Ahli politik Indonesia, Ruhut Sitompul, mahu mengajak rakyatnya untuk berperang dan berkonfrontasi dengan Malaysia atas dakwaan Malaysia yang seringkali menuntut (claim) kebudayaan Indonesia.
"Sekali-kali perlulah kita Bom, biar jadi shock therapy," TEMPO.CO, 17 Jun 2012
Malaysia didakwa cuba menuntut tari tor-tor dan alat musik gondang sambilan (sembilan gendang) dari Mandailing sebagai salah satu warisan budaya negara ini.
Akibatnya, Kedutaan Malaysia di Jakarta diserang oleh 650 penunjuk perasaan yang bertindak ganas.
Insiden ini berlaku disebabkan Tarian Tor-tor dan paluan Gordang Sambilan (sembilan gendang) masyarakat Mandailing akan diiktiraf sebagai satu cabang warisan negara kelak dibawah Seksyen 67 Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Mujur ... mujur Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Malaysia pantas memberi penjelasan bahawa masyarakat Mandailing di negara ini yang mahu KPKK mengiktiraf Tarian Tor-tor dan paluan Gordang Sambilan (sembilan gendang) ini sebagai salah satu cabang warisan.
Kebudayaan masyarakat Mandailing ini belum pun diktiraf dan digazetkan dibawah Seksyen 67 Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Cuma pandangan peribadi GWM ... Secara peribadi.
Perlukah kita mengiktiraf Tarian Tor-tor dan paluan Gordang Sambilan (sembilan gendang) ini sebagai salah satu cabang warisan negara sekalipun diminta oleh masyarakat Mandailing yang telah menetap lebih 200 tahun di Malaysia.
Sepatutnya kebudayaan masyarakat ini hanya perlu dijadikan pementasan atau pertunjukan adat, tanpa perlu diberi pengiktirafan.
Tarian Tor-tor dan paluan Gordang Sambilan (sembilan gendang) tidak perlu diangkat untuk menjadi salah satu budaya nasional disini.
KPKK boleh bertindak sebagai sebuah badan yang boleh melestarikan budaya Mandailing tanpa perlu diiktiraf sebagai salah satu cabang warisan negara.
Seharusnya agensi-agensi kerajaan perlu lebih berhati-hati sebelum melakukan sebarang tindakan dan pengiktirafan terhadap sesuatu budaya.
Jangan pula selepas ini tarian poco-poco pula bakal diiktiraf sebagai salah satu cabang warisan negara.
Haru biru dibuatnya ... Harap Pak Menteri tak melompat dengan kritikan terbuka ini.





