Monday, June 18, 2012



Bekas ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Abdul Aziz pernah membangkitkan betapa korupnya Anwar Ibrahim mencatatkan keuntungan atas angin RM500 juta hasil dari perampokan komisen Segari Power Plant.

Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab membeli Segari Power Plant melalui proksi dengan harga RM180 juta. Astaman dan seorang lagi pengarah hanya menerima RM80 juta manakala Anwar Ibrahim kenyang melahap RM100 juta melalui lesen IPP ini.

Anwar Ibrahim telah menerima RM400 juta komisen dari projek IPP ini sewaktu pembinaan Segari Power Plant mula dibangunkan.

Bijaknya Anwar Ibrahim adalah kerana karektor beliau yang berjaya melakonkan watak menyerang IPP sebagai projek membebankan rakyat, walhal beliaulah yang 'merembat' setiap ringgit dan sen hasil dari IPP.

Anwar sebagai Menteri Kewangan telah mengawal 'cost and agreement' diantara TNB dan IPP ini.

Kegilaan Anwar Ibrahim atas komisen beratus juta ringgit satu IPP telah meletakkan beliau dinamakan sebagai Bapa IPP Malaysia.

Rasanya Lim Kit Siang cukup arif dengan gelaran yang diberikan kepada Anwar Ibrahim ini ...


Silap Tun Dr Mahathir kerana terlalu memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim mengendalikan urusan TNB dan IPP ini.

Sebagai anak emas Tun Dr Mahathir pada ketika itu, Anwar Ibrahim telah diberi kepercayaan untuk membincangkan urusan ini dengan EPU dan TNB.

Selain dari Segari Power Plant, Malakoff juga adalah salah sebuah pembekal IPP kepunyaan kroni Anwar Ibrahim.

Barangkali EPU mungkin boleh membongkarkan kembali minit-minit mesyuarat yang dipengerusikan oleh Anwar berhubung dengan pemberian kontrak IPP.

Dalam minit mesyuarat itu ada dicatitkan bagaimana Anwar memarahi pegawai EPU dan pihak TNB apabila mereka membantah perjanjian yang berat sebelah itu.

Antara ayat yang digunakan ”you diam , ini urusan kerajaan” ... begitulah lebih kurang bunyinya.


Barangkali juga Astaman perlu memberanikan diri tampil dan menjelaskan bagaimana urusniaga yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu mengendalikan projek IPP Segari Power Plant ...

Alang-alang aksi melondehkan, biar rakyat nampak didedahkan dengan kebobrokan Anwar Ibrahim merompak wang rakyat sewaktu berada didalam UMNO.

Bila agaknya Anwar Ibrahim mahu mendedahkan 6 kotak yang dikatakan rasuah dilakukan oleh kerajaan pimpinan UMNO?

Jangan-jangan 6 kotak rasuah yang dilakukan beliau sewaktu memegang jawatan Menteri Kewangan ...



3 comments:

LIMAUDONG said...

HABLISLAH ENGKAU DSAI pandai kurap jua u kau ni...

Anonymous said...

PKR PAS mana pegang kes kes lama, ANwar ni mcm keling paria manusia kelahiran semula, lahirnya ANwar umpana bayi baru lahir, bersih, suci dan sesucinya...walhal Anwar ni dulu setan hiprit paling licik.

yanmaneee said...

air max 270
supreme clothing
kobe shoes
louboutin shoes
russell westbrook shoes
balenciaga shoes
air max 97
nike air max
coach outlet
fitflop