Tuesday, June 19, 2012



Berikut adalah fakta mengenai Pas yang disorok pemimpin mereka daripada pengetahuan ahlinya sendiri, apatah lagi rakyat Malaysia sejak sekian lama;

1. Sejak PRU Pertama 1955, Pas tidak pernah bertanding kerusi parlimen lebih daripada majoriti mudah. Dan semua harus maklum, untuk sesebuah parti memerintah negara ini, mereka perlu memenangi lebih separuh daripada jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan.

2. Sejak PRU-4 pada 1969 hinggalah PRU-12 pada 2008, jumlah kerusi parlimen yang ditandingi oleh Pas secara puratanya ialah 60+ kerusi.

3. Paling tinggi Pas pernah bertanding kerusi parlimen ialah pada PRU-11 tahun 2004 iaitu sebanyak 85 kerusi, tetapi Pas kembali mengurangkan kerusi yang ditandinginya pada PRU-12 yang lalu dengan hanya 66 kerusi parlimen, semata-mata kerana ingin memberi laluan kepada PkR untuk menambah bilangan kerusi.

4. Khabarnya pada PRU-13 akan datang, Pas sekali lagi akan mengurangkan jumlah kerusi parlimen yang ditandinginya kepada 63 kerusi kerana ingin memberi laluan pula kepada calon Melayu parti DAP.

5. Sejak PRU-4 pada 1969 hinggalah yang terbaru PRU-12, DAP sentiasa menambah bilangan kerusi parlimen yang mereka tandingi.

6. Persoalan ramai ialah, jika Pas tidak pernah sekalipun bertanding kerusi parlimen melebihi majoriti mudah, jadi bagaimana Pas boleh menipu kononnya akan melaksanakan dasar-dasar Islam ala Pas di negara ini?

7. Dan persoalan utama, bagaimana Pas boleh menjadi parti dominan dikalangan Komplot Pembangkang sedangkan kerusi yang PkR tandingi lebih banyak daripada Pas.

8. Di PRU-12, PkR bertanding 97 kerusi parlimen yang menjadikan PkR lebih dominan berbanding Pas walaupun ahli PkR sendiri lebih ramai bukan Islam berbanding Islam. Adakah Pas lebih yakin pada PkR untuk laksanakan dasar-dasar Islam?

9. UMNO pula sejak PRU-4 sentiasa memastikan parti mereka dominan dalam Barisan Nasional dengan bertanding kerusi parlimen lebih daripada majoiti mudah berbanding parti-parti komponen dalam BN.

Adakah Pas selama ini memang berniat menipu rakyat yang kononnya akan laksana dasar Islam jika berjaya memerintah Malaysia; sedangkan Pas tidak pernah pun bertanding kerusi parlimen lebih darpada majoriti mudah yang membolehkannya membentuk kerajaan persekutuan, apatah lagi untuk jadi parti dominan dalam Komplot Pembangkang?

sumber : blog PANEH MIANG



Bagaimana puak-puak Cicak Mengkarung Hijau ini boleh mengakui akan menjadi lebih dominan dari UMNO? ... Dalam Pakatan Haram sekalipun hanya mempunyai kerusi Parlimen paling sedikit.



6 comments:

Anonymous said...

ternyata Pas mempergunakan isu agama dengan mengelirukan rakyat demi politik , kebanyakkan mereka yg cetek pemikiran mudah dipengaruhi.Politik yang tiada ketulusan tidak akan kekal pasti ia akan tersembam jatuh satu hari.

Anonymous said...

malang bagi org Melayu kerana puak PAS nie hanya ikut emosi dgn ajaran dan fatwa2 ikut sesuka hati pemimpin mereka...tk reti nk buka minda dan buat rujuk gara malas hingga menjadi taksub...

Anonymous said...

Pas ni umpama katak yang berada dalam gua yang besar bunyi bergema mengalahkan guruh tapi benda nya kecik saja. malang nya penganut2 agama pas ni

Unknown said...

PAS selamanya jadi keldai DAP & PKR.

NURUL IZZAH BERSELERA JILAT LUDAH SENDIRI, LIM GUAN ENG PUN NAK TUMPANG SEKALI. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

fakta ni perlu disebarkan kepada penyokong PAS...memang penyokong PAS ni kena tipu dan bodo...???

Anonymous said...

Agak susah la nak tarik orang2 melayu yang terlalu taksub dengan PAS.PAS telah mengajar melayu menjadi buta dan tuli,hinggakan yang terang2 pun mereka masih tak dapat terima bahawa UMNO lah pembela melayu selama ini..

DAP memang menunggu peluang keemasan untuk menawan dan memerintah Malaysia semenjak zaman PKM lagi..

PKR adalah party membalas dendam di ketuai oleh UNwar yang terang2 gila kuasa..

UMNO akan tetap dominan sebab sudah ramai yang menyesal dan party keramat ini akan tetap DOMINAN..Insyaallah..

PAS dan PKR di ambang kehancuran..

SEBAB!!!!

Tak ada sekor pun dalam PAS mempunyai perwatakan PENTADBIR yang menonjol selain dari hanya pandai BERPOLITIK...

Harap nik aziz...berbelit2 bila bercakap.
Harap Hj Hadi..tak ada umpph langsung..
Mat sabu...He himself is a coward.

Nak buat jalan raya,,nak minta sedekah...apa punya JOKE.

SO,Rakyat kelantan..pls think wisely..buat keputusan..serahkan kpd BN dan kita bagi 5 tahun akan datang..kita tengok lah kemajuaan..Insyaallah..Saya kembali menyokong BN..tq