Saturday, June 30, 2012



Kita tidak faham kenapa Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar perlu menjadikan kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru, Dato’ Dr. Ali Hamsa sebagai satu isu.

Menurut laporan Harakah, Dato’ Dr. Ali, dikatakan mengeluarkan kenyataan agar menyokong BN secara terbuka dan menuduh pembangkang sebagai membuat ‘janji kosong’.

Kita fahamlah yang Mahfuz tidak berapa cerdik dan PAS sudah ketandusan isu tetapi sekurang-kurangnya janganlah ditonjolkan kepada rakyat betapa tidak cerdik dan betapa terdesaknya PAS dan Mahfuz untuk mencari sedikit modal politik.

Sudah menjadi kemestian bagi seseorang KSN untuk menyokong kerajaan yang memerintah dan kebetulannya kerajaan yang memerintah hari ini ialah Barisan Nasional.

Justeru, tiada isunya di sini. Kecualilah jika beliau mengajak rakyat menentang kerajaan, maka itu barulah satu isu besar.

Mungkinkah PAS sudah merasa yang sokongan kakitangan awam terhadap parti mereka semakin merosot sehingga menjadi begitu ‘paranoid’ sekali dengan kenyataan KSN itu?

Dalam kenyataannya, Mahfuz juga menyatakan bahawa bukan semua penjawat awam menyokong kerajaan dan tidak wajar jika mereka dikempen untuk menyokong mana-mana parti.

Jika BN perlu mengambil sikap ‘paranoid’ yang sama, BN juga boleh menjadikan kenyataan Mahfuz sebagai satu isu dan membangkitkan soal penjawat awam yang tidak menyokong BN perlu dipecat kerana berpotensi untuk mengsabotaj dan mengkhianati kerajaan.

Tetapi, ini tidak berlaku, kerana seperti kata Mahfuz, kita perlu bertindak professional. Kerana bertindak professionallah kita tidak mengungkit soal penyokong pembangkang yang makan gaji dan menikmati kemudahan dan bantuan kerajaan tetapi saban hari mencaci kerajaan.

Dan kerana professionallah juga KSN yang baru menyokong kerajaan dan bukan pembangkang.

Menurut kata Mahfuz lagi, KSN tidak boleh dilihat menyokong mana-mana parti kerana jawatan beliau tidak akan ditukar jika PR menang pilihanraya .

Entahlah, jika dilihat dari sejarah sikap dan perangai PAS ketika berjaya menawan Terengganu, dan juga di dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan, kita akan dapati bahawa tidak ada jaminan PAS akan mengekalkan KSN atau sesiapa sahaja walaupun jawatan mereka dilindungi oleh undang-undang sekali pun.

Ini kerana, puak-puak PAS tidak pernah mendaulatkan undang-undang dan sering membela dan mengagung-agungkan pihak yang melanggar undang-undang.

Justeru, tidak ada salahnya KSN menasihati penjawat awam mengenai perkara yang tepat iaitu menyokong BN yang menjadi kerajaan yang memerintah bagi memelihara integriti agar negara dapat ditadbir dengan berkesan.




8 comments:

Akupuntakfaham said...

Jemput baca luahan hati saya

Anonymous said...

bagero punya pas

Anonymous said...

MO patut sedarkan penjawat awam yang bangkang kerajaan dan mengempen pembangkang supaya letak jawatan dan berjuang secara terbuka di kem pembangkang. itu baru betul. watdahel

Anonymous said...

KSN harus ikut citarasa BN sebab Malaysia berjaya kerana UMNO. Jangan macam Pas jadi anjing DAP. Hudud dibuang ada hati nak jadikan Malaysia negara Islam. PAS nampak aje Islam dalam hati HASAD DENGKI TU SENANTIASA BERGELORA. Ini pengalaman saya,.

Sernban Hijau said...

KSN pastinya seorang pelaksana progran dan agenda kerajaan.

Apa hal pula beliau kena ikut telunjuk pembangkan seperti Mr. Mahpus. Itulah orang suruh pi belajaq hang dok pi teghebe burung.

Sampai dah tua macam ni pun dok tunjuk kebodohan hang macam kecik-kecik dulu.

Jadi Wakil Rakyat pun sebab hang dok pembohong orang kampung.

Kalau hang dok kawasan pekan yang mana ramai orang cerdik pandai mampuih hang nak menang.

Hang lebik elok kalau perbetui PAS daripada dok jadi ANJING DAP.

Anonymous said...

Jangan jadi anjing dan barua DAP da la.......

Anonymous said...

weh...hahaha...anjing mampus omar nie lupa dia nie ngn parti anak setan anjing bulldog dapig...mampus omar nie bodo sgt tue yg asik kena kencing dapig jer...hahahaha...ops lupa neek najeeis lagi bodo berbakul2...hahahaha...

Anonymous said...

PAS PULAK JANGAN JADI ANJING DAP DAN PKR..