengambil tindakan terhadap kedua dua perosak parti tersebut.

Beliau turut mencabar Azmin Ali untuk mendedahkan mengenai permit AP perniagaan kereta mewah yang dikecapi sewaktu dalam UMNO.


Penasihat PKR Anwar Ibrahim turut diselar Dr Joyce Lee Yueh Choo sebagai pengamal 'dasar pecah dan perintah' dalam parti PKR dan bersekongkol bersama Azmin Ali mengamalkan kronisme dan nepotisme.






PANAS & GEMPAR ! ... 'ORANG KUAT' HADI AWANG DITANGKAP KHALWAT !

|

Paling mengejutkan apabila lelaki yang ditangkap khalwat dalam sebuah kereta di Marang merupakan pegawai kepada seorang ahli ADUN dalam Parlimen Marang, Terengganu.

Malah pegawai berkenaan yang telah berkahwin sepatutnya berada bersama keluarga pada malam Jumaat.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Shaikh Harun Shaikh Ismail mengesahkan laporan mengenai perkera tersebut. SDUN terbabit mengesahkan status lelaki terbabit menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan
. - SINAR HARIAN

Emmm ... ada empat (4) DUN dalam Parlimen Marang, DUN Alur Limbat, DUN Bukit Payung, DUN Ru Rendang dan DUN Pengkalan Berangan. Tiga (3) daripadanya dikuasai oleh PAS.

Hebat parti PAS!


sumber / pautan : SINAR HARIAN
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU