Tuesday, August 23, 2011

Siapa sebenarnya the infamous Grigori Rasputin? Inilah dalang kejatuhan keluarga diraja Tsar di Rusia, dalang kejatuhan dinasti diraja Romanov pada tahun 1917 sehingga tertubuhnya Soviet Union.

Rasputin merupakan tokoh kontroversi yang terlibat dalam paradigma perjuangan politik 'makan keliling' yang melibatkan pendukung kerajaan, anti-kerajaan demi kuasa dan kepentingan politik.



Pengaruh Rasputin dalam keluarga diraja Tsar cukup gah sehingga menyebabkan beliau diangkat menjadi orang kepercayaan dan penasihat peribadi Alexandra Tsaritsa ... memilih sesiapa sahaja untuk menduduki jawatan penting dalam kerajaan. Beliau juga akhirnya menyebabkan ekonomi Rusia jatuh merudum sehingga tercetusnya revolusi di Rusia.


Malaysia juga bakal menerima nasib yang sama jika Perdana Menteri tidak berhati-hati dan bijak memilih orang kepercayaan dan think thank dikeliling beliau. Sudah terlalu banyak diperkatakan mengenai OMAR MUSTAPHA ONG, musuh dalam selimut kerajaan BN!

BARUA dan CIKARO ANWAR IBRAHIM dalam kerajaan BN cukup ramai dan OMAR MUSTAPHA ONG merupakan salah seorang dari inner circle talam dua muka. GWM bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh rakan The Unspinners dan Gelagat Anwar.



Omar Mustapha, yang dilantik sebagai Lembaga Pengarah PETRONAS; sudah bergerak dari dalam memastikan pelantikan kepimpinan PETRONAS dibuka seluas mungkin kepada orang luar – dan bukan kepakaran PETRONAS sendiri.

Siapa yang berperanan memburukkan imej Tan Sri Hassan Marican di mata Najib (Anwar menganggap Omar Mustapha Ong sangat influential dalam memastikan Tan Sri Hassan tersingikir – dan tidak diberikan peranan langsung di dalam kerajaan Malaysia) pada ketika ini.

Anwar mahu PKR/PR lebih ‘understanding’ sekiranya sebulan dua kebelakangan ini dia dan pimpinan PKR akan bercakap lebih kuat mengenai isu Melayu. Sesuai dengan suasana pilihanraya, Anwar perlu ‘re-establish’ kedudukan sebagai pejuang Melayu; bagi memastikan undi Melayu kepada PKR tidak merosot teruk. Gentleman agreement bersama DAP telahpun diperolehi.

Anwar mahu Pakatan Rakyat menggunakan ‘loopholes’ dalam pasukan Najib bagi menyusun agenda serangan bersifat ‘polisi dan dasar.


Mungkin kenyataan dari rakan blogger ini dilihat berat sebelah atau bias terhadap OMAR MUSTAPHA ONG, namun bagaimana pula dengan keratan artikel 27 Jun 2009 laman web ini, yang mendedahkan keresahan dan tidak persetujuan lembaga pengarah PETRONAS dengan perlantikan OMAR MUSTAPHA ONG kedalam lembaga pengarah konglomerat tersebut.




OMAR MUSTAPHA ONG jugalah loop holes terbaik Anwar Ibrahim mengganyang Perdana Menteri dan kerajaan BN dalam isu APCO Worldwide, sehingga 1 Malaysia dituduh menciplak 1 Israel sekalipun terbukti sebaliknya.




GWM bukanlah politician namun sebagai pihak yang memerhati dari luar, semakin nyata dan terdedah CIKARO dan BARUA ANWAR IBRAHIM berlegar di sekeliling Perdana Menteri dan kerajaan BN.

Takut jika segala usaha murni kerajaan BN akhirnya tersungkur akibat dalang dan lalang, akibat permainan politik wayang think thank ini ... itu yang perlu dikhuatirkan!

Maaf YB Perdana Menteri ... Malaysia tidak memerlukan seorang lagi Grigori Rasputin!


sumber :
The Unspinners
Gelagat Anwar
Malaysia-Kini.com




8 comments:

Singh Is Kinng said...

Cubalah pelajari dan amati kejatuhan Pak Lah semasa era Samdol Badawi ... kerosakan berpunca drp makhluk bernama Khairy ...

Dalam era DS Najib ada lagi makhluk sebegini ... banyak bola tanggung diberi kpd pembangkang disebabkan oleh karenah Omar Ong ... dan kini blog pro BN tidak boleh berdiam diri lagi ...

Unknown said...

INSYA ALLAH SINGH IS KINNG ... TRUTH WILL PREVAIL!

Nam Ron said...

Dalam PRU-13 nanti dengan najib tuya, dgn kamu2 sekali masuk kubur..

Unknown said...

LA ... LU LAGI NAMRUD! ABIS LU MATI TAK MASUK KUBUR KE? ... MASUK LOBANG KUNYIT ANWAR? he he he ...

Ah Yung said...

Kalaulah Malaysia ini ada lagi pemimpin sebijak Mahathir...

Nak paksa TDM pun sudah lama berkhidmat dan berumur, tidak rasional pula...

Zaman sekarang Malaysia mengalami kepupusan pemimpin2 yang berkaliber, seolah2 tiada penganti atau paling kurang pun seumpama TDM.

Jgn bandingkan dgn Nik Aziz, Hadi, Sabu, LGE, LKS atau Anwar, bagai langit dengan bumi!!!

Najib, Pak Lah... siapa lagi dalam UMNO yg ada? Pak Lah seupama Mahfus Bean, Najib seumpama Hisham... Lemah!!!

Rakyat marhaen seperti aaku ini hanya mampu melihat.

Anonymous said...

utk nam ron..

ngko ni mmg stiap hr kna juboq ole anuwar al juburi..stiap msa ckp korang nk tubuh kerajaan PRU-13 ni..sorry la namrong al juburi..kami di sabah tetap akan pastikan BN trus mnang besaq punya..Pakatan rakyat btul2 hancur d cni ko tau..janji mcm2 tp mmg hampeh la serupa idola kamu al juburi ckp tak srupa bikin..ajar la anuwar tu bersumpah,ini dlm mahkamah pun pilih yg paling selamat..

Anonymous said...

Saya melihat pimpinan Datuk Seri Najib tidak mempedulikan nasihat dan pandangan rakyat untuk memperkukuhkan UMNO dan Barisan Nasional. Saya, Mohamad pernah mencadangkan Sekolah Aliran Kemahiran untuk mengelakkan keciciran dikalangan pelajar lelaki dan meminimumkan pergantungan terhadap tenaga kerja asing, tidak dipedulikan langsung oleh pihak kerajaan, mungkin ada orang yang hanya mahu mengambil kesempatan terhadap Datuk Seri Najib mengapi-apikan itu dan ini hinggakan bayak cadangan rakyat yang sebenarnya akan memperkukuhkan UMNO dan Barisan Nasional tidak dipedulikan, perkara ini kalau dibiarkan, maka rakyat akan menjadi bosan kerana Datuk Seri Najib juga tak ubah seperti Anwar dan Abdullah yang hanya banyak bercakap itu dan ini, tetapi sekadar cakap sajalah, kepentingan bangsa dan negara makin lama makin teruk. Cadangan saya berhubung dengan Koperasi UMNO, tidak pernah dipedulikan oleh Datuk Seri Najib meskipun saya berkali-kali menghantar e-mel, hantar komen dalam blog 1Malaysia, tetapi sayangnya segala usaha saya ibarat membuang beras ke laut sahaja, tiada faedah langsung kerana ia tidak dipedulikan oleh pihak kerajaan. Selain itu isu pendidikan supaya tidak terlalu berorientasikan peperiksaan dengan mencampurkan pelajar cerdik dan lemah dalam satu kelas supaya pelajar cerdik dapat membantu yang lemah tidak dipedulikan. Saya tidak tahulah apakah sebabnya pihak kerajaan sanggup bertindak sedemikian rupa kerana saya bukannya hendakkan apa-apa ganjaran, sekadar untuk memberikan sumbangan kepada negara, tapi sia-sia saja kerana ibarat membuang beras di laut. Pihak kerajaan sekarang ini perlu melihat kepentingan negara, jangan tiru macam Pakatan Rakyat, berlagak pandai tapi pandir, dan menjadi perosak. Tapi kerajaan selepas era Tun Dr. Mahathir mengalami kelesuan, ini kerana pimpinan atasan berlagak pandai segalanya dan memperlekehkan cadangan rakyat yang tidak ada gelaran dan kekayaan berbilion ringgit seperti saya ini, mungkin kalau tiba-tiba ada seorang presiden dari negara Eropah menyarankan perkara yang dicadangkan oleh saya ini, maka bukan main sanjung dan puji, inilah politik kini, mementingkan kedudukan dan darjat, buatlah itu semua, rakyat akan menilai, saya sungguh kecewa kerana saya adalah penyokong kuat kerajaan, tapi akhirnya dibalas sebegini rupa. Bukan habuan yang dikejar, tetapi kepentingan negara yang diperjuangkan, saya lebih rela merendah diri seperti tunduknya padi kerana berisi, bukannya meliuk lintuk ke sana ke mari umpama lalang yang ditiup angin.

Anonymous said...

Tun Dr. Mahathir berani memperjuangkan agama bangsa dan negara menggunakan politik, tetapi pimpinan sekarang ini pula menggunakan bangsa dan agama untuk mendapatkan kuasa politik. Pemimpin di Malaysia makin ramai yang kurang berkaliber, tak berkualiti sebagaimana menteri-menteri di era pentadbiran Tun Dr. Mahathir di mana menteri-menteri ketika ini jenis cergas untuk membangunkan negara, bukan macam sekarang ini, sibuk keliling Datuk Najib untuk cepat naik pangkat, menteri sekarang ini tak reti nak lihat secara menyeluruh, mudah menggelabah dan melatah bila melibatkan populariti mereka makin menjunam, kerana mereka lebih pentingkan populariti daripada kualiti kerja, Tun Mahathir tak macam ini, biarlah dia dimaki hamun kerana nak adakan industri automotif di Malaysia, kononnya akan gagal, tapi akhirnya yang asyik memaki hamun itu jugalah naik kereta Proton dan Perodua, malahan berpuluh ribu peluang kerja dapat dijana hanya dengan Proton dan Perodua saja. Itulah kepimpinan dahulu berfikiran jauh untuk kepentingan masyarakat, pemimpin sekarang ini sibuk berfikir macam mana nak menongkat langit di tampuk kuasa. Kata orang kalau rajin usaha akan berjaya, kalau asyik sibuk nak bergaya maka akan papa kedana, kerajaan Datuk Seri Najib kini sibuk nak bergaya, patutnya perlu utamakan negara dan rakyat dahulu. Ini tidak Namewee dibiarkan bebas bergentayangan membuat bermacam-macam video klip yang sangat mencabar kesabaran orang lain, malahan selamba saja Namewee datang jumpa Nazri Aziz Menteri Jaga Parlimen dengan berseluar jeans dan pakaian macam kutu rayau. Lihat betapa hebatnya layanan terhadap Namewee sedangkan dua orang guru besar yang hendak mendidik pelajar supaya menjaga akhlak dituduh perkauman dan dikenakan tindakan. Inilah, sekarang ini, semuanya dipolitikkan.